Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2012/09/06

UiTM perkenal program pengurusan dan sains halal

UiTM perkenal program pengurusan dan sains halal


Malaysia kurang pakar industri halal. Lihat printscreen akhbar,"Malaysia Kurang Pakar Industri Halal".

Usaha UiTM dengan kerjasama JAKIM ini haruslah dipuji. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat membantu Usahawan Kecil dan Sederhana seluruh negara dan usahawan runcit di seluruh negara dalam memajukan produk halal tempatan.

Contoh usahawan bumiputera yang gigih  memasarkan produk halal IKS sila lihat SRM  Di TV Al Hijrah, di sini.


Di Politeknik METrO Kuantan, ada Program Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal).  Anda boleh baca artikel lanjut berkaitan di sini.

UiTM perkenal program pengurusan dan sains halal

KUALA LUMPUR — Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menjadi universiti pertama memperkenalkan kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Sains Halal di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pengenalan kursus itu akan membantu meningkatkan pertumbuhan industri halal negara menerusi penghasilan modal insan yang lebih arif tentang sektor tersebut.



“Graduan yang lahir dari kursus ini nanti akan menjadi penghubung utama antara Halal Development Centre (HDC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan industri yang memerlukan keperluan halal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Halal Antarabangsa 2012, di sini hari ini.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang turut hadir, berkata kursus akan ditawarkan di kampus induk di Shah Alam dan dalam proses mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pengambilan pertama dijangka September depan, membabitkan 30 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan mengikuti pengajian asasi selama setahun sebelum meneruskan ke peringkat ijazah selama tiga tahun, katanya. — BERNAMA,  Kosmo Online 04/09/2012 4:33pm

Jakim akan bina makmal halal

 ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 05/09/2012

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membina sebuah makmal khusus untuk memproses permohonan sijil perakuan halal yang mampu mempercepatkan proses pengeluarannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, makmal yang bernilai RM30 juta itu akan dibina di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan dan operasi pembinaannya bermula bulan ini.

Katanya, sebelum ini, Jakim menggunakan satu-satunya makmal kerajaan di Petaling Jaya, Selangor untuk memproses sijil berkenaan.

"Setakat ini kita telah memproses dan mengeluarkan lebih 6,300 sijil halal melibatkan beberapa industri seperti perkilangan dan pemakanan menggunakan makmal kerajaan di Petaling Jaya.

"Dengan adanya makmal sendiri, Jakim yakin tempoh memproses sijil halal dapat disingkatkan bergantung kepada permohonan dan kedudukan operasi makmal," katanya selepas merasmikan Persidangan Halal Antarabangsa 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
Jamil Khir juga yakin Malaysia bakal menjadi hab halal yang terunggul di dunia pada masa akan datang dengan pembinaan makmal itu.
Katanya, terdapat reaksi positif dari negara lain seperti Vietnam, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang menghubungi Jakim berhubung keperluan memperolehi sijil halal untuk produk yang memasuki negara ini.
"Ini menunjukkan mereka semakin faham dengan tuntutan dan keperluan mengenai sijil halal di Malaysia," katanya.
Dalam perkembangan lain, Jamil Khir memaklumkan UiTM akan menjadi universiti pertama memperkenalkan kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Sains Halal di negara ini.

Beliau berkata, pengenalan kursus itu akan membantu meningkatkan pertumbuhan industri halal negara menerusi penghasilan modal insan yang lebih arif tentang perkara itu.

"Graduan yang lahir dari kursus ini nanti akan menjadi penghubung antara Halal Development Centre (HDC), Jakim dan industri," katanya.

Sementara itu, Sahol Hamid berkata, kursus itu akan ditawarkan di kampus induk UiTM di Shah Alam dan dalam proses mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Katanya, pengambilan pertama dijangka September 2013 membabitkan 30 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan mengikuti pengajian asasi selama setahun sebelum meneruskan ke peringkat ijazah selama tiga tahun.
Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL