Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Cara Mohon Skim Bantuan Persekolahan YPM

Cara Mohon Skim Bantuan Persekolahan YPM 


Skim Bantuan Persekolahan YPM 

 Pengenalan

Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) ialah skim yang menyediakan bantuan kewangan secara sekali gus (one-off) mengikut kadar yang ditetapkan bagi menampung perbelanjaan persekolahan pelajar dari kalangan pelajar berpendapatan rendah dan sederhana. 

Skim ini juga berperanan dalam membantu memberi galakan kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi akademik mereka


Kelayakan dan Syarat Memohon :
  1. Bumiputera warganegara Malaysia;
  2. Sedang belajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia;
  3. Pemohon mestilah tidak menerima apa-apa bantuan kewangan secara tetap daripada kerajaan, agensi kerajaan ataupun mana-mana pihak;
  4. Permohonan dikemukakan dengan menggunakan Borang Permohonan yang ditetapkan oleh YPM.
    Kadar Bantuan :


    Penyaluran dan Agihan
     
    Bantuan disalurkan kepada pelajar dalam bentuk kiriman wang atau wang pos atau seperti mana yang diputuskan oleh Pengurusan YPM. Agihan bantuan kepada pelajar terpilih adalah secara ‘one-off’.

    Permohonan 

    Permohonan bantuan SBP boleh dikemukakan kepada YPM dengan melengkapkan borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut: 

    1. YPM/BANT/BR-01;Pind08 - Borang Permohonan Skim Bantuan Pendidikan YPM
    2. YPM/BANT/BR-02;Pind08 - Senarai Semak Permohonan
    3. YPM/BANT/BR-03;Pind08 - Surat Akuan Pengesahan Pendapatan
    Permohonan terbuka sepanjang tahun. Borang Permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen - dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan melalui pihak sekolah kepada Yayasan Pelajaran MARA dialamat berikut :

    Seksyen Dana Pendidikan Rendah & Menengah
    Yayasan Pelajaran MARA,
    No 26B, Lorong Medan Tuanku 1,
    50300 Kuala Lumpur.

    Pegawai : Pn. Che Embun Binti Bakar, Pn. Aida Suzana Binti Ahmad
    No Tel    : 03 - 2691 3719
    No. Faks : 03 - 2691 3721
     
    Email      : E-Mail Image   E-Mail Image  
    Website; http://www.ypm.org.my/

    Harap maklum bahawa Borang Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada keputusan Pengurusan YPM.

    SENARAI SEMAK PERMOHONAN           KLIK DI SINI

    SURAT AKUAN PENGESAHAN PENDAPATAN KLIK DI SINI

1 Comments:

Anonymous said...

Salam terima kasih cikgu

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .