Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PNB sokong usaha kerajaan galakkan kewangan Islam

PNB sokong usaha kerajaan galakkan kewangan Islam



Permodalan Nasional Berhad melalui  MNRB Holdings Bhd ada menawarkan Biasiswa dalam pelbagai jurusaan khususnya dalam bidang kewangan. Jasi bagi para pelajar calon SPM 2013, STUDY SMART DAN STUDY HARD DARI dari sekarang ya. Nak tau syarat dan kriteria boleh diterima biasiswa MNRB, salah sebuah anak syarikat PNB,
MNRB SCHOLARSHIP FUND 2013 BIASISWA MNRB 2013, klik di sini ya.

PNB sokong usaha kerajaan galakkan kewangan Islam

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) merupakan penyokong kuat kepada usaha kerajaan menggalakkan kewangan Islam dengan syarikat penerima pelaburan di bawah kumpulan itu menjadi peserta utama dalam industri.
  
Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata syarikat penerima pelaburan kumpulan ketika ini menguasai bahagian pasaran dengan lebih 30 peratus dalam perbankan Islam dan lebih 80 peratus bagi perniagaan takaful.






  
Bercakap pada Siri Syarahan Yayasan Tun Ismail Memorial 2012/2013 di sini, hari ini, beliau berkata syarikat penerima pelaburan strategik utama kumpulan, iaitu Maybank, memiliki jumlah aset bernilai RM476.9 bilion pada 30 Sept, 2012.
  
Kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar itu juga memiliki Maybank Islamic, Maybank Investment Bank dan Etiqa Insurance and Takaful.
  
Hamad Kama Piah berkata Maybank Islamic menguasai 25 peratus dan 21 peratus bahagian pasaran domestik masing-masing dari segi pinjaman kasar dan deposit, dan merupakan peserta perbankan Islam terbesar di rantau Asia Pasifik.
  
"Syarikat penerima pelaburan memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kejayaan kewangan Islam di Malaysia," kata Hamad Kama Piah, yang juga ahli dan bendahari Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu.
  
Selain Maybank, syarikat penerima pelaburan PNB lain ialah BIMB Holdings Bhd, dengan bahagian pasaran lapan peratus dan 11 peratus masing-masing dari segi pinjaman kasar dan deposit.
  
Perniagaan takafulnya menerusi Syarikat Takaful Malaysia menguasai bahagian pasaran hampir 20 peratus.
  
Hamad Kama Piah berkata unit MNRB Holdings Bhd, Takaful Ikhlas Sdn Bhd, juga mempunyai kedudukan kukuh dalam peruntukan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam dengan bahagian pasaran sumbangan langsung kasar 11.3 peratus dari Januari hingga Jun 2012. - Bernama


Sumber: Sinar Harian
5 Februari 2013

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .