Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Program 1Dream 2U realisasi impian pelajar ke universiti

Program 1Dream 2U realisasi impian pelajar ke universiti



TEMERLOH — Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan program 1Dream 2U di sekolah menengah seluruh negara pada tahun ini bagi merealisasikan impian pelajar ke universiti tempatan. 


 Yang Berhormat Datuk Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, program turun padang dengan kerjasama Unit Pusat Universiti (UPU) dan Jabatan Pendidikan Negeri itu bertujuan membantu pelajar memilih kursus pengajian pilihan mereka di universiti kelak.


 
Program 1Dream 2U menyasarkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam Atas yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini.


Katanya, program itu dilaksanakan berikutan ramai lepasan SPM dan STPM yang gagal meneruskan pengajian dan impian mereka ke universiti kerana kesilapan memilih kursus. 


"Calon berkenaan mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk kursus tertentu, tetapi pilihan yang kurang tepat menyebabkan mereka gagal bersaing dan mendapat tempat di universiti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program 1Dream 2U: Impian Ke Menara Ilmu bagi daerah Temerloh di sini hari ini.


Saifuddin berkata, pegawai UPU dengan kerjasama pegawai Pelajaran Daerah dan guru akan menjelajah ke semua sekolah menengah bagi memberi taklimat terperinci berkaitan pemilihan kursus yang sesuai dengan kelulusan dan minat calon.— BERNAMA



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .