Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Sekolah Dalam Hospital di Hospital Universiti Sains Malaysia

Sekolah Dalam Hospital di Hospital Universiti Sains Malaysia
Sekolah Dalam Hospital (SDH) Ke 4 di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Suasana Chinese New Year terasa. Lebuhraya LPT (Lebuhraya Pantai Timur)
 kelihatan banyak kenderaan termasuk kereta yang mengambil peluang cuti panjang tahun Baru Cina untuk bercuti di kampung. Exit LPT misalnya Exit Chenor, exit Temerloh dan lain-lain kelihatan sesak.
Gerai jagung bakar dan pelbagai gerai di tepi jalan  kelihatan ramai pengunjung. Anak-anak rantau pulang ke desa menziarahi ibu bapa.
Buat bekas pelajar yang menyambut Chinese New Year, 
terutama x-SSAJ dan X-STARS Bagan Datoh,
semoga anda riang bersama keluarga tercinta. Buat semua. Berhati-hati di jalan raya.

Buat anak-anak yang terpaksa menjadi penghuni wad di hospital-hospital semoga anda tabah selalu. Mari kita sama-sama muhasabah diri kita, jom hayati Artikel InshaAllah Sakit Itu OK, OKU Itu Pun OK, dengan bantuan Allah
 

 


SELASA (25 September 2012 ) – Selepas kejayaan tiga sekolah perintis di Lembah Klang, program Sekolah Dalam Hospital (SDH) diperluas dengan pembukaan sekolah keempat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
 
Isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selaku Penaung Jawatankuasa Hati Nurani  yang melawat SDH, Hospital USM pada hari ini berkata, dalam masa terdekat beberapa sekolah lagi akan dibuka.


“Hal demikian akan diumumkan dengan lebih lanjut oleh Kementerian Pelajaran nanti.


“Program Sekolah Dalam Hospital digerakkan bertujuan untuk memastikan pelajar yang menerima rawatan di hospital tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka,” katanya dalam siri lawatan kerja ke SDH, Hospital USM, hari ini.

 
Noorainee berkata, sejak program SDH dilancarkan pada Julai 2011, tiga sekolah perintis telah dibuka iaitu di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang dan Hospital Serdang yang telah menerima lebih 6,000 pelajar.


“Sekolah Dalam Hospital, Hospital USM yang mula beroperasi pada 18 September lalu pula mempunyai kira-kira 10 pelajar.  
  
“Sehingga kini terdapat hampir 30 guru mahir dari Kementerian Pelajaran ditempatkan di empat sekolah yang telah dibuka  dengan mengajar mata pelajaran khusus bagi pelajar sekolah rendah dan menengah,” katanya.


Sementara itu Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Omar Osman dalam ucapannya berkata,  universiti tersebut bersedia membantu sembilan guru yang mengajar di SDH, Hospital USM melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.


“Kita mahu mereka menjadi sebahagian daripada warga USM yang telah membantu dan berjasa untuk mengajar di sekolah ini.


“Penubuhan SDH ini merupakan satu rangkaian yang baik kerana ia memberi peluang kepada pesakit meneruskan pelajaran walaupun dalam keadaan sakit dan diharap ianya menjadi perintis bagi hospital-hospital lain di Kelantan, " katanya.

Sumber: Website Hospital USM

6,550 dapat manfaat Sekolah Dalam Hospital

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Seramai 6,550 pesakit kanak-kanak telah mendapat manfaat pembelajaran daripada Sekolah Dalam Hospital (SDH) sejak ia diwujudkan setahun lalu.


Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sahaja, seramai 5,371 pelajar dari tiga peringkat persekolahan iaitu prasekolah, sekolah rendah dan menengah memasuki SDH ketika menerima rawatan di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Ampang dan Serdang.


Kata beliau, SDH yang merupakan inovasi baru dalam sejarah pendidikan negara berjaya mencapai objektifnya untuk menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan tersusun melalui persekitaran kondusif supaya para pesakit turut tidak ketinggalan mendapat manfaat itu.


"Pada awal penubuhan sekolah ini, kita tidak dapat menjangkakan bagaimana sambutan ibu bapa dan pelajar terhadap persekitaran baru di hospital, iaitu adanya ruang dan peluang untuk terus bersekolah walaupun ketika itu anak-anak ini sedang menjalani rawatan.


"Namun, setelah melihat keperluan berdasarkan kemasukan kanak-kanak pada peringkat usia itu di hospital terbabit, maka ia diwujudkan dan ternyata jumlah kehadiran mencatat angka membanggakan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Wad Kanak-Kanak Hospital Ampang dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada pesakit sempena ulang tahun pertama lokasi perintis SDH itu di sini hari ini.


Turut hadir Pengarah Hospital Ampang, Datin Dr. Aishah Ahmad Makinuddin; Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar dan Pengarah Yayasan Nurul Yaqeen, Nor Zanah Jamari. 


SDH yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 Julai 2011 dilaksanakan menerusi kerjasama antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Projek Hati Nurani di bawah Yayasan Nurul Yaqeen.


Norainee yang juga penaung projek itu berkata, di SDH Hospital Serdang, kemasukan tertinggi adalah di peringkat prasekolah iaitu 328 murid, manakala SDH Kuala Lumpur bagi peringkat sekolah rendah (1,730) dan SDH Ampang bagi peringkat sekolah menengah (855) untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.


Menurut beliau, SDH akan diperluaskan ke hospital-hospital lain di seluruh negara mengikut keperluan pada masa akan datang setelah projek perintis itu berjaya dilaksanakan.

Sumber : Utusan Malaysia, di siniARKIB : 04/08/2012



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .