Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kerja Kosong SPA Kerjaya Separa Perubatan Februari 2013

Kerja Kosong SPA Kerjaya Separa Perubatan Februari 2013


Peluang Kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Malaysia


Gambar Hiasan:
 Pembantu Perubatan dan Staf Nurse  sedang merawat pesakit.


Gambar Hiasan:
 Pelajar SMKJP2 2011 sedang menerima suntikan pelalian
 daripada jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia yang datang ke sekolah

KERJAYA SEPARA PERUBATAN DI 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam.

Latihan Separa Perubatan antara Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk lepasan SPM yang sedang dibuka sehingga 17 Februari 2013 ini. 


Kepada bekas pelajar saya rebutlah peluang dan ruang ini. Kepada calon SPM 2013 yang bercita-cita menceburi bidang separa perubatan, belajarlah dengan tekun agar cita-cita anda tercapai. 

Mari kita lihat keistimewaan, latihan bertaraf diploma dan sijil yang ditawarkan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

 Latihan Bertaraf Diploma



KURSUS PERINGKAT SIJIL


Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.

Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Syarat Kelayakan

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan Ke Perkhidmatan Awam



Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.



a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.









Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:



Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;



Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.



Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Latihan Bertaraf Sijil



Sila klik di bawah untuk maklumat lanjut..
i) Latihan Jururawat Masyarakat
ii) Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
iii) Latihan Pembantu Kesihatan Awam


Syarat Kelayakan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.

Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil:

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan; 

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.




Alamat Surat Menyurat:
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA
Tel : 03- 88856000




Pertanyaan E-mel

Untuk Memohon sila klik website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di sini
 

 Kepada calon-calon yang berjaya menerima tawaran sebagai separa perubatan anda dikehendaki meneliti kemudahan dan keperluan semasa melapor diri nanti





KEMUDAHAN SEMASA LATIHAN

1.
a)
b)
c)
ELAUN - ELAUN
Bagi tuan/puan yang Mengikuti Latihan Bertaraf Diploma
• Biasiswa - RM 621.21 sebulan.
• Elaun Buku - RM 250.00 sekali setahun
• Elaun Pekakas - RM 25.00 sekali sahaja dalam tempoh latihan
• Elaun Kertas Projek - RM 90.00 sekali setahun
• Elaun Jahitan pakaian seragam - RM 45.00 sepasang
Bagi tuan/puan yang Mengikuti Latihan Bertaraf Sijil
• Biasiswa - RM 517.15 sebulan.
• Elaun Buku - RM 240.00 sekali setahun
• Elaun Pekakas - RM 25.00 sekali sahaja
dalam tempoh latihan
• Elaun Kertas Projek - RM 80.00 sekali setahun
• Elaun Jahitan pakaian seragam - RM 45.00 sepasang
Bagi Anggota-anggota yang Sedang Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Kerajaan
• Tuan/puan yang mengikuti kursus berkaitan dengan tugas semasa akan diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa. ( contoh :- jawatan Jururawat Masyarakat ke Jawatan Jururawat )
• Tuan/puan yang mengikuti kursus yang tidak berkaitan dengan tugas semasa akan diluluskan Cuti Belajar Tanpa Gaji dengan biasiswa berdasarkan matagaji terakhir yang diterima semasa berkhidmat. ( contoh :- jawatan Pembantu Perawatan ke Jawatan Pembantu Kesihatan Awam)

2)
a)
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN SEMASA LATIHAN
Tambang Perjalanan
Untuk urusan pengendalian tiket penerbangan dan taklimat ke tempat latihan:-
i) Bagi tuan/puan daripada Sabah yang menerima tawaran ini dan ditempatkan di mana-mana kolej latihan di Sarawak atau Semenanjung hendaklah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, di Kota Kinabalu di talian 088-223514 atau 088-456757
• Bagi calon –calon daripada Sarawak yang menerima tawaran ini dan ditempatkan dimana-mana kolej latihan di Sabah atau Semenanjung hendaklah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, di Kuching di talian 082-246409.

b)
Pakaian Seragam
i) Tuan/puan akan dibekalkan pakaian seragam mengikut kelayakan-kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan di sepanjang tempoh latihan seperti berikut:-
• Tahun Pertama - 3 pasang
• Tahun Kedua - 2 pasang
• Tahun Ketiga - 2 pasang
ii) Bagi tuan/puan program outsourcing pakaian seragam adalah dibawah kelolaan kolej masing-masing.

c)
Kemudahan Tempat Tinggal (Asrama) dan Penyediaan Makanan
Sekiranya tuan/puan dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan, tuan/puan akan dikenakan bayaran mengikuti kadar yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. tuan/puan juga dikehendaki membayar di atas kadar yang ditetapkan oleh pihak kolej bagi penyajian makanan di asrama tersebut sekiranya ada. Bagi calon pelatih dibawah program outsourcing kemudahan asrama adalah dibawah kelolaan pihak kolej swasta.

d)
Rawatan Perubatan
• Tuan/puan adalah layak untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma pada setiap kali mendapatkan rawatan di hospital-hospital Kerajaan di sepanjang tempoh latihan ini dan sekiranya dikehendaki mendapatkan rawatan di wad, tuan/puan berkelayakan Wad Kelas Dua.
• Tuan/puan yang mengikuti program outsourcing di institusi-institusi swasta dikehendaki berhubung dengan kolej perhubungan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kolej yang menyelia).

e)
Cuti
Tuan/puan adalah layak untuk mendapat cuti semester yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia









0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .