Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tengku Mahkota Pahang Berkenan Saksikan Persembahan Flash Mob Palestin Pelajar KTD

Tengku Mahkota Pahang Berkenan Saksikan Persembahan 
Flash Mob Palestin Pelajar KTD



KUANTAN, 29 Januari 2013 - Majlis Pelancaran dan Penyerahan Dana Tabung Palestin-Gaza oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah telah disempurnakan dengan jayanya di Dewan Perdana Ballroom, MS Garden di sini.

 Majlis yang julung kalinya diadakan ini merupakan cetusan idea Tengku Mahkota Pahang bertujuan mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.


Hampir 70 pihak yang terdiri daripada agensi kerajaan, pihak swasta serta individu telah tampil menghulurkan sumbangan yang mencecah sehingga RM1 juta pada program tersebut manakala sumbangan orang ramai melalui tabung-tabung masjid pula sebanyak RM117,118.


 
Majlis yang gemilang ini turut diisi dengan tayangan klip video serta persembahan flash mob, pantomin dan dendangan nasyid Palestina Tercinta yang penuh bertenaga dari Kolej Teknologi Darulnaim (KTD).


Tetamu yang hadir sangat terkesan dengan penderitaan rakyat Palestin yang dipaparkan serta teruja dengan persembahan mantap dan penuh emosi oleh pelajar-pelajar KTD. 

Pelajar-pelajar KTD berpengalaman mempersembahkan flash mob di beberapa lokasi strategik di sekitar Kelantan dalam usaha mengumpul dana kemanusiaan untuk Palestin. Kesempatan untuk melakukan persembahan di luar Kelantan yang disaksikan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang dimanfaatkan sepenuhnya untuk melahirkan kesedaran sosial tentang penderitaan umat Islam di Palestin.


Presiden NGO HALUAN Malaysia merangkap Ketua Eksekutif KTD, Dr. Hj. Abdullah Sudin memberi jaminan sumbangan rakyat negeri Pahang kepada rakyat Palestin akan disalurkan melalui kerjasama dengan al-Sarraa Foundation, sebuah NGO di Gaza bagi membiayai beberapa projek jangka pendek dan jangka panjang termasuklah Pusat Rawatan Kanser al-Huda, Hospital Besar Malaysia-Indonesia di Bandar Gaza, Pusat Tahfiz al-Quran di kem pelarian dan pembinaan sebuah sekolah rendah syariah di Deir Al Balah.


Majlis dihadiri Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob dan Penasihat Perdana Peace Global Foundation (PGPF), Dato’ Mukhriz Tun Mahathir dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Pahang serta kenamaan-kenamaan dan ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.


Dianggarkan seramai 700 orang tetamu hadir termasuklah pelajar-pelajar dari IPT tempatan. Jemputan untuk menjayakan program ini menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar KTD untuk menjadi pemimpin yang berketerampilan pada masa hadapan.

Sumber; Website KTD

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .