Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/08/23

Halatuju Selepas SPM Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga

Halatuju Selepas SPM 

Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga

Pelajar Kursus Kulinari

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selain bekerjasama dengan kolej-kolej dan institut-institut pengajian yang di iktiraf, FELDA juga telah membina kolej-kolej Yayasan FELDA mereka sendiri bagi membolehkan warga generasi FELDA meneruskan Pendidikan ke tahap Tertinggi dan tidak ketingalan dari Arus Pendidikan Global dan Glokal. Entry ini saya memuatkan tentang Kolej Yayasan FELDA Mempaga, Karak, Pahang.

 PENGENALAN

Penubuhan Yayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada 26 September 1998. Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara. Yayasan Felda mula beroperasi pada tahun 1999. 



Matlamat Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan warisan budaya negara serta bidang-bidang lain yang boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan.

 Ianya selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda di dalam memperkasakan tanggungjawab sosialnya.


5 jenis kursus peringkat sijil yang ditawarkan di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga. Antaranya ialah: kulinari, pastri, pramusaji, pembantu atandent bilik dan pembantu kaunter hadapan.



Kelebihan

  • Para pelajar yang menamatkan kursus akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemahiran Malaysia (JKM).
  • Latihan kemahiran menggunakan Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS) Jabatan Kemahiran Malaysia (JKM).
  • Semua pelajar yang mengikuti kursus di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga akan diberikan kemudahan penginapan dan makanan secara percuma.

 

Syarat Kemasukan

 

SYARAT – SYARAT KEMASUKAN :

  • Warganegara Malaysia
  • Anak @ Cucu Peneroka/Anak Kakitangan Felda
  • Lulus SPM/SPVM
  • Berumur Antara 18 – 25 Tahun
  • Bujang & Sihat Tubuh Badan
Kursus Yang Ditawarkan:-

1. Kulinari (Tahap 1, 2 & 3)
2. Pastri (Tahap 1 & 2)
3. Pramusaji (Tahap 1, 2 & 3)
4. Pembantu Kaunter Hadapan (Tahap 2)
5. Pembantu Atendan Bilik (Tahap 1&2)


KURSUS KULINARI  (Tahap 1, 2 & 3)

Untuk kursus Kulinari(Penyediaan Makanan), pelajar-pelajar akan didedahkan mengenai peralatan, perkakas khas dan bahan yang akan digunakan untuk memasak. Antara modul menarik yang terkandung di dalam kursus ini adalah teknik memasak masakan barat dan timur. Antara masakan barat ialah chicken chop, lamb chop, salad, lasagna dan lain-lain. Manakala untuk masakan timur pula adalah lauk pauk tradisional, jenis-jenis nasi dan sebagaimya.



Pastri

Tempoh: 6 Bulan


Pelajar akan mempraktikkan teknik dan kaedah membuat roti dan pastri manisan dan pedas. Resepi-resepi serta kandungan berdasarkan resepi-resepi yang telah ditetapkan. Kemahiran menguli dan proses-proses di dalam penghasilan roti didemonstrasikan serta penyediaan kuih muih tempatan. Teknik dan kaedah moden serta tradisional diajar kepada mereka.

PEMBANTU ATENDAN BILIK 

( HOUSEKEEPING )

Housekeeping Atau Pengemasan Bermaksud Melakukan Pembersihan Mengikut Prosidur-Prosidur Tertentu, Menyusun Atur Perabut Dengan Cara Yang Tersusun Dan Menarik Serta Menghias Supaya Keseluruhan Bilik/Tempat Menjadi Bersih , cantik Dan Selesa Seterusnya Dapat Mengawal Keselamatan Kepada Tetamu.

Kaunter Hadapan

(Reception)


Bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang pengurusan dan peranan kaunter hadapan dalam perkhidmatan hotel. Kaunter hadapan merupakan hentian utama bagi tetamu atau pelanggan yang akan menghubungkan mereka dengan jabatan-jabatan yang berkaitan. Selain itu, kaunter hadapan merupakan tempat memberikan maklumat dan informasi kepada tetamu atau pelanggan.



Muat Turun Borang Permohonan; klik di sini 

 Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

 Kolej Yayasan Felda  Kampus Mempaga
       28600 Karak Pahang Darul Makmur.
                        Email: kyfmempaga@gmail.com


 Tel: 09-2231596           Fax: 09-2232596          



Sumber; sila klik di sini



Kolej Yayasan Felda diiktiraf


 KUALA LUMPUR, 30 Jan.  – Empat Kolej Yayasan Felda bakal bertaraf antarabangsa apabila kursus yang ditawarkan mendapat pengiktirafan institusi pengajaran terkemuka dunia dari United Kingdom, City & Guilds.

Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar berkata, proses menaik taraf kursus-kursus vokasional yang ditawarkan di kolej yayasan itu sedang dijalankan.


Kolej yang terlibat ialah Kampus Mempaga, Pahang; Kampus Raja Alias, Negeri Sembilan; Kampus Trolak, Perak dan Kampus Kelana Jaya, Selangor.


“Wakil dari City & Guilds sudah datang ke kolej untuk membuat penilaian dan memberikan cadangan bagi mewujudkan program bertaraf antarabangsa.
“Kita akan bawa perkara ini kepada jawatankuasa untuk penilaian dan kemudian dilaksanakan,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara City & Guilds dengan tiga institusi pengajian tinggi swasta tempatan.



 Sumber; Kosmo Online

Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (463) selepas SPM (337) Halatuju (336) kerjaya (271) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (125) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (69) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Institusi Kemahiran (52) Kerjaya Pendidikan (51) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (37) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) MARA (22) Kolej Matrikulasi Premier (21) Panduan Temuduga (21) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Kolej Matrikulasi Teknikal (14) Vokasional (14) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Institusi Kemahiran MARA (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) Haluan Kerja Pendidikan (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List