Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/08/17

ADTEC Kulim menang pingat emas dan Russian Award ITEX 2013

ADTEC Kulim menang pingat emas dan Russian Award ITEX 2013

Sebagai pecinta ilmu dan inovasi, walaupun saya tidak terlibat dalam invovasi berkenaan, saya memuatnaik 4 artikel berkaitan Pemenang Pertandingan dan pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013) iaitu USM capai kejayaan cemerlang di ITEX 2013, UMP Rangkul 18 Pingat dan Anugerah Khas Dalam ITEX 2013, Penyelidik UTHM cemerlang di ITEX’ 2013 dan ADTEC Kulim menang kali kedua Pertandingan dan pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013). 

ADTEC Kulim menang pingat emas dan Russian Award ITEX 2013

 USM capai kejayaan cemerlang di ITEX 2013

 DR. OMAR Osman (kiri) bermesra dengan pemenang-pemenang pingat emas pada pameran ITEX 2013 di ibu negara pada 9 - 11 Mei lalu. USM mencapai kejayaan cemerlang dalam ITEX 2013 dengan memenangi 13 pingat emas dan 2 pingat perak. - BERNAMA

 PROF. Hanafi Ismail (kiri) dan pembantu penyelidik, Indrajit Rathnayake menunjukkan produk yang direka iaitu r-RubFoam-A Novel Solution for Global Oil Spills yang memenangi anugerah khas diiktiraf oleh negara Korea dan pingat emas pada pameran ITEX 2013 yang berlangsung di ibu negara pada 9 - 11 Mei lalu. - BERNAMA

 UMP Rangkul 18 Pingat dan Anugerah Khas Dalam ITEX 2013

ADTEC Kulim menang kali kedua Pertandingan dan pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013)

Kolej ADTEC Kulim, Kedah buat kali keduanya memperoleh pingat emas dan Russian Award dalam pertandingan dan pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013), baru-baru ini.



Turut mengiringi kejayaan mereka ialah pasukan inovasi ADTEC Batu Pahat, (Johor), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang, ILP Mersing, (Johor), ILP Kota Kinabalu, (Sabah) ILP Kuala Langat, (Selangor) dan ILP Kuala Terengganu, (Terengganu). 





Kumpulan ADTEC Kulim mempertaruhkan projek reka bentuk mekanikal berasaskan Environmental Friendly Compact Sink Filter System (EFCSFS) sebagai persai–ngan dengan pelbagai projek dari institusi pengajian tinggi lain yang mengambil bahagian.
Pensyarah ADTEC, Kulim, Junaidi Osman berkata, meskipun persaingan diterima cukup sengit, dengan persediaan rapi selama enam bulan, mereka meraih kemenangan.


“Pertandingan ini adalah landasan kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam mencipta inovasi baru berasaskan reka bentuk mekanikal.


“Melihat pada persaingan memang hebat, namun pasukan ADTEC Kulim tidak goyah. Kami yakin mampu mencipta kemenangan kerana sudah membuat persiapan rapi sebelum itu.

“Hasil kerjasama itu, kami memberi kredit kepada institusi untuk memartabatkan lagi keupayaan serta persaingan pelajar ADTEC selari dengan institusi pe–ngajian tinggi lain,” katanya.

Antara anugerah dipertandingkan ialah ITEX Best Invention, ITEX 2013 Best Green Invention,ITEX & AYIE 2013 Medals, Malaysia Innovative Product Award, Malaysian Young Inventor Awards dan Sponsor Awards.



Sumber; Harian Metro, Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/04

ADTEC Kulim Kekal Juara Dalam ITEX 2013


9 - 11 Mei 2013 - ADTEC KULIM untuk kedua kalinya memperolehi anugerah GOLD MEDAL dan RUSSIAN AWARD-DIPLOMA of Association Russian House for International Scientific and Technological Cooperation di pertandingan INVENTION, INNOVATION AND TECHNOLOGY EXHIBITION 2013 (ITEX 2013), terpilih mewakili ILJTM ke pertandingan dan pameran rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013) yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 9 hingga 11 mei 2013 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Turut bersama mewakili pasukan ILJTM ialah 6 projek lain yang di wakili oleh pasukan inovasi ADTEC Batu Pahat, ILP Kepala Batas, ILP Mersing, ILP Kota Kinabalu,ILP Kuala Langat dan ILP Kuala Terengganu.
Kumpulan Inovasi ADTEC KULIM yang di wakili oleh  En. Junaidi Bin Osman (Pensyarah), Muhamad Farid b Hassanuddin (Pelajar Elektronik Sem 2),Muhamad Aliff b Mohamad Rosdi (Pelajar Mekanikal Pembuatan sem.2), Zulkarnain b Ibrahim (Pelajar Elektronik sem.2), Muhamad Ridzuan b Abu Seman (Pelajar Telekomunikasi sem.2) mempertaruhkan satu projek rekabentuk mekanikal untuk persaingan diantara ribuan projek inovasi dari pelbagai universiti, institusi penyelidikan , institusi pembelajaran, syarikat korporat, individu, rakan IP serta negara antarabangsa yang lain bagi merebut anugerah-anugerah seperti Patron Award, Asian Invention Cup 2013, Asian Young Inventors Cup, WIPO Award, IFIA Cup, ITEX Best Invention, ITEX 2013 Best Green Invention,ITEX & AYIE 2013 Medals, Malaysia Innovative Product Award, Malaysian Young Inventor Awards, Sponsor Awards dan akhir sekali International Awards

Strategi persembahan projek inovasi oleh ADTEC Kulim telah berjaya memikat hati juri  pertandingan ITEX tersebut dengan mempertaruhkan projek Environmental Friendly Compact Sink Filter System (EFCSFS) seterusnya telah di anugerahkan GOLD MEDAL AWARD dari ITEX 2013 serta di anugerahkan juga anugerah Antarabangsa iaitu RUSSIAN AWARD- DIPLOMA of Association Russian House . Ini adalah merupakan kejayaan kedua ADTEC KULIM di pertandingan tersebut pada tahun lepas. Ini membuktikan bahawa projek inovasi hasil ciptaan ADTEC Kulim mampu memperolehi pengiktirafan antarabangsa dan seterusnya membuktikan bahawa projek yang dihasilkan di ADTEC Kulim adalah berkualiti dan bersatus antarabangsa.
Tahniah kepada ADTEC KULIM kerana telah berjaya mengharumkan nama ILJTM dan ADTEC Kulim di persada pengiktirafan antarabangsa didalam aspek inovasi dan penciptaan . Harapan ADTEC Kulim akan terus maju dan menempa lebih banyak kejayaan menerusi Inovasi di tahun-tahun yang mendatang.

Sekalung Tahniah kepada Kumpulan Inovasi ADTEC Kulim yang telah mengharumkan nama Institut:
  • En. Junaidi B. Osman (Pensyarah)
  • Muhamad Farid B. Hassanuddin (Pelajar Elektronik Sem 2)
  • Muhamad Aliff B. Mohamad Rosdi (Pelajar Mekanikal Pembuatan Sem 2)
  • Zukarnain B. Ibrahim (Pelajar Elektronik Sem 2)
Muhamad Ridzuan B. Abu Seman (Pelajar Telekomunikasi Sem 2) 

Sumber; Website ADTEC Kulim Kedah

 

GEORGE TOWN 13 Mei - Universiti Sains Malaysia (USM) meraih 13 pingat emas dan dua pingat perak daripada 15 penyertaan pada Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-24 (ITEX 2013) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 9 hingga 11 Mei lepas.
Pencapaian itu mencatat peratusan tertinggi iaitu 87 peratus pungutan emas daripada keseluruhan penyertaan, kata Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Omar Osman pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Prof. Hanafi Ismail turut mengharumkan nama USM apabila memenangi anugerah khas dari Korea menerusi produk ciptaannya, r-RubFoam-A Novel Solution For Global Oil Spills.
Omar berkata, pihak universiti sedang berusaha mengetengahkan produk-produk yang dihasilkan untuk dikomersialkan dan menyeru industri yang berminat untuk bekerjasama dengan USM bagi membolehkan kesemua produk penyelidikan berkenaan dibawa ke peringkat seterusnya.
Sejak menjadi universiti penyelidikan, USM telah memfailkan 380 paten daripada hasil penyelidikannya, katanya.
Omar berkata, selain itu pihaknya juga berusaha untuk mengurangkan peraturan dan halangan yang boleh membantutkan usaha universiti untuk mengkomersialkan produk-produk penyelidikan itu.
USM berhasrat untuk meliberalisasi keupayaan pensyarah dengan mewujudkan usahawan penyelidik dalam kalangan mereka yang akan bekerjasama secara aktif dengan industri bagi mengkomersialkan produk-produk mereka, katanya.
Sementara itu, Hanafi berkata, hasrat universiti untuk meliberalisasi keupayaan pensyarah memberi satu motivasi dan tarikan kepada mereka untuk membawa produk yang dihasilkan ke dalam pasaran.
Beliau berkata setakat ini terdapat sebuah industri berasaskan getah di negeri ini yang berminat untuk bekerjasama mengkomersialkan produk penyerap minyaknya itu.
Hanafi berkata r-RubFoam yang dihasilkan daripada sisa buangan getah mampu untuk menyerap dan membersihkan tumpahan minyak di darat dan air.
Selain itu, ia juga sesuai untuk membersihkan tumpahan minyak di kawasan-kawasan gudang, kilang, stesen minyak, bengkel kereta, petrokimia dan industri perkapalan, katanya. - BERNAMA

Sumber; Utusan Malaysia, 13 May 2013

UMP Rangkul 18 Pingat dan Anugerah Khas Dalam ITEX 2013
 Kuala Lumpur, 11 Mei – Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya merangkul 18  pingat dan satu anugerah khas pada Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2013 (ITEX'13) dengan membawa pulang 12 pingat emas dan enam perak. Pertandingan dianjurkan Malaysian Invention and Design Society (Minds) dengan kerjasama World Intellectual Property Organisation (Wipo) buat kali ke-24    baru-baru ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.  


Lebih membanggakan penyelidikan Profesor Madya Dr. Abdurrahman Hamid Nour dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) bertajuk “Water as an Alternative Energy and Pullutant Control" berjaya memikat hati juri apabila hasil penyelidikan berkaitan penemuan air sebagai sumber tenaga alternatif dalam mengawal pencemaran ini dianugerahkan pingat emas dan  Anugerah Khas Henry Goh (Best Green Technology Invention).



Pingat emas turut dimenangi penyelidik dari FKKSA, Dr. Ahmad Ziad  Sulaiman dengan penyelidikannya bertajuk Effect of Ultrasound on Enzymatic Extraction of Eurycoma Longofolia (Tongkat Ali) for Cosmeceutical and Nutraceutical Application. Penyelidikan ini mengetengahkan mengenai kaedah meningkatkan hasil kadar pengekstrakan herba iaitu daripada Tongkat Ali dengan menggunakan teknologi gabungan enzim berbentukkan teknologi ultrasound untuk kegunaan dalam bidang kosmetik. 



Penyelidik Rosyati Hamid dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) juga menang pingat emas dengan penyelidikannya bertajuk An Automated Detection & Quantifation of Pus Cells and Epithelial Cells for Sputum Quality Testing with Moving Stage Using Biological Microscope.  Penyelidikannya berkaitan sistem untuk mengesan dan mengira virus serta sel yang terdapat dalam kahak dan nanah  bagi mendapatkan keputusan yang lebih konsisten.



Begitu juga hasil penyelidikan mengenai alat pengesan nitrite yang terdapat pada sarang burung turut menang pingat emas menerusi penyelidikan oleh Dr.Tan Ling Ling @ Chong Ling Ling dari Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI).



Lain-lain pingat emas turut dimenangi Profesor Madya Dr. Ghazi Faisal Najmudeen (FKKSA), Profesor Madya Dr. Maksudur Rahman Khan (FKKSA), Mohd. Najib Razali (FKKSA), Ahmad Rosli Abdul Manaf (FKP), Profesor Dr. Kamal Zuhairi Zamli (FSKKP), Dr. Chong Kwok Feng (FSTI) dan Dr. Gurumurthy Hegde (FSTI).

Di antara penyelidik yang berjaya dianugerahkan pingat perak adalah Profesor Madya Dr. Md. Maksudur Rahman Khan (FKKSA), Dr Norrozila Sulaiman (FSKKP), Profesor Dr Jose Rajan (FSTI) dan Profesor Madya Dr. Md Lutfor Rahman (FSTI).



Dua pingat perak yang diperolehi adalah hasil sumbangan daripada Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK) bagi kategori pendidikan iaitu Mardhiyyah Zamani dengan penyelidikannya bertajuk Zikir Intelligent dan Dr. Norrihan Sulan dengan penyelidikannya A Corpus of Thematic Quran Verses. 



Pertandingan kali ini juga menyaksikan booth UMP turut berjaya dinobatkan pingat emas bagi Kategori Rekabentuk Booth Pameran Terbaik. 



Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim berbangga dengan pencapaian 100 peratus kemenangan ini. "Kejayaan ini merupakan satu petanda positif kepada universiti terhadap penghasilan hasil penyelidikan UMP yang lebih berinovasi dan kreatif serta dapat dimanfaatkan kepada masyarakat dan pembangunan negara," katanya.



Pameran bertemakan Kejuruteraan dan Teknologi ini dirasmikan oleh bekas Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Malaysia, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Hj Omar Abdul Rahman dengan penyertaan lebih daripada 500 projek penyelidikan tempatan dan luar negara.
 Sumber; Website UMP

Penyelidik UTHM cemerlang di ITEX’ 2013 
Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL