Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Program Dermasiswa B40 JPA 2016 Untuk TVET

Program Dermasiswa B40 JPA 2016 Untuk TVET



PROGRAM DERMASISWA B40 2016





PENGENALAN




Program Dermasiswa B40 merupakan program baharu JPA yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2016. Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2015 daripada keluarga dalam golongan B40 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Sijil Profesional di Institusi Pengajian Tinggi yang dikenalpasti. 


Golongan B40 adalah terma yang digunapakai Kerajaan bagi kumpulan isi rumah di Malaysia yang berpendapatan 40% terendah.



Objektif Program ini adalah membantu pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 mengikuti pengajian dalam bidang TVET dan profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri. Sehubungan itu, penajaan akan menjurus kepada bidang teknikal dan vokasional selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan bakat yang mempunyai kemahiran tinggi bagi menampung keperluan pekerja mahir dalam pasaran kerja.



PENAJAAN




Penajaan pelajar di bawah Program ini adalah dalam bentuk biasiswa. Sebanyak 1,000 tempat diperuntukkan bagi menaja pelajar di bawah program berikut:


i.             Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam




Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam merupakan penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma.






PERMOHONAN


Permohonan akan dibuka secara atas talian di  http://esilaV2.jpa.gov.my mulai 23 MEI 2016 sehingga 30 MEI 2016. Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:



a)          Warganegara Malaysia,


b)          Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;


c)           Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015;



d)           Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;


e)                  Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana


f)            Jumlah pendapatan bulanan isi rumah ibu bapa/penjaga adalah RM6,540 ke bawah; dan

g)           Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan (akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).

h)           Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah; dan



i)             Sekurang-kurangnya gred B dalam mana- mana empat subjek lain yang diambil. 

Boleh baca artikel berkaitan TEVT di klik di sini.

0 Comentarios