Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan JPA PIDN Program Ijazah Dalam Negara 2016

Permohonan JPA PIDN 
Program Ijazah Dalam Negara 2016





PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA 2016




Assalamualaikum dan selamat petang. Kepada anak-anak lepasan Matrikulasi KPM 

khususnya dan Lepasan STPM , diharap entry ini boleh dijadikan rujukan anak-anak. 



PENGENALAN



Program Ijazah Dalam Negara merupakan penajaan kepada 7,000 pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam,klik di sini, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)klik di sini, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia (MMU) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT). 

Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.


Penajaan  pelajar  di  bawah  Program  ini  adalah  dalam  bentuk

Pinjaman Boleh Ubah.




PERMOHONAN


Permohonan akan dibuka secara atas talian di  http://esilaV2.jpa.gov.my mulai 23 Mei 2016. Permohonan dibuka kepada pelajar tahun pertama yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester pengajian.


SYARAT PERMOHONAN


a)           Warganegara Malaysia,


b)           Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;


c)           Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);


d)           Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;


e)           Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;

f)            Umur tidak melebihi 22 tahun pada tarikh permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);


g)           Berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian; dan


h)           Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama. 


Artikel lain di dalam blog ini:

1) Kerjaya Jurutera, klik di sini.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .