Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Biasiswa penuh kepada pelajar lepasan PT3 2014

Biasiswa penuh kepada pelajar lepasan PT3 2014 - Utusan Malaysia, 7 Januari 2015.







 SHAH ALAM 31 Mac - Dalam usaha membantu meringankan beban pelajar untuk membayar balik pinjaman pendidikan yang tinggi, kerajaan dengan kerjasama pihak industri memperkenalkan biasiswa bagi Skim Perantisan Mekatronik dan Elektrikal.


 
Skim untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tiga itu ditawarkan oleh Auto Prima Technology Training Sdn. Bhd. yang mendapat tajaan sepenuhnya daripada kerajaan menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) iaitu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Ketua Eksekutif Auto Prima Technology Training Sdn. Bhd., Juhaidi Yean Abdullah berkata, skim itu turut diperkenalkan bagi memastikan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang cemerlang dalam akademik meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Katanya, menerusi skim tersebut, yuran pengajian sepenuhnya akan ditanggung oleh kerajaan sementara elaun bulanan RM500 dibiayai oleh pihak industri yang terlibat dan hostel turut disediakan.
"Biasiswa ini ditawarkan kepada semua lepasan SPM yang mempunyai SKM tahap dua dalam bidang mekatronik serta elektrik dan kursus ini hanya mengambil masa selama setahun.
"Sepanjang pengajian, 50 peratus daripada kursus latihan akan dijalankan di Kolej Auto Prima di Kemuning Utama di sini dan selebihnya di syarikat penaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Juhaidi memberitahu, pemilihan kursus mekatronik dan elektrik dibuat bagi menampung kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut yang kini mendapat permintaan tinggi.
"Kolej Auto Prima pula dipilih kerana mendapat penarafan lima bintang daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia berdasarkan sistem pengurusan teratur, mempunyai kelengkapan mencukupi dan berteknologi tinggi yang sesuai dengan keperluan industri," ujarnya.
Beliau menambah, menyedari kepentingan kad hijau, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menerusi Kolej Auto Prima turut menawarkan kursus jangka pendek secara percuma kepada sesiapa yang berminat dalam bidang pendawaian elektrik, terutama mereka yang memiliki SPM dan berumur antara 18 hingga 24 tahun.
Mengulas lanjut, Juhaidi berkata, selain daripada biasiswa, Kolej Auto Prima turut menyediakan pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang mana pelatih akan diberikan elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan.
"Untuk program ini, kami menyediakan kursus SKM tahap satu hingga empat dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) bagi kursus Automasi/Mekatronik, Automotif dan Elektrikal di samping menyediakan tempat dalam industri untuk pelatih menjalani latihan praktikal sebelum diserap sebagai pekerja sepenuh masa,'' katanya.
Sumber; Utusan Malaysia

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .