Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Mengendalikan rasa kecewa



Mengendalikan Rasa Kecewa
(Dalam Hal Kejodohan)


Bagaimana Agaknya nak kendalikan rasa kecewa ya?
Hati yang retak seribu tentulah parah lukanya. Namun tiada siapa yang nampak luka hati itu. Sebab apa? Sebab ia kat dalam hati kita. Dalam tubuh badan kita. Namun, dari bahasa badan, riak kekecewaan pasti dapat dikesan oleh individu yang hampir dengan kita.

Mungkin dari lirikan mata kita, mimik wajah, cara kita berkomunikasi dan gaya badan kita. Secara tak sengaja, gambaran hati kita terlukis pada tindakan kita. Cuma yang empunya badan sedar atau tidak sahaja.

Hati kita dipagut rasa sayu. Fikiran mula melayang-layang. Mula terfikir, dulu si A berjanji begitu begini. Si A anggap aku ini special. Tup tup dia bernikah dengan orang lain. Atau Si A begitu mesra dengan kita namun rupanya hanyalah sebagai teman biasa. Atau apa sahaja situasi yang membuatkan kita terbuai perasaan dengan si dia.

Maka di kala itu,jika tidak dikawal, mudah sangat pengaruh negatif menghasut jiwa kita. Menuntun kita ke arah kebinasaan dan tindakan di luar kawal.

Tanamkan sebesar-besar rasa sabar dalam jiwa. Biarlah airmata menitis pun tidak mengapa. Biar segala kesedihan terluah. Namun pastikan airmata yang tumpah itu tidak tumpah ke bumi dengan sia-sia. Maksudnya, biarlah airmata itu airmata memohon keampunan Ilahi. Usahlah membiarkan diri terus bermuram durja selama berhari-hari,berminggu2.

Ambil pengajaran dari kisah kekecewaan yang dilalui. Muhasabah kembali diri kita. Cuba perbaiki kesilapan diri kita dan ceriakanlah hidup kita. Lakukan apa sahaja aktiviti yang membahagiakan jiwa kita asalkan tidak bertentangan dengan syarak.

Selalulah hampiri TuhanMu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Mengetahui. selalulah berdoa, Solat Hajat dan Istikharah. Semoga Allah menggantikan dia yang hilang dengan seorang yang lebih baik dan sesuai untuk kita dunia akhirat.

Jangan simpan rasa benci dan marah kepada kaum lawan jenis kita hanya disebabkan oleh seorang lelaki/wanita yang mempermainkan perasaan kita. Berbaik sangka kepada Allah dan teruskan hiasi diri dengan santun dan peribadi muslim sejati. InsyaAllah, jodohmu pasti akan tiba. Cuma samada lambat atau cepat sahaja.

Yakinlah. Ada hikmah di atas kekecewaan hari ini.

catatanku ini dedikasi buat insan yang tabah

4 Comments:

wanita said...

entry ini bagai mengingatkan saya bahawa hari esok masih ada.yang pasti Tuhan dekat dengan kita

nurkass said...

salam kak ummu..
bagus n3 ni..buat pedoman diri..

ummu said...

waalaikumussalam Kass
sama2 kita berkongsi rasa, kan kass
Terima Kasih Kass
sudi memberi komen apda catatan akak
lewat 2 tahun lalu

ummu said...

saling mengingati,kan wanita.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .