Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
baituna jannatuna
,
bimbingan dan kaunseling
,
catatanku
,
kaunseling
,
Kesihatan
,
Kesihatan Psikologi
,
Motivasi
,
Mutiara Kata
,
Petua
» Masalah Yang Bertimbun Manusia Bertanya dan Jawapan Al quran
Masalah Yang Bertimbun Manusia Bertanya dan Jawapan Al quran
Masalah Yang Bertimbun Manusia Bertanya dan Jawapan Al quran Sesungguhnya Al Quran Penawar...
Assalamualaikum.. salam jumaat,pagi yang cerah...Saya salin kembali.madah yang saya publish di beberapa blog saya selama ini. Kali ini di rumah baru pun,saya nak paste juga kalimah bermakna ini.Moga ia beri manfaat kepada kita semua.
Lebih kurang 2 tahun lalu,selepas berlaku suatu insiden di tempat kerjayang mana khirnya saya telah tidak bekerja.
Tambahan pula, dengan karenah pembantu rumah waktu itu. Banyak perbuatannya yang mengguriskan hati saya. Contohnya, dia membiarkan saya memanggilnya bagi meminta tolong setelah saya terjatuh dari katil.
Lalu dia menceritakan pada orang yang saya tidak memberinya makan selama 3 hari sehingga dia kelaparan serta pelbagai fitnah lagi yang dilemparkan kepada saya hingga orang yang mendengar kata-katanya akan memarahi saya kembali....hingga saya rasa bagaikan terasing di daerah yang memang serba baru bagi saya.
Manakala anak kecil saya, pernah terlepas dari pelukan saya. Anak kecil saya tidak mahu susu formula. Buatlah macam manapun,dia akan tetap mencari susu ibu.
Kekuatan dan dedikasi Yang Mulia Kak Ungku dalam mendidik anak bangsa dan kehidupan adalah inspirasi saya. Jika saya dibandingkan dengan dirinya, siapalah saya ini. Ketabahan mereka di bahagian "Cekal meniti kerikil" juga saya jadikan inspirasi. Terima kasih juga kepada kak Nura...
Allah dan RasulNya kekuatan kita. Itulah sumber utama kita meneruskan hidup ini...
Manusia Bertanya, Al Quran Menjawab
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
KENAPA RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Ali-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
26 Comments:
salam Ummu Masyitah..
baru ini kakcik tahu keadaan dirimu.. maafkan kakcik sebab kakcik tidak mengikuti blog ini dari awal, jadi banyak rupanya yang kakcik tertinggal...
Salam ummu, tahniah rumah baru yang cantik dan menarik. Akak teringin 'menghias' rumah cam ni tapi tak reti sangat. Hehhe ni mesti pakar IT yg tolongkan. Kirim salam pada dia. Kuatkan semangat, ceria dan positif selalu. Walau kita tidak pernah bersua tp akak selalu mendoakan kebahagiaan ummu.
Assalamu'alaikum Um Masyitah,
bersabarlah ya.. Allah beserta orang-orang yang sabar.. memang senang memberi nasihat, menanggungnya bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. kak amat memahami masalah sakit seperti ini biarpun kak tak tahu dengan sebenar-benarnya namun daripada kisah ini dapatlah dimengertikan bahawa um masyitah kurang keberdayaan.. mcm diri kak juga. walaubagaimanapun kita kena banyak mengingat Allah al-Hakiim. Maha bijaksana, dia buat sesuatu dengan kebijaksanaanNya. Tidak satupun ciptaanNya, pemberianNya yang tidak ada hikmah.
salam ummu.. sy mnjadikan setiap ujian sbg kekuatan.. hnya pdNya tempat kita berhrp dan bermohon.. sy sntiasa doakan ummu akam sentiasa dlm kesejahteraan
ummu sorang yg kuat dan mnjadi contoh pd kekuatan sy.. makasih
salam,
Teruskan hidup dengan penuh keyukuran kerana memang hidup ini penuh dengan dugaan dan Allah menduga hambaNYA demi Islam dan iman .
salam manis dari akak di rumah baru ini :)
salam kak masyitah...
terima kasih memberikan jawapan sy selama ni yg membelenggungi diri saya...
saya memahami stiap bait2 ayat al Quran itu...
mudah2an sy berjaya menjadikan benteng dlm hdup sy...
*sy nk copy ayat2 ni ye...SYUKRAN ye kak...
trlalu byk ujian yg trpaksa ummu masyitah tempuhi...kagum akak dgn ketabahan masyitah.
slm. madah bmakna utk smua. TQ. kekuatan bkn pada fizikal smata2 tetapi kecekalan hati individu yg mnempuhnya
Salam ummu,
Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya meninggalkan catatan saya di sini setelah berkali-kali saya mencuba sebelum ini tapi tak berjaya.
Semoga ummu sihat selalu dan dapat berblogging seperti biasa.
madah indah tidak mudah didedah..
Assalamualaikum umm Masyitah
Suka tengok layout yang baru ni. Semoga terus semangat berblog dengan cerita kehidupan yang dapat memberi manfaat untuk kita semua.
Salam sayang
lightnur
salam akak...
nak minta kebenaran copy manusia bertanya alquran mjawab. utk motivasi kpd diri sendiri . dan nak bg pd sorg shbh . dia terlantar di hospital .
fisa suka sgt2 baca KENAPA KITA D UJI...
aduhaii berat mata memandang...
berat lagi bahu yg memikul...
Al Quran ada jawapannya...;)
Betul kan Fisa, Al Quran ada jawapannya...
waalaikumussalam Nana. Oh rupanya Nana selalu update Fp dan Fb erk? kak selalu dok mai jengok had Blog je. Kirim salam kat shbh tu ya dgn lafaz assalamualaikum
Waalikumuusalam Lightnur. Thanks a lot ya,coz sudi singgah 'rumah' Baru Mas ni. Muja sihat ke?
maadah indah sesekali terungkai
TQ sudi singgah 'teratak baru' kami
Waalaikumussalam kak Ani. terima kasih sudi bertandang ke 'teratak baru' kami.
Sebelum ini memang ada sedikit masalah.
Alhamdulillah,terima kasih atas doanya akak.
Saya hanya hambaNya yang lemah kak NZA.
selalu juga tewas dengan hasutan nafsu dan syaitan.
waalaikumussalam saudara piewahid. terima kasih sudi bertandang ke 'teratak baru' kami.
Waalaikumussalam White Rose;
silakan copy. penulis asalnya akak tak pasti sebab ia diberi oleh sahabat suami akak.
sesungguhnya Al Quran adalah jawapan terbaik segala persoalan manusia.
waalaikumussalam kak Rina.
TQ ya sudi singgah 'rumah baru" kami ini.
suka baca entry akak,
kaya dnegan pengajaran dan pengalaman hidup.:)
waalaikumussalam Maiyah,saya suka membaca entry Maiyah.Teruskan mencoret ya maiyah.
kerana dari stu juga saya ambil pengajaran dan kekuatan.:)
Waalaikumussalam kak Werdah.
Terima kasih ya atas ingatan akak.
sesungguhnya hidup kita pasti tak sunyi dari cubaan dan dugaan kan , Kak Wedah?
Waalaikumussalam Kak Nura.Terima kasih sudi datang rumah Ummu ni ya. Betul tu kak, en hubby yang tolong watkan. Kalau harap saya....sengeh je lah. Kui kui. Erm,akak pun apa kurangnya. Banyak kepakaran juga.
Yalah kak.saya datang pun kejap je. kalau mesyuarat pun, kat tingkat atas, tak dapatlah kita jumpa kan..
waalaikumussalam kakChik,
Terima kasih kak Chik,sudi singgah teratak baru Ummu ni.
Saya suka baca entry akak, banyak sentuhan keibuan...
Post a Comment