Dedah hidup kampus
Artikel ini diambil dari akhbar harian Metro untuk rujukan pemilik blog.KEM Remaja Addin Harian Metro/MSU siri 2 yang diadakan di kampus Management & Science University (MSU) memberi peluang kepada pelajar merasai kehidupan warga menara gading.
Malah, inilah matlamat kem remaja ini bagi memberi semangat kepada peserta supaya satu hari nanti mereka juga boleh bergelar mahasiswa.
Perunding Human Touch Consultant, Ustaz Zawawi Yusoh berkata, suasana kampus mampu memberi perangsang kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.
"Ia satu lonjakan supaya satu hari nanti, mereka juga boleh menjadi warga universiti dan bergelar mahasiswa.
"Bukan mudah untuk mendapat peluang merasai suasana kehidupan masyarakat universiti kerana cara hidup di kampus," katanya.
Justeru, beliau meminta peserta kem remaja ini menggunakan sepenuhnya peluang mengikuti program itu untuk menimba ilmu sebagai bekalan apabila menjadi warga kampus nanti.
Sementara itu, Kem Remaja Addin Harian Metro Siri 2 ini terus mendapat sambutan baik ibu bapa yang sedar betapa pentingnya anak-anak diberi pendidikan informal.
Gabungan motivasi, ceramah, permainan dalam kumpulan, aktiviti luar, senaman, muzik dan kaunseling menjadikan kem remaja ini menarik.
Ibu bapa yang berminat menghantar anak mereka mengikuti program Kem Remaja Addin siri 2 boleh membuat pembayaran menggunakan wang pos atau datang sendiri ke Jabatan Kewangan NSTP, Jalan Riong, Bangsar bermula jam 9 pagi hingga 6 petang (hari bekerja).
Pembayaran perlu dibuat segera bagi mengelak sebarang masalah termasuk kehabisan tempat dan memudahkan proses mengemas kini senarai peserta.
Management & Science University (MSU) adalah penaja utama program terbabit. Semua aktiviti Kem Remaja Addin bakal dilaksanakan dalam kampus baru MSU di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Maklumat lanjut, hubungi Urus Setia Kem Remaja Addin Harian Metro di talian 013-9668986 (Fadly Samsudin), 03-20569687 (Rubaini Che 'Abbas) atau 013-3625292 (Roslan Ibrahim).
0 Comments:
Post a Comment