Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Menjelang Peperiksaan Langkah Bijak Anda

Menjelang Peperiksaan Langkah Bijak Anda





SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.
Acapkali menjelang peperiksaan, saya sering dilantunkan dengan pelbagai soalan oleh para pelajar yang bertemu dengan saya. Antara soalan yang kerap dilontarkan ialah, "Cikgu, hati saya berdebar-debarlah cikgu. dup dap dup dap ni. Bagaimana saya nak hilangkan gementar ni cikgu?"

Soalan lain pula,"Saya tak confident lah cikgu. Rasa macam tak yakin je boleh jawab dengan baik exam ni. Saya rasa tak tenang lah cikgu".  Ada juga yang menjawab spontan, "Saya tak yakin boleh dapat matrikulasi cikgu. Saya tak yakin boleh lulus dengan cemrlang dalam SPM nanti. Rasa tak tenang kat hati ni, cikgu. Sebab tu lah saya tak nak minta matrikulasi KPM".

Baiklah para pelajar, bagi yang pernah berjumpa dengan saya di  bilik rawatan dan kesihatan sekolah, kita pernah berdiskusi akan hal ini.
Jika waktu ini, jiwa pelajar masih jua tidak tenang, bawalah hatimu selalu kepada Tuhan.Kepada pelajar Muslim, selalulah solat, membaca dan menghayati Al Quran serta berdoa.
Jika waktu ini kamu dilanda masalah, ujian atau musibah yang amat berat,  walau dalam bentuk apa cara sekalipun, sehingga menjejaskan tumpuan kamu pada pelajaran, cuba bawa hati dan fikiran kamu kepada Tuhan. Walau apa pun yang tiba saat ini, anggaplah apa yang berlaku dalam kehidupan kamu sekarang sebagai satu ujian Tuhan untuk melihat sejauh mana keimanan kamu. Tukarkanlah kesukaran yang sedang kamu hadapi sebagai cabaran untuk berjaya. 

Saat ini, ingatlah, pelajaran itu yang utama. Dengan pelajaran, insyaAllah kamu akan dapat mengubah nasib diri kamu dan keluarga. Oleh itu, kuatkanlah azam dan kesungguhan kamu untuk melangkahkan kaki ke sekolah kita, syurga kita.

Pada saat-saat akhir peperiksaan PMR yang tinggal sehari sahaja lagi. Manakala SPM  tinggal 50 hari sahaja lagi, apa yang penting, hati dan jiwa kita mestilah tenang. Usah peduli kepada kata hati yang berbolak balik dan sering cuba menimbulkan rasa was-was. 

Setelah kita berusaha semaksimum mungkin dengan kaedah belajar yang sistematik, doa anda kepada Tuhan yang Maha Esa dan solat yang berterusan, diiringi doa restu ayah bonda dan restu guru-guru, semoga kejayaan ceemrlang mengiring anda di dalam peperiksaan PMR dan SPM serta kehidupan.

Para pelajar boleh membaca entry saya sebelum ini. Antaranya:
1) Disiplin Diri Penentu Kecemerlangan, klik sini.
2) Bagaimana Membuat Nota Yang Baik, klik sini.
3) Tips Pelajar Cemerlang: Nur Syuhadah, klik sini.
4) Belajar Untuk Peperiksaan, klik sini.
5) Bagaimana Membuat Nota Yang Baik?, klik sini.
Pada entry kali ini, saya memuat naik beberapa tips yang disampaikan oleh Cikgu Mariana.

Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan utama. Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir adalah pelajar yang merugi.





Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan. Persediaan mental ini tetap merupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.


Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini.


1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.


2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.


3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.


4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.


5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembapkan minda.


6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.


7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.


8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.


9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.


10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.


11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.


12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.


13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.


14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.


15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.


16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.


17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.


18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.


19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.


20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.


21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting.


22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.


23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.


24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.


25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.


26.Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!


27.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.


28.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.


29.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.


30.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.

Kredit kepada; Cikgu Mariana, klik sini.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .