Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2012/05/19

PENYESALAN SEORANG PEMBAWA HIV (TRUE STORY)

PENYESALAN SEORANG PEMBAWA HIV (TRUE STORY) 

 


 

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Khusus untuk pelajar di sekolah, marilah sama-sama kita hindari diri kita dari terjebak ke  kancah najis dadah dan pergaulan seks bebas. 

Pada entry ini, saya sertakan pengakuan seorang Hamba Allah (kisah benar) dan telah mendapat keizinan tuan punya kisah dan tuan punya blog akuhivpositif untuk saya publishkan pengalaman beliau bagaimana akhirnya beliau disahkan pembawa HIV Positif. Kita ikuti pengalaman hidup sebagai satu iktibar dan pengajaran.

PENYESALAN SEORANG PEMBAWA HIV (TRUE STORY)

Catatan pengalaman beliau ini sebagai sempadan dan renungan bersama.
Aku sangat-sangat hargai perkongsian ini dan mengagumi keberanian beliau mengakui kesilapan lampau. Mengakui segala kesilapan dan dosa adalah antara asas kesempurnaan taubat nasuha.

Sama-samalah kita hadiahkan doa kepada beliau semoga sentiasa tabah, istiqamah, dianugerahkan umur dan kesihatan yang berpanjangan, dipelihara segala aib dan maruah serta memperolehi nikmat khusnul khatimah.

Mari baca…


Salam buat Saudara AHP dan semua.
Ribuan maaf dari saya buat saudara AHP kerana lewat untuk kongsikan kisah Bagaimana saya menjadi seorang PEMBAWA HIV POSITIF.

Pertama sekali aku kongsikan kisah aku bukan untuk menagih simpati atau berbangga diri. Bukan juga untuk mengaibkan diri dan keluarga serta membuka ruang untuk dicemuh oleh orang lain.

Tapi aku hanya ingin berkongsi kisah suka dan duka menjadi PEMBAWA HIV POSITIF sebagai pedoman dan hidayah buat orang lain supaya tidak dijangkiti HIV.


Sebelum aku bercerita lebih lanjut, elok aku memperkenalkan diri aku. Nama aku Afiq. Berumur 26 tahun dan berasal dari negeri Utara Semenanjung. Keluarga aku tidak pernah mengabaikan pegangan dan didikan agama untukku. Dari kecil aku diasuh menjadi seorang Islam yang sempurna. Dosa dan pahala semuanya diceritakan kepada aku.

Mungkin ini dugaan kerana aku terlalu alpa dan lalai dihanyutkan nikmat duniawi. Mungkin juga ini titik permulaan bagi aku untuk sujud kepada yang MAHA ESA.

Kisah bermula apabila aku melanjutkan pelajaran ke negeri Selatan Semenanjung.  Sebelum ini aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga. Inilah kali pertama aku berasa bebas daripada keluarga. Perasaan seumpama burung baru lepas dari sangkar. Aku bebas untuk melakukan apa saja. Aku bebas keluar pada bila-bila masa.

Di Kolej ini, baruku kenal erti dunia. Dunia yang penuh pancaroba. Dunia yang hipokrit. Dunia yang terlalu asing buatku. Aku mula didekati kaum-kaum nyah, lelaki-lelaki gay dan terutamanya perempuan.

Atas prinsip datang untuk menuntut ilmu, aku berjaya menghindarkan diri daripada perbuatan terlarang. Aku menganggap mereka sebagai kawan-kawan yang sama-sama menuntut ilmu. Aku tidak pernah menyalahkan diri mereka menjadi begitu. Aku terima mereka seadanya. Bagiku, aku tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa saja.

Kisah bermula pada satu cuti semester. Selalunya cuti semester aku tidak balik ke kampung disebabkan kekangan kewangan. Malam itu aku tidur awal kerana keletihan. Kemudian aku terjaga kerana terasa ada seseorang melakukan sesuatu padaku. Rupa-rupanya aku telah diliwat oleh seniorku. Aku terkejut dan marah bahkan sehingga bertumbuk dengan beliau.

Aku tidak pernah menjangka dia juga beminat terhadap kaum sejenis. Bagiku dia seorang lelaki macho, berbadan tough dan sudah mempunyai awek. Malam itu bermacam-macam perasaan timbul. Takut, sedih, marah dan semuanya ada.

Aku sangkakan selepas kejadian tersebut, dia tidak berani melakukan lagi perbuatan terkutuk itu. Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Aku diliwatnya sekali lagi. Pada masa itu aku mula rasa satu perasaan yang tidak pernah aku alami. Satu perasaan yang membuatkan aku terangsang dan aku merelakan sahaja dia melakukannya.

Setelah beberapa bulan diliwat, aku mula terasa gian untuk mengulangi perbuatan terkutuk tersebut. Aku mula menyukai kaum sejenisku. Tetapi perasaan aku terhadap perempuan tetap wujud, tidak pernah hilang.

Bermula daripada senior aku itu juga, aku mula belajar pergi ke club-club gay. Dari Selatan tanah air sampailah ke club-club di Kuala Lumpur, semuanya aku telah masuk. Di club gay, aku tidak sangka terlalu ramai lelaki yang meminati kaum sejenis. Kalau dilihat dari mata kasar kita memang tidak menjangka mereka begitu. Terlalu ramai dan tidak boleh dipercayai melalui mata kasar.

Setelah beberapa tahun mengunjungi club, aku mula menjinakkan diri pula dengan najis-najis dadah seperti pil-pil estacy, syabu, ganja dan sebagainya. Semua telah aku rasa dan cuba. Aku mula ketagih untuk mengambil najis-najis dadah tersebut. Habis beribu-ribu duit simpanan aku. Aku mula alpa dengan kemewahan dunia. Inilah akibatnya apabila aku mempunyai sifat ingin mencuba sesuatu yang baru yang merosakkan masa depan aku.

2 tahun kemudian, aku rasa diriku telah jauh terpesong. Aku mula menyesal dan berazam untuk berhenti daripada perkara-perkara tersebut. Aku mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia baru aku itu dan pulang ke negeri asalku. Aku sangkakan aku dapat berhenti daripada melakukan perkara-perkara tersebut. Rupa-rupanya makin banyak dugaan yang datang...

Aku kembali mengambil najis-najis dadah, malahan aku mula belajar minum arak. Club-club masih ku jejaki. Aku terlanjur dengan perempuan dan juga lelaki. Aku menjadi seorang bisexsual. Kedua-duanya aku sapu.

Untuk melepaskan nafsu aku mula berjinak-jinak dan mencari kenalan di dalam chat MIRC. Dari laman chat MIRC, aku mula berkenalan dan berjumpa dengan sesiapa saja yang menarik minat aku. Bila nafsuku songsang aku mula mencari lelaki tapi bila nafsuku normal aku mula mencari perempuan. Bagi aku, dunia adalah untuk berhibur dan tidak pernah memikiran AKHIRAT.

Tahun 2007, sekali lagi aku menyesali dan tersedar dengan perbuatan burukku.  Kali ini aku nekad untuk berhenti daripada semua perbuatan tersebut. Keterlanjuranku sudah terlalu jauh tersasar. Aku mula meninggalkannya sedikit demi sedikit. Najis-najis dadah dan arak aku cuba hindari.

Tetapi bukan mudah untuk meninggalkannya. Terlalu banyak dugaan  sehingga aku jatuh sakit disebabkan terlalu gian. Berkat pertolongan sahabat baikku, aku berjaya menghindarinya. 5 tahun berlalu, akhirnya aku ‘clean’ daripada perkara-perkara tersebut.



Awal Mac 2011, aku telah dicabar oleh rakanku untuk menderma darah. Buat pengetahuan semua, aku allergic sikit dengan doctor, ubat, darah, hospital dan klinik. Apa-apa saja berkaitan hospital semua aku tidak suka. Sakit pun aku tidak pernah pergi hospital. Rehat di rumah, kemudian semuanya akan baik.

Akhirnya buat pertama kali, aku telah menderma darah. Niatku hanya satu, untuk membantu orang lain yang memerlukan darah.

Awal April 2011, aku menerima sepucuk surat dari pihak Hospital meminta supaya datang segera ke hospital untuk temujanji dengan PAKAR PATOLOGI. Perasaanku mula berasa tidak tenteram. Aku mula bertanya rakan-rakan dan search internet mencari apa itu PAKAR PATOLOGI. Akhirkan aku mendapat tahu pakar patologi adalah pakar dalam mengenal pasti virus-virus di dalam darah.

Aku mengambil keputusan pergi ke hospital. Sekali lagi darah aku diambil dan diuji. Doktor bertanya padaku tentang sexsualityku. Aku mula tertanya-tanya kenapa doktor bertanya soalan sensitif begitu kepadaku.
Akhirnya doctor dengan tenang memberitahu yang aku merupakan PEMBAWA HIV POSITIF. Dengar saja perkataan itu, luluh, hancur dan pedih hatiku. Perasaanku bercampur aduk antara sedih, menyesal, pilu dan blur…  semuanya ada sehingga aku tidak sedar aku menangis di hadapan doctor.

Aku tidak menjangka aku akan menjadi seorang PEMBAWA HIV POSITIF. Bagaimana kehidupan aku? Bagaimana keluarga aku? Adakah saat kematian aku sudah datang? Bermacam-macam andaian aku buat. Aku tidak tenteram.

Aku mula menyalahkan diri aku. Aku menyesal apa yang aku telah buat dan lakukan. Aku mula hilang semangat dan berasa ingin lari dari dunia ini. Rasa dunia ini semakin gelap. Adakah orang akan menerima aku? Adakah ini balasan untuk aku? Arghhhhhhh... otak aku buntu memikirkannya.

Aku mula search internet mencari maklumat berkaitan HIV. Akhirnya aku terjumpa blog saudara AHP. Aku mula membaca maklumat dari mula hingga akhir. Aku mula mendapat kekuatan, keyakinan dan semangat untuk terus berjuang di dalam kehidupan. Aku tidak boleh mengaku kalah. Masih banyak benda yang aku belum lakukan dan belum sempat aku membalas jasa keluargaku.

Sekarang, kes aku telah dirujuk ke HOSPITAL SUNGAI BULOH. Setiap bulan aku akan berada di sana untuk check status dan tahap kesihatanku sebagai PEMBAWA HIV POSITIF. Bacaan cd4 pertama aku adalah 515 sel. Aku harap bacaan cd4 aku tidak turun dengan cepat.

Sekarang, aku telah meninggalkan semua perkara-perkara terkutuk dan terlarang itu. Sembahyang tidak pernah aku tinggalkan. Dulu aku tidak pernah sembahyang. Mungkin ini ingatan ALLAH supaya aku berubah dan bertawakal kepada-Nya.  

Ya Allah, kalau ini dugaanmu aku terima dengan hati yang tenang dan tabah. Sekarang aku tidak akan sesekali melakukan perbuatan larangan-Mu. Aku mesti mendekatkan diri kepada-Mu.

Terima kasih buat sahabat karibku yang banyak membantu dan menerima aku seadanya. Aku bertuah kerana sahabat karibku dpt menerima aku dan menjaga makan minum dan kesihatan aku. Mereka merupakan orang kuatku untuk aku teruskan kehidupan ini. Semoga ALLAH tempatkan mereka bersama golongan orang-orang beriman.

Sekarang, aku menerima dugaan ini dengan hati yang tabah dan tenang. Aku mula mendapat semangat baru untuk meneruskan kehidupan ini dan aku berharap orang-orang di luar sana tidak terjerumus dan tidak menjadi seorang PEMBAWA HIV POSITIF. Semuanya bermula dari anda.

Buat Saudara AHP. Terima kasih tidak terhingga kerana membuat blog ini untuk berkongsi maklumat dengan semua. Sebahagian semangatku datang daripada blog ini.

Setiap hari aku akan membaca Blog Saudara AHP. Semoga Saudara AHP sihat sentiasa dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Aku akan sentiasa menyokong Saudara AHP.

Wassalam

Daripada,

AkuMENYESAL
12.00 am

 

 

Share:

0 comments:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (468) Halatuju (342) selepas SPM (340) kerjaya (273) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (70) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (41) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (38) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List