Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

ADTEC di Jerantut Mercu Tanda Pendidikan

ADTEC mercu tanda pendidikan di Jerantut



Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) bernilai RM100 juta yang bakal melahirkan tenaga kerja dalam sektor industri negara bakal beroperasi tahun depan di Kampung Temin, Jerantut.

JERANTUT 25 Dis. - Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di bandar ini yang bernilai RM100 juta merupakan mercu tanda baru kepada sektor pendidikan di daerah Jerantut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, ADTEC yang akan memulakan pengambilan pertama Januari depan bakal menawarkan sebanyak 720 tempat untuk penuntut sehingga ke peringkat pengajian diploma.

"ADTEC akan membantu menjana pembangunan bandar Jerantut dan kawasan berdekatan dari aspek ekonomi mahupun landskap baru industri di daerah ini.


"Peruntukan tambahan bernilai RM100 juta lagi untuk kelengkapan peralatan dan perkakasan akademik, pentadbiran dan penempatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Lee, projek berkenaan yang dibina di atas tanah seluas 24 hektar dibahagikan kepada zon pentadbiran, akademik, kawasan riadah dan asrama serta kediaman staf dan tenaga pengajar.

Justeru, katanya, projek ADTEC di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia menawarkan kursus mekanikal dan pengeluaran seperti teknologi pembuatan, reka bentuk produk industri dan kimpalan yang masing-masing menawarkan 150 tempat.

''Kursus Teknologi Bahan Termaju Plastik juga bakal menawarkan tempat untuk seramai 120 orang manakala kursus Teknologi Komputer, iaitu komputer keselamatan (90 orang) dan komputer rangkaian (90 orang)," ujarnya.

Beliau berkata, kompleks itu akan menjadi institusi melahirkan graduan berkualiti dan berkemahiran tinggi sejajar permintaan pasaran kerja tempatan dan juga keperluan sektor perindustrian negara.

Lee berkata, peluang latihan yang terdapat di ADTEC terbuka kepada belia lepasan sekolah menengah dan graduan daripada institusi latihan kemahiran serta pekerja dari industri untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

''Belia lepasan menengah dan graduan dari institusi latihan kemahiran yang memiliki sijil SKM Tahap 2 atau 3 adalah layak memasuki program latihan jangka panjang untuk memperoleh Diploma Teknologi dan Diploma Lanjutan Teknologi," tambah beliau.

Sumber Utusan Malaysia 2011

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .