Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN KE IKM KKTM SESI JANUARI 2013

PERMOHONAN KE IKM KKTM SESI JANUARI 2013




Permohonan adalah terbuka kepada  lepasan SPM dan STPM.:
  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca, menulis dan mengira DAN
  • Memenuhi syarat khas kursus kemasukan seperti yang ditetapkan oleh institusi berdasarkan kursus dan peringkat pengajian yang dipohon
 Permohonan dibuka secara online mulai 23 September 2012 sehingga 23 Oktober 2012

PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IKM KKTM SECARA ONLINE

Langkah 1

Panduan Permohonan

Sila baca panduan permohonan ini dengan teliti untuk memudahkan proses permohonan UPIM secara online. Pemohon hendaklah membaca iklan dan syarat kelayakan terlebih dahulu.

Langkah 2

Syarat Kelayakan  




Setiap Pemohon boleh membuat LIMA (5) pilihan program yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat masing - masing. Pemohon dinasihatkan agar membaca peraturan dan syarat kelayakan kemasukan dan memilih program yang sesuai dengan kelayakan.

Panduan memilih program pilihan:


  • Pastikan memilih hanya program  yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja.
  • Menyenaraikan pilihan program mengikut keutamaan (paling diminati dan layak adalah pilihan pertama).
Langkah 3

Pengisian Borang Permohonan




  • Anda hendaklah mengisi borang permohonan dengan teliti. Semak terlebih dahulu sebelum dihantar.
  • Anda dikehendaki menanda (þ) pada perakuan pemohon sebelum menekan butang hantar.
  • Pemohon hanya diberi peluang sekali sahaja untuk menghantar permohonan online.
    *  sekiranya anda ingin membuat pindaan maklumat setelah permohonan dihantar, sila pergi ke butang kemaskini permohonan. Proses kemaskini boleh dibuat sehingga 3 kali sahaja.
  • Untuk memohon, sila pergi ke butang Permohonan Online untuk proses seterusnya.

  • CARA MEMOHON:

    PERMOHONAN KEMASUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMa)

    * Makluman
    Pemohon boleh membuat permohonan kesemua institusi mengikut kelayakan yang ada.
    Permohonan boleh dibuat secara terus melalui laman web institusi berkenaan.
    Semakan keputusan permohonan juga hendaklah dirujuk ke laman web institusi berkenaan.
    Pemohon berkemungkinan akan menerima lebih dari satu tawaran.
    KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) / INSTITUT KEMAHIRAN MARA(IKM)KLIK DI SINI



    Informasi berkaitan IKM Institusi Kemahiran MARA, klik di sini.
    Maklumat berkaitan Program Di KKTM , klik di sini.
    senarai IKM/ KKTM di Malaysia, di sini

    Artikel ini telah dipublish pada 23/9/2012.

    3 Comments:

    Anonymous said...

    Salam cikgu. Saya tak boleh nak buka link semakan pemohonan Upim. Adakah laman web berkenaan telah ditukar?

    Anonymous said...

    Harix dah semak sejak 9/11, 16/11, 23/11 & 26/11 tak dapat dapat keputusan yg ada hanya ni Operator '<' is not defined for type 'DBNull' and type 'Date'. Memang standard mara camtu ke?

    Puan Ummi said...

    Maaf saya tak tahu mengapa jadi ebgitu. sila hubungi moderator website berkenaan. atau mungkin capaian hits sedang tinggi waktu anda melayari web berkenaan.

    Disclaimer

    (c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .