Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

KIT BIASISWA

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

2013/12/27

Permohonan ke IKTBN Sepang Sesi Januari 2014

Permohonan ke IKTBN Sepang Sesi Januari 2014


Permohonan Kemasukan ke IKTBN Sepang Sesi Januari 2014 telah dibuka. Tarikh permohonan akan ditutup secara rasmi pada 31 Disember 2013.Sila klik pada pautan berikut untuk muat turun borang.



Artikel sebelum ini,
1- Permohonan ke IKBN Januari 2014; peluang ke2 lepasan SPM. Klik di sini.
2- Senarai IKBN Di Malaysia, sila klik di sini


 KURSUS DITAWARKAN
1. Juruteknik Industri Tahap 3 (MMM)
2. Penjaga Jentera Elektrik A0 (MME)
3. Diploma Teknologi Elektronik Industri (Diploma Kemahiran Malaysia) 
   -Pembantu Jurutera Elektronik Industri Tahap 4 -(DED 04)
4. Diploma Teknologi Elektronik Industri (Kerjasama UTM)-DTEI
5. Sijil Lanjutan Teknologi (Sijil Kemahiran Malaysia) Perekabentuk Multimedia – 
    Pengarangan Tahap 3 - (SKP03) 

Jabatan Pemesinan menawarkan kursus-kursus peringkat Sijil SKM Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3 dan Tahap 4 di dalam bidang-bidang berikut :-

1. Pemesinan Am Tahap 1 – MC-050-1

2. Pemesin Tahap 2 – MC-050-2
3. Pemesin Computer Numerical Control Tahap 2 – MC-032-2
4. Pemesin Kanan Tahap 3 – MC-050-3
5. Juruteknik Pemesinan Computer Numerical Control Tahap 3 – MC-032-3

6. Eksekutif Pembuatan CAD/CAM Tahap 4 – MC-050-4

 KURSUS DITAWARKAN
1. Juruteknik Industri Tahap 3 (MMM)
2. Penjaga Jentera Elektrik A0 (MME)

 
1. Kursus Juruteknik Industri Tahap 3
Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.
Kelayakan
Lulus SPM dan mempunyai sijil Kemahiran Malaysia (Mekanik Industri tahap 1 dan 2) yang sah dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian Sumber Manusia.
Tempoh Kursus : 18 Bulan (sepenuh masa di Institut)

2. Kursus Penjaga Jentera Elektrik A0.
Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang di tetapkan akan mendapat Sijil Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A0 (voltan rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (JBE dan Gas) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.

Kelayakan
Lulus SPM dan mempunyai Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Satu dengan Pengujian (PW2) atau Pendawai Fasa Tiga dengan Pengujian (PW4) yang sah, dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan pengalaman sekurang-kurangnya selama 1 tahun dalam bidang kerja-kerja elektrik voltan rendah keadaan radas hidup.
*menjalani latihan praktikal di tempat yang berkaitan boleh dianggap sebagai pengalaman kerja.
Tempoh kursus : 12 Bulan (6 bulan di Institut, 3 bulan latihan praktikal di industri dan 3 bulan di Institut)


Diploma Teknologi Elektronik Industri (Diploma Kemahiran Malaysia) -Pembantu 
 Jurutera Elektronik Industri Tahap 4 -(DED 04)

Pengenalan Kursus:
Pelatih bagi kursus ini akan memperolehi latihan kemahiran untuk menjalankan troubleshooting  pada sistem elektronik, menyelenggara stepper motor, memuat turun PC dan  sistem PLC, menguji TTL dan CMOS, menulis laporan dan juga penyeliaan pengeluaran.
Secara umumnya, setelah tamat, pelatih mahir untuk menjalankan proses penyelenggaraan pada peralatan elektronik, menguji kefungsian pada produk elektronik dan boleh menyelia di bahagian pengeluaran.


 Kelayakan Masuk:
Lulus SPM/SPMV dengan lulus Bahasa Melayu dan kepujian dalam matapelajaran Sains ATAU Matematik.


 Tempoh Kursus
3 tahun (Pengajian) dan 3 bulan (Latihan Industri)  
 Penganugerahan:
Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Diploma Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.


Diploma Teknologi Elektronik Industri (Kerjasama UTM)-DTEI

Pengenalan Kursus:
Kursus yang ditawarkan ini merupakan kursus dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia. Pelatih akan diberi latihan secara teori dan amali dalam pelbagai subjek termasuk subjek umum dan subjek yang khusus kepada bidang teknologi elektronik industri.
Pada akhir semester nanti, pelajar terlibat secara langsung membangunkan suatu produk/projek berasaskan elektronik. 


Proses merekabentuk dan menghasilkan produk elektronik ini dibangunkan oleh pelatih semasa mereka menghasilkan Projek Akhir 1 dan 2 mereka. Kombinasi kemahiran yang mereka perolehi sepanjang mengikuti kursus ini dan juga kretiviti yang dimiliki oleh pelatih diterjemahkan melalui projek akhir ini.


 Kelayakan Masuk:
i.             Lulus SPM/SPMV dengan TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Malaysia dan Matematik ATAU;
ii.           Lulus SPM/SPMV  dengan TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Matematik serta DUA (2) matapelajaran lain ATAU;
iii.          Lulus SPM/SPMV dengan TIGA (3) kepujian termasuk Matematik dan lulus Bahasa Melayu serta DUA (2) matapelajaran lain.
 Tempoh kursus :          
3 tahun
 Penganugerahan:
Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang di tetapkan akan mendapat Diploma Teknologi Elektronik Industri yang dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia dan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.

Sijil Lanjutan Teknologi (Sijil Kemahiran Malaysia) Perekabentuk Multimedia – Pengarangan Tahap 3 - (SKP03)

Pengenalan Kursus:
Pelatih yang mengikuti kursus ini akan mengikuti latihan untuk menguasai kemahiran menggunakan pelbagai perisian komputer. Pelatih akan diberi pendedahan yang lebih di dalam mengendalikan elemen-elemen multimedia seperti gambar, animasi, gambar bergerak, teks, audio dan grafik.
Elemen-elemen tersebut akan diolah untuk menghasilkan produksi multimedia yang menarik. Selain itu, pelatih akan didedahkan dengan kebolehan berurusan dengan pembekal, pakar-pakar bidang dan golongan-golongan sasaran.
Pada tahap ini juga, pelatih dibekalkan dengan kemahiran bagi menyelia projek dan tugasan yang dipertanggungjawabkan. Sepanjang mengikuti kursus ini, pelatih juga akan diberi tanggungjawab unuk mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan. Ini secara tidak langsung sebagai simulasi kepada pelatih sebelum berkecimpung dalam kerjaya yang sebenar.                    
Kelayakan Masuk:
Tamat Tingkatan 5
 Tempoh Kursus: 
21 bulan (termasuk 3 bulan Latihan Industri)
 Penganugerahan:
Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan akan mendapat Sijil Tamat Latihan yang dikeluarkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.


  Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan IKTBN Sepang



 Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan IKTBN Sepang menyediakan pendidikan teknikal di dalam Industri Pembuatan (Teknologi Pemesinan Logam). Merangkumi bidang-bidang khusus, pelajar-pelajar yang tamat dengan jayanya akan berkerjaya samada sebagai seorang Juruteknik Pemesin Kanan atau Juruteknik CNC. Tahap yang lebih tinggi menawarkan kerjaya selaku Eksekutif Pembuatan CAD/CAM malah berpeluang menjadi seorang Jurutera Pembuatan - CAD/CAM.


KURSUS-KURSUS DITAWARKAN
Jabatan Pemesinan menawarkan kursus-kursus peringkat Sijil SKM Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3 dan Tahap 4 di dalam bidang-bidang berikut :-
1. Pemesinan Am Tahap 1 – MC-050-1
2. Pemesin Tahap 2 – MC-050-2
3. Pemesin Computer Numerical Control Tahap 2 – MC-032-2
4. Pemesin Kanan Tahap 3 – MC-050-3
5. Juruteknik Pemesinan Computer Numerical Control Tahap 3 – MC-032-3
6. Eksekutif Pembuatan CAD/CAM Tahap 4MC-050-4

Pembelajaran menuruti Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ( SKPK ) ;'National Occupational Skill Standard or NOSS. Setelah tamat dengan jayanya kursus-kursus di peringkat penyelia / juruteknik, pelajar-pelajar akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia yang di keluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK ), Kementerian Sumber Manusia.

Jurusan Pemesin  Tahap 2 dan Pemesin Kanan Tahap 3
Carta Profil Pekerjaan atau keterampilan Duti dan Task yang perlu di miliki oleh pelajar-pelajar Jurusan Pemesin  Tahap 2 dan Pemesin Kanan Tahap 3 ialah seperti berikut :-
- Kerja-kerja amali mesin-mesin konvensional Larik, Kisar, Canai dan Gerudi.
- Melaksanakan operasi Larik CNC, Kisar CNC, Canai CNC dan CNC EDM (die-sinking & wire-cut).
- Mempelajari peraturan-peraturan keselamatan woksyop.
- Mempelajari lukisan berbantu komputer menghasilkan lukisan kejuruteraan dan pemasangan.
- Melaksanakan kerja-kerja senggaraan ke atas mesin dan peralatan.
- Melaksanakan kawalan kualiti.
- Melaksanakan fungsi-fungsi penyeliaan.
  
Jurusan Pemesin CNC Tahap 2 dan Juruteknik Pemesinan CNC Tahap 3
Carta Profil Pekerjaan atau keterampilan Duti & Task yang perlu di miliki oleh pelajar-pelajar jurusan Jurusan Pemesin CNC Tahap 2 dan Juruteknik Pemesinan CNC Tahap 3 ialah seperti berikut :
- Melaksanakan operasi mesin larik CNC
- Melaksanakan operasi mesin Kisar CNC
- Menyediakan program kerja kisar menggunakan Mastercam V8.
- Melaksanakan operasi kisar CNC 2D dan 3D
- Melaksanakan operasi canai CNC
- Menyediakan program CNC EDM Wirecut menggunakan perisian Mastercam V8
- Melaksanakan operasi CNC EDM Die Sinking
- Mempelajari perancangan proses meliputi perancangan kerja,pengganggaran kos dan mengawal-selia proses pemesinan.

Eksekutif CAD/CAM Tahap 4
Syarat kemasukan bagi kursus ini adalah mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang Pemesin Kanan (MC-050-3) dan Juruteknik Pemesinan CNC (MC-032-3).
Bagi yang mempunyai kelayakan seperti yang disebutkan jangka masa bagi kursus ini adalah selama setahun (12 bulan)

Dalam kursus ini pelatih-pelatih akan mempelajari tentang manufacturing designing menggunakan komputer dimana mereka akan didedahkan tentang CMM (Coordinate Measuring Machine), CAE (Computer Aided Design) yang mana melibatkan failure analysis dan juga finit element analysis. Selain dari itu mereka juga didedahkan dengan pengurusan dan pentadbiran serta perkara-perkara berkaitan pembangunan kerjaya.

Apabila tamat dan berketrampilan dalam kursus ini mereka akan dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia Eksekutif Pembuatan (CAD/CAM).


KURSUS DITAWARKAN DI JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL PERKAKASAN 



1.  Diploma Teknologi Mekanikal Alatan dan Acuan (DMA) dengan kerjasama UTM

Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan golongan pekerja yang mempunyai pengetahuan akademik yang kukuh serta keterampilan kemahiran praktikal yang tinggi dalam bidang Pembuat Acuan Suntikan Plastik dan Pembuat Alat Tekan bagi memenuhi permintaan industri dalam bidang berkaitan. Jangkamasa kursus ini adalah selama 3 tahun .

Calon di kehendaki lulus dalam peperiksaan SPM/SPMV atau yang setaraf dengannya dengan mendapat mata kepujian Bahasa Melayu, matematik dan sains serta kepujian dalam 2 subjek lain.

 Program ini dilaksanakan secara bersepadu berpandukan kurikulum bercorak kejuruteraan gunaan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) disamping memberi latihan kemahiran mengikut Standard Kemahiran Kebangsaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. Calon yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi Alatan & Acuan Makanikal disamping Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM3).



2. Pembuat Perkakasan Kanan - Acuan Suntikan Plastik - Tahap 3 (SMA 23)
(Senior Toolmaker - Plastic Injection Mould)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan-Acuan Suntikan Plastik (H-097-2) Tahap 2 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut. Peserta dilatih merekabentuk acuan dua plat (Two plate mould) dan acuan tiga plat (Three plate mould) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan acuan dua plat dan tiga plat dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk plastik yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.



3. Pembuat Perkakasan Kanan - Alat Tekan - Tahap 3 (SMP23)
(Senior Toolmaker - Press Tool)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan - Alat Tekan (H-096-2) Tahap 2 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut. Peserta dilatih merekabentuk alat tekan gabungan & tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan alat tekan gabungan & tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk kepingan logam yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.



4. Pembuat Perkakasan Kanan - Acuan Suntikan Plastik - Tahap 3 (SMA 03)
(Senior Toolmaker - Plastic Injection Mould)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang telah tamat tingkatan 5. Peserta dilatih merekabentuk acuan dua plat (Two plate mould) dan acuan tiga plat (Three plate mould) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan acuan dua plat dan tiga plat dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk plastik yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.



5. Pembuat Perkakasan Kanan - Alat Tekan - Tahap 3 (SMP03)
(Senior Toolmaker - Press Tool)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang telah tamat tingkatan 5. Peserta dilatih merekabentuk alat tekan gabungan & tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan alat tekan gabungan & tunggal dan alat tekan progresif (Single, compound and progressive dies) dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk kepingan logam yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.



6.Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka Acuan Plastik – Tahap 4 (DMA34)

Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan menjalankan kerja-kerja pembuatan di industri. Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan Kanan-Acuan Suntikan Plastik (H-097-3) Tahap 3 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut.Jangkamasa kursus ini adalah selama 15 bulan.peserta dilatih mengkaji rekabentu acuan



7. Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka Alat Tekan- Tahap 4 (DMP 34)

Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan menjalankan kerja-kerja pembuatan di industri. Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuat Perkakasan Kanan-Alat Tekan (H-096-3) Tahap 3 disamping syarat akademik dan syarat umum yang ditetapkan oleh pihak institut.Jangkamasa kursus ini adalah selama 15 bulan.



8. Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka alat tekan- Tahap 4 (DMP 04)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang mempunyai sijil SPM/SPMV dan lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan kepujian dalam matapelajaran matematik dan sains. Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan menjalankan kerja-kerja pembuatan di industri. Jangkamasa kursus ini adalah selama 3 tahun.



9. Diploma Kemahiran Malaysia – Pereka Acuan Plastik- Tahap 4 (DMA 04)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang mempunyai sijil SPM/SPMV dan lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan kepujian dalam matapelajaran matematik dan sains. Peserta dilatih untuk menyelidik, menyelia, merekabentuk, merancang dan menjalankan kerja-kerja pembuatan di industri.Jangkamasa kursus ini adalah selama 3 tahun.



6. Diploma Lanjutan Mekanikal Pekakasan (DLKM ) Tahap 5 (H-095-4)

Prasyarat untuk kursus ini adalah bagi mereka yang memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pereka dai - Alat Tekan (H-094-4) Tahap 4,  Pereka Acuan Plastik- (H-093-4) tahap 4 dan Pembantu Jurutera Peralatan (H-095-4). Jangkamasa kursus ini adalah selama 24 bulan. Objektif utama program ini adalah untuk :

  • Memberikan peluang kepada belia yang mempunyai DKM dalam bidang berkaitan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
  • Melahirkan belia yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi seiring dengan keperluan perkembangan teknologi Negara.
  • Melahirkan usahawan-usahawan berilmu dan berketerampilan khusus bagi menjana kemajuan dan ekonomi Negara.


KURSUS YANG DI TAWARKAN
Sijil Lanjutan Teknologi (Sijil Kemahiran Malaysia)-Mesin Acuan Suntikan-Plastik Tahap 3  - (SPL 03)
Pengenalan Kursus:
Pelatih dilatih merekabentuk acuan dua plat (Two plate mould) dan acuan tiga plat (Three plate mould) dibawah seliaan dan seterusnya menghasilkan acuan dua plat dan tiga plat dengan menggunakan mesin-mesin konvensional dan mesin-mesin kepersisan tinggi ; memasang, menguji, mengenalpasti masalah dan seterusnya mengatasinya sehingga menghasilkan produk plastik yang diterima mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Kelayakan Masuk:
Tamat tingkatan 5/SPM/SPMV
Tempoh Kursus:
27 bulan (termasuk Latihan Industri selama 3 bulan)


For More Information, please contact us:



Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara(Ministry of Youth and Sports)
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-8706 1720/21/22/23/24


Fax: 03-8706 1725


email: helpdesk.iktbnspg @ kbs.gov.my






Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (454) Halatuju (329) selepas SPM (326) kerjaya (269) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (124) IPT (112) selepas STPM (79) IPTA (67) dunia ICT (62) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Aliran Sains (56) Institusi Kemahiran (52) Kerjaya Pendidikan (50) kerjaya perguruan (45) Matrikulasi (44) STPM (44) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas STPM (38) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (36) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (32) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (26) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (21) MARA (21) Panduan Temuduga (21) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Kolej Vokasional (18) Jom Masuk U (17) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Kolej Matrikulasi Teknikal (14) Vokasional (14) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Institusi Kemahiran MARA (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) kerjaya separa perubatan (11) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Perajurit (9) Kerjaya Pertanian (9) Politeknik Premier (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Kerjaya Automatif (8) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (8) Pameran Pendidikan (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) kerjaya paramedik (8) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (7) Jururawat (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) Universiti (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Jururawat (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) Haluan Kerja Pendidikan (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) KKTM (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Pentadbiran (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL