Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Syarat Baru MUET untuk ke IPTA dan Pengijazahan Dinaikkan

Syarat Baru MUET untuk ke IPTA dan Pengijazahan Dinaikkan

Perbentangan budget 2015 telah dilakukan, terdengar pula syarat baru MUET untuk ke IPTA dan pengijazahan juga telah dinaikkan. Menurut sumber, melalui budget 2015 syarat measuki IPTA dan pengijazahan telah dinaikkan sebagai cara menaik taraf pendidikan sekaligus meningkatkan penguasaan Bahasa  Inggeris dikalangan graduan.  Syarat baru MUET ke IPTA dan ijazah adalah seperti berikut :



 Jika ikut rajah diatas, bermakna jika anda ingin masuk ke kursus aliran sastera atau sanis sosial anda perlu mendapat MUET minima band 2 untuk melayakkan anda memohon dan sekiranya anda ingin mendapatkan ijazah anda perlu mendapat MUET minima band 3. Terdapat juga ketetapan dan kenaikan tahap minima masuk IPTA dan penganugerahan ijazah untuk aliran lain seperti dalam rajah diatas.


 

Jika sebelum ini iaitu tahun 2000 apabila MUET mula diperkenalkan, calon hanya perlu mengambil MUET adalah syarat kemasukan ke IPTA apabila hanya memerlukan band 1. Namun demikian, bagi meningkatkan lagi penguasaan bahasa inggeris calon perlu mendapat sekurangnya band 2 untuk masuk ke IPTA dan Band 3 untuk mendapat ijazah. Syarat ditetapkan adalah syarat layak sahaja ia juga termasuk keputusan subjek peperiksaan lain lagi mengikut kursus yang dipohon.


Keputusan menaikkan tahap Band dan kelayakan ke IPTA dan pengijazahan ini dilihat mampu melahirkan graduan yang mahir bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pertuturan global sehingga membantu dalam memperluaskan lagi skop mencari pekerjaan garaduan nanti.
Mungkin ramai yang mula bimbang dengan kenaikan tahap kelayakan ini, dah tiba masanya anda mula mempraktikkan bahasa ketiga tidak kira bahasa inggeris atau bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina dan lain lagi untuk meluaskan lagi skop mencari pekerjaan nanti. Hal ini kerana dunia makin mencabar dengan tekanan ekonomi dan masalah pekerjaan, hanya mereka yang pandai mengambil peluang sahaja yang akan Berjaya. – Sumber –

0 Comentarios