Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

APA ITU SENI KULINARI

APA ITU SENI KULINARI

Mungkin harini masih ramai orang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Seni Kulinari. Seni Kulinari adalah satu kursus dalam bidang masakan, penyediaan makanan, membuat pastri atau kek dan banyak lagi terutamanya ia tertumpu melakukan aktiviti di dapur. Kursus Seni Kulinari memberi ruang kepada sesiapa yang benar-benar berminat dalam bidang masakan, membuat kek dan penyediaan makanan untuk menigkatkan lagi kemahiran seseorang individu itu.
 
Kursus Seni Kulinari melahirkan golongan professional dalam bidang masakan seperti seorang chef, pengusaha katering dan usahawan yang berjaya dalam bidang seni kulinari. Dalam bidang ini sahaja, terdapat beberapa institusi-institusi telah membuka kursus ini seperti menawarkan sijil, diploma dan ijazah. Pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang ini, akan diajar dengan teliti untuk meningkatkan lagi mutu kemahiran memasak, membuat kek dan penyediaan makanan secara professional.



Malah, bukan sahaja tertumpu pada aktiviti dapur tetapi mereka juga diajar subjek-subjek lain seperti Matematik, Bahasa Perancis, English, Kitchen Design and Layout, Food Science, Organizational Behavior dan banyak lagi bergantung kepada Kolej Kemahiran yang menawarkan kursus tersebut.

Antara tujuan kursus Seni Kulinari ini ditubuhkan adalah kerana:
Untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan pada tahap penyeliaan
Untuk mengamalkan sistem keselamatan, kawalan kebersihan dan kebersihan makanan
Mengendalikan latihan pengeluaran makanan dan kemahiran penyeliaan
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam seni kulinari
Menjalankan pelbagai fungsi pengurusan dalam operasi
Membangunkan kemahiran yang boleh disesuaikan dengan tahap kerjaya dan peningkatan kerjaya dalam industri


Oleh itu, Seni Kulinari adalah satu bidang kursus yang sangat penting dalam sebuah negara yang sedang membangun ini. Ia memberikan peluang pekerjaan disamping membantu pembangunan ekonomi negara kita. Tidak rugi sekiranya anda menceburi bidang Seni Kulinari ini kerana ia menambahkan ilmu pengetahuan yang cukup tinggi kepada seseorang itu.



0 Comentarios