Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

34 pelajar Sekolah Tinggi Kluang memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan SPM

34 pelajar Sekolah Tinggi Kluang memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan SPM

34 pelajar Sekolah Tinggi Kluang (STK) memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


 Rozali (depan, tujuh, kanan) bersama 34 pelajar cemerlang yang memperoleh semua A dalam mata pelajaran.


KLUANG - Seramai 34 pelajar Sekolah Tinggi Kluang (STK) memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan, semalam.
Pengetua STK, Rozali Jemali berkata, tahun ini sekolahnya memperoleh kecemerlangan 100 peratus dalam peperiksaan SPM berbanding tahun 2013 hanya memperoleh 99.46 peratus.

Katanya, walaupun tahun ini terdapat pengurangan dari segi bilangan pelajar yang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran, beliau bersyukur dapat meningkatkan prestasi sekolah kepada 100 peratus.




“Tahun ini saya akui terdapat penurunan dari segi gred bagi beberapa mata pelajaran, namun ia tidak menjejaskan prestasi sekolah. STK masih berada di tangga ketiga sekolah cemerlang dalam daerah Kluang.

“Gred purata sekolah (GPS) turut meningkat daripada 2.10 kepada 2.46. Bilangan pelajar yang gagal turut menurun iaitu daripada 98.37 peratus pada 2013 kepada 98.11 tahun ini iaitu tiga orang sahaja,” katanya ditemui ketika pengumuman keputusan SPM 2014 di STK, semalam.

Rozali berharap pencapaian sekolahnya akan terus meningkat untuk SPM 2015 di samping menambah bilangan pelajar memperoleh A dalam semua mata pelajaran diambil.

Katanya, pelbagai langkah dan bengkel teknik menjawab akan dijalankan kepada calon SPM tahun ini bagi mendidik pelajar cara menjawab soalan dengan betul.

“Sekolah ini sentiasa mengekalkan tahap kecemerlangan berikutan kita antara sekolah pelajar pandai, jadi kita perlu bersaing dengan dua sekolah lain di daerah ini iaitu Sekolah Menengah Sains Johor dan Sekolah Sains Sembrong.

“Kedua-dua sekolah itu sentiasa menduduki tangga pertama dan kedua dalam peperiksaan SPM. Kita akan berusaha merebut tempat teratas,” katanya.


Sumber; Sinar Harian












0 Comentarios