Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

KANAK-KANAK BERJALAN SENDIRIAN DI AWAL PAGI MENANGIS MENCARI IBUNYA

KANAK-KANAK BERJALAN SENDIRIAN DI AWAL PAGI MENANGIS MENCARI IBUNYA

KANAK-KANAK BERUMUR 2 TAHUN MENANGIS MENCARI IBU SENDIRIAN




Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui dalam keadaan ketakutan dan kelaparan di kawasan tempat letak kereta, Jalan Tun Perak, Melaka pada jam 4.15 pagi tadi.
Muhamad Faqhrul Radzee disuapkan bubur oleh kerani Balai Polis Ayer Keroh, Ummi Khairiah Kassim sambil diperhatikan Timbalan Ketua Balai Ayer Keroh, Sarjan Mejar Muhamad Jeon. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61128#sthash.TgtRSxj2.dpK

Rizdwandean Razali, 27, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ayer Keroh  menemui kanak-kanak itu yang lengkap berpakaian. Alhamdulillah kanak-kanak ini telah disantuni oleh pemuda ini. Beliau merupakan seorang buruh binaan yang berhati mulia.
Muhamad Faqhrul Radzee disuapkan bubur oleh kerani Balai Polis Ayer Keroh, Ummi Khairiah Kassim sambil diperhatikan Timbalan Ketua Balai Ayer Keroh, Sarjan Mejar Muhamad Jeon. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61128#sthash.TgtRSxj2.dpK


 
"Saya menggamitnya (memberikan isyarat dengan jari) sebelum dia berlari ke arah saya sambil menangis tanpa henti dan hanya menyebut perkataan 'mama'.
 
Kemudian saya memberi dia sebotol air mineral dan sebungkus nasi ayam untuk dia makan minum sebelum saya bawa pulang ke rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Beliau kemudian membawa kanak-kanak berkenaan untuk membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh pada pukul 6.30 pagi tadi.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati anak keempat daripada lima beradik itu dibawa seorang jiran untuk bersahur sebelum dia ditemui.
 
Beliau berkata, ibu kanak-kanak yang merupakan ibu tunggal dan bekerja sebagai tukang masak di sebuah kafe di Bukit Beruang itu tiada di rumah kerana ditahan pada 21 Jun lepas untuk membantu siasatan mengenai kes kereta curi.
 
 "Sehingga petang ini, jiran yang membawa mangsa untuk bersahur masih tidak pulang ke rumah," katanya.
 
Beliau berkata tiada kesan penderaan ditemui pada tubuh kanak-kanak tersebut bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sekiranya terdapat unsur pengabaian terhadap kanak-kanak berkenaan. - Bernama



Sumber: Sinar Harian dan Harian Metro, Selasa 30 Jun 2015.




0 Comentarios