Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM SESI 2016/2017

PERMOHONAN KE MATRIKULASI kpm SESI 2016/2017





Permohonan untuk ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2016/2017. Permohonan telahpun dibuka bermula 1 Julai 2015 sehingga tarikh tutup telah dilanjutkan November 2015.






Cara Memohon Matrikulasi KPM

Permohonan matrikulasi mesti dibuat secara online melalui  Aplikasi Permohonan Melalui Internet Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sebelum mengemukan permohonan, pemohon hendaklah membaca dulu Manual Permohonan Melalui Internet (PMI), Syarat Program Dan Kelayakan Minimum dan Panduan Mengisi Borang dengan mengklik pautan-pautan berkenaan pada sebelah kiri laman.


Setelah betul-betul faham, sila klik Borang Permohonan Melalui Internet (PMI)untuk memohon.


Kemaskini dan Semak Permohonan Matrikulasi

Pemohon dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan tidak melebihi 3 kali.
Sila buat semakan permohonan untuk memastikan samada maklumat permohonan telah disimpan atau tidak.



Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Semakan keputusan permohonan matrikulasi untuk mengetahui status permohonan samada berjaya atau tidak, boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan April 2016.
Sebarang soalan dan masalah boleh diajukan kepada Bahagian Matrikulasi (BMKPM) melalui nombor telefon 03-88844083 atau layari laman webhttp://www.moe.gov.my/bmkpm.

0 Comentarios