Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tahniah JUPEM Juara Keseluruhan Pertandingan Hari Inovasi 1NRE 2015

Tahniah JUPEM Juara Keseluruhan 
Pertandingan Hari Inovasi 1NRE 2015



SELANGOR, 17 November 2015 - JUPEM telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam Pertandingan Hari Inovasi 1NRE 2015 dengan jumlah hadiah kemenangan sebanyak RM21,000.00. 

Berikut adalah pertandingan dan kemenangan yang diraih oleh JUPEM dalam Majlis Perhimpunan Bulan November NRE di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM): 



    1. Johan Pertandingan Logo Transformasi 1NRE
    2. Johan Pertandingan Filem Pendek
    3. Johan Pertandingan Simfoni Seni 1NRE ??? Kumpulan JUPEM Performing Art Group
    4. Johan Pertandingan Inovasi 1NRE - Kumpulan Mutiara Millenium (JUPEM Pulau Pinang)
    5. Johan Anugerah KIK (Teknikal) -Kumpulan Geliga (JUPEM Terengganu)
    6. Naib Johan Anugerah KIK (Pengurusan) - Kumpulan Arco Iris (Bahagian Pemetaan Utiliti)

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan terutamanya kepada PUPN Terengganu, PUPN Pulau Pinang, PUB (Pemetaan Utiliti), Kumpulan Simfoni Seni JUPEM dan Cawangan Projek Khas (Bahagian Kartografi dan GIS) serta warga kerja masing-masing di atas kejayaan yang telah mengharumkan nama JUPEM.

Syabas dan tahniah juga kepada Kumpulan Geliga (JUPEM Terengganu) kerana telah terpilih untuk mewakili NRE untuk pertandingan KIK Kebangsaan di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015 pada 24 - 26 November 2015 bertempat di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang. Semoga JUPEM Terengganu terus melakar kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama JUPEM di peringkat antarabangsa.

Semoga kemenangan tersebut akan menjadi inspirasi dan galakan kepada semua warga JUPEM untuk meneruskan kejayaan-kejayaan di masa yang akan datang.





0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .