Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Lepasan SPM Jom Mohon Pegawai Kadet Tentera UPNM 2017

LEPASAN SPM JOM MOHON PEGAWAI KADET UPNM



Untuk adik-adik lepasan SPM yang cemerlang, berhasrat untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara, memenuhi syarat-syarat, dan tidak mahu pinjam PTPTN malah mendapat elaun dan lain-lain tanpa menyusahkan ibu bapa.

------
ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian. Tarikh tutup permohonan adalah pada *31 Mac 2017*. Harap maklum.

3 Program Asasi ditawarkan iaitu

1 - Asasi Perubatan
2 - Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi
3 - Asasi Pengurusan dan Strategi

Cara Memohon. Calon- calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui http://upu.mohe.gov.my/web/ dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama.

Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.

GAJI Pokok Pelajar Tajaan Kementerian Pertahanan
Tahun Asas - RM1,103.96
Tahun 1 - RM1,228.96
Tahun 2 - RM1,353.96
Tahun 3 - RM1,478.96
Tahun 4 - RM1,603.96
Tahun 5 - RM1,620.00

Elaun Bulanan
Elaun Khidmat Bulanan - RM115.00
Sara Hidup - RM150.00
Insentif Khas - RM200.00

Bonus Tahunan tertakluk kepada sokongan.

Kos Pengajian, Makan Minum, Penginapan, Buku, Pakaian, Latihan Ketenteraan adalah DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN.

Kongsi kan kepada rakan2 serta saudara mara lepasan SPM.

0 Comentarios