Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Keputusan Semakan Rayuan Ke Program Matrikulasi KPM 2017

Keputusan Semakan Rayuan Ke Program Matrikulasi KPM 2017

Pengumuman Keputusan Calon Berjaya Ambilan Kedua Dan Rayuan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018





Kenangan Gambar Minggu Suaikenal di
 Kolej Matrikulasi Pahang Tahun 2016


Masjid di Kolej Matrikulasi Kedah
 di Changlun Jun 2017 

Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya Ambilan Kedua dan Rayuan pada 8 Jun 2017 mulai pukul 12.00 tengahari.

Hanya pelajar SPM 2016 yang telah membuat rayuan sebelum atau pada 11 Mei 2017 boleh menyemak keputusan di laman sesawang seperti berikut:

http://www.moe.gov.my

Sehubungan itu bagi calon jaya Ambilan Kedua dan Rayuan yang ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2017/2018, dikehendaki mencetak sendiri dokumen berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej pada 13 Jun 2017 :

1) Surat tawaran

2) Panduan pendaftaran pelajar

3) Maklumat peribadi pelajar

4) Akaun persetujuan ibubapa/penjaga & kesihatan pelajar

5) Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah

6) Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

http://www.moe.gov.my/index.php/my/pemberitahuan/2017/3206-pengumuman-keputusan-calon-berjaya-ambilan-kedua-dan-rayuan-ke-program-matrikulasi-kpm-sesi-2017-2018

0 Comentarios