Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

BUAT PEMINAT ASASI UNIVERSITI



BUAT PEMINAT ASASI UNIVERSITI








Cikgu dapat banyak pertanyaan berkaitan program Asasi Universiti Awam. Apa yang penting, program Asasi Universiti ini perlu dimohon melalui UPU

Cikgu copy info ini dari group telegram ke blog ini bagi memudahkan anak-anak murid cikgu membaca dan membuat penilaian sendiri.

Jika terima Asasi Universiti sila lihat dahulu kursus apa yang diingini untuk sarjana muda/ bacelor. Jangan tersilap langkah kerana ada asasi hanya universiti itu sahaja & ada asasi yang boleh mohon ke universiti yang lain selepas tamat belajar.


Asasi biasanya ditawarkan kepada pelajar Bumiputera. Bagaimanapun, terdapat enam kursus Asasi ditawarkan kepada bukan bumiputera.

Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera dan Bukan Bumiputera
  • Asasi Pengajian Islam UM
  • Asasi Sains Pertanian UPM
  • Asasipintar UKM
  • Asasi Pengurusan UUM
  • Tahmidi USIM
  • Semua Asasi UPNM

Asasi dibentuk khusus untuk persediaan pelajar untuk menghadapi kurikulum di universiti. Terdapat dua jenis kursus dalam program Asasi, iaitu jenis 'terbuka' dan 'tertutup'. 

Terbuka: Diiktiraf oleh universiti lain untuk meneruskan pengajian ijazah sarjana muda. 

Contoh:

Ringkasan:

UM: boleh mohon ke universiti lain 

UITM : boleh mohon ke universiti lain

UKM ; Kecuali Asasi PINTAR


Tertutup: Hanya diiktiraf oleh universiti yang menawarkan asasi dan tidak kepada universiti lain. Contoh:

UNIMAS : TIDAK BOLEH. Layak untuk kursus di UNIMAS sahaja

UPM: TIDAK BOLEH. Layak untuk kursus di UPM sahaja

USIM 

UPNM : TIDAK BOLEH. Layak untuk kursus di UPNM sahaja

UKM: TIDAK BOLEH. Layak untuk kursus di UKM sahaja

UIAM: TIDAK BOLEH. Layak untuk kursus di UIAM sahaja.

ASASI UNISZA

ASASI UMT

ASASI UMS



Asasi biasanya ditawarkan kepada pelajar Bumiputera. Bagaimanapun, terdapat enam kursus Asasi ditawarkan kepada bukan bumiputera.


PROGRAM UNTUK PEMOHON BUMIPUTERA DAN PEMOHON BUKAN BUMIPUTERA

Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera sahaja
  • Semua Program Asasi di UiTM
  • Semua Program Asasi UIAM
  • Asasi Sains UM;
  • Asasi UNIMAS 
  • Asasi UMS
Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Asasi Pengajian Islam UM
Asasi Sains Pertanian UPM
Asasipintar UKM
Asasi Pengurusan UUM
Tahmidi USIM

Semua Asasi UPNM

Jika anda tersilap pilih asasi dan tidak sesuai untuk lanjutan sarjana muda/bacelor akan menyesal di kemudian hari. 

Belajar di Kolej Matrikulasi KPM KLIK DI SINI sebagai jalan selamat untuk anda boleh memohon pelbagai kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA nant.

Sila hubungi ke pusat asasi yang dipohon untuk maklumat lanjut. 


Jika anda klik UPU Online pada pautan https://online.mohe.gov.my/upu/epanduan/kodprogram/cariProgram.php
anda akan temui 35 kursus asasi. Manakala 5 lagi kursus asasi di USIM disebut sebagai TAMHIDI

Sekian terima kasih.

0 Comentarios