Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Lepasan SPM 2018 Permohonan Matrikulasi KPM dilanjutkan sehingga 2 April 2019

Lepasan SPM 2018 Permohonan Matrikulasi KPM dilanjutkan sehingga 2 April 2019




Permohonan Matrikulasi dibuka  mulai 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019


PUTRAJAYA: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang ingin ke Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh mula membuat permohonan mulai 25 Februari hingga 2 April ini.
KPM dalam kenyataan hari ini berkata, pemohon boleh membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM10 dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018.
Sila buat permohonan anda di link berikut:
Menurutnya, keputusan ke Program Matrikulasi KPM akan dikeluarkan melalui laman sesawang berkenaan.
“Pelajar atau pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrkulasi KPM kerana keputusan SPM calon yang berjaya akan diperoleh terus daripada Lembaga Peperiksaan sejurus selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi,” katanya.
Katanya, pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana tawaran akan dikeluarkan atas talian sepenuhnya.
SUMBER; Berita Harian, klik di sini.
INFO BERKAITAN KOLEJ MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, BOLEH KLIK DI PAUTAN BERIKUT:


0 Comentarios