Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Iklan Separuh Masa Elektrik Institut Kemahiran MARA / ILSAS Sesi 1/2011

All The Best MUET & MTeST



All The Best MUET & MTeST

Assalamualaikum kepada pelayar Muslim teratak Jurnal Kehidupan ini, dan selamat sejahtera kepada semua.

Alhamdulillah, Hari Sabtu yang nyaman. Walaupun cuaca di tempat myraudhatulukhuwah ini keihatan agak mendung, syukur kerana  air di kali tidak melimpah lagi.

Pada tengah hari ini myraudhatulukhuwah ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan MUET kepada calon-calon MUET.  Semoga para calon dapat menjawab dengan tenang.

Begitu juga kepada kawan-kawan myraudhatulukhuwah samada di alam realiti dan alam maya, myraudhatulukhuwah ucapkan selamat berjaya dalam Ujian MTeST. Entry berkenaan Semakan Panggilan Temuduga, ada myraudhatulukhuwah muatkan di sini.

No. ID BSN, penting ke?

Ada beberapa anak muda yang bertanya kepada myraudhatulukhuwah, "Mengapa mesti beli No ID BSN? Penting sangat ke?"

Myraudhatulukhuwah menjawab,"Iyanya penting. Ini untuk memudahkan kamu memohon IPT.."

Belum habis myraudhatulukhuwah bercakap telah dipotong pula oleh jejaka A, dengan nada agak sinis, "Layak ke kami ni masuk U? Math pun selalu kantoi. BI lagilah,hampeh".

Myraudhatulukhuwah memandang wajah A,"Kalau kamu tak lulus Math dan BI, bukan bermakna kamu tak boleh nak sambung belajar. InsyaAllah kalau kamu berminat nak belajar  lebih tinggi, kamu layak memohon program peringkat sijil. Yang penting, kamu janganlah berputus asa untuk membaiki kelemahan dlaam matapelajaran yang kamu failed. Kuatkan azam,yang penting kamu mesti minat untuk belajar. Manakala No ID ni,kamu perlu beli bagi membolehkan kamu memohon program peringkat sijil ,"

Jejaka B dengan wajah ceria berkata,"Apa contoh program sijil yang saya boleh pohon?"

"Ok, subject selain subject teras yang kamu ambil, apa? Percubaan SPM tempoh hari kamu dapat berapa?"

Jejaka B menjelaskan kepada myraudhatulukhuwah satu persatu.

Kemudian myraudhatulukhuwah memberikan salinan Institusi Latihan Kemahiran dan Aliran Teknikal dan Vokasional kepada anak-anak muda itu.

Wajah ceria terpancar pada mereka.

"OH, maknanya, No ID BSN ni penting ya? Maknanya, kami pun berpeluang sambung belajar ya? Kami ingatkan pelajar kelas sains dan teknikal je yang layak," terang jejaka C.

Alhamdulillah, mereka telah faham dan jelas mengapa sekarang penting untuk membeli No ID di BSN. Semoga mereka tumbuh  sebagai remaja berwawasan negara. InsyaAllah

Biarpun mungkin mereka tidak berjaya menjadi jurutera atau doktor atau arkitek, namun alangkah bahagianya apabila melihat mereka menjadi insan berguna untuk nusa dan tanahair.

Catatan ini adalah rentetan entry Permohonan Ke IPTA, klik sini.

Berehat



Berehat dari Menulis Educational Blog di Blogsphere

Alhamdulillah telah lama Dunia Cikgu Kaunseling berehat dari educational blog blogspehere. Walaupun telah lama Dunia Cikgu Kaunseling berehat dari update blog ini, namun masih ada yang sudi menjadi follower blog ini. Dunia Cikgu Kaunseling ucapkan ribuan terima kasih. 

Sebenarnya banyak yang ingin saya kongsikan di sini. Termasuk beberapa aktiviti.


Dunia Cikgu Kaunseling berada di blogsphere kerana cinta Dunia Cikgu Kaunseling kepada dunia pendidikan. Blog Dunia Cikgu Kaunseling ini adalah wadah untuk Dunia Cikgu Kaunseling menabur sedikit bakti. Di Dunia Cikgu Kaunseling, terdapat sedikit rakaman memori seorang guru yang pernah memegang jawatan Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa suatu ketika dahulu.


Di kesempatan ini, Dunia Cikgu Kaunseling ingin menegaskan sekali lagi, adalah diharap jika ada pihak  ingin copy paste entry di sini, diharap silakan link kan sekali alamat  Dunia Cikgu Kaunseling di atas.


Ini adalah kerana terdapat blog komersial yang menyedut masuk entry  Dunia Cikgu Kaunseling terutama pada kategori "Motivasi" ke dalam blog komersialnya tanpa memberi kredit kepada Dunia Cikgu Kaunseling.

Dunia Cikgu Kaunseling  sedar ilmu itu hak Allah. Namun Dunia Cikgu Kaunseling memohon pengertian untuk berikan kredit kepada blog Dunia Cikgu Kaunseling.

Memandangkan sebenarnya untuk menulis di atas keyboard bagi seorang OKU seperti penulis Dunia Cikgu Kaunseling adalah suatu yang agak sukar.

Di sini Dunia Cikgu Kaunseling menyertakan sekali lagi, Disclaimer.

Disclaimer
Blog peribadi seorang Cikgu Kaunseling OKU. Kehadiran blog ini adalah untuk memeriahkan dunia pendidikan terutama dalam e-kaunseling. Untuk sesi kaunseling individu pelajar SMKJP2 boleh hubungi saya pada boring yang disediakan di muka utama blog ini. Malah digalakkan bertemu bersemuka dengan saya di sekolah.
Setiap tulisan yang tersiar di blog ini dihasilkan oleh pemilik blog untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Tulisan itu berdasarkan rujukan sumber nota kuliah, buku-buku dan majalah.  Ia juga berdasarkan pemerhatian dan pengamatan pemilik blog.

Pembaca diizinkan menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat blog hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan yang berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada penulisan ini tidak boleh diterbitkan dalam apa jua bentuk sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada penulis terlebih dahulu.

Untuk klip video, pemilik blog memuat turun ke blog ini dari youtube dan mixpod. Semua rakaman itu bukanlah dihasilkan oleh pemilik blog. Ia dimuatkan di sini semata-mata bertujuan pendidikan.

Blog ini juga memuatkan beberapa sesi kaunseling bertulis bersama pakar kaunseling tanahair. Sesi bersama Dr Sapora Sipon dan Dang Setia di Harian Metro.  Juga  sesi bersama Dr Rubiah K. Hamzah di Berita Minggu. Semua salinan balik ke blog ini adalah untuk tujuan pendidikan.

Pandangan di sini tidak semestinya pandangan pemilik blog. Pemilik blog juga tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan dan kehilangan fail semasa melayari blog ini.

Penting; Calon SPM, STPM,STAM 2010

Penting; Calon SPM, STPM,STAM 2010


Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2011/2012


Assalamualaikum kepada pelayar Muslim teratak ini dan selamat sejahtera kepada semua. Hanya pada hari ini barulah myraudhatulukhuwah sempat memuatnaik di sini, sebagai rujukan peribadi myraudhatulukhuwah.

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2011/2012 atau ambilan Julai 2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 1 November 2010 yang lalu.

INFO 1:

PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, TEVT & ILK LEPASAN SPM/SETARAF BAGI SESI AKADEMIK 2011/2012, SILA KLIK SINI

INFO 2:

PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2010 DAN STAM 2010, 2009 PERINGKAT IJAZAH PERTAMA BAGI SESI AKADEMIK 2011/2012, SILA KLIK SINI

Fasa


Memandangkan jumlah pemohon yang tinggi dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;


  • Fasa 1


    Pendaftaran Maklumat Pemohonan – 1 November 2010 – 31 Disember 2010


  • Fasa 2


    Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian – 10 Januari 2011 – 4 April 2011

Nombor Unik ID



  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 10 Januari 2011. Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.

  • Pemohon boleh juga membeli nombor unik ID ini melalui sekolah mulai 1 November sehingga 30 November 2010, pihak sekolah akan membelinya secara pukal di BSN.

CALON KATEGORI SPM

Sebelum membuat permohonan:

Sila kenalpasti Kategori Anda

Sila kenalpasti Kategori Anda
























Kategori

Keterangan

Kategori A

Pemohon Lepasan SPM 2010

Kategori B

Pemohon Lepasan SPM tahun 2009 atau 2008

Kategori C

Pemohon Lepasan SPM tahun 2007 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA

Kategori D

Pemohon Lepasan SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2009 atau, dan sijil ulangan SPM 2010 atau; Pemohon Lepasan SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010.

SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN:

  • Pastikan anda membuat mengisi maklumat permohonan dengan teliti dan tepat

  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)

  • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi memastikan borang selamat diterima oleh sistem.

SELEPAS MEMBUAT PERMOHONAN

  • Pastikan anda membuat semakan setelah selesai mengemukakan permohonan.

  • Anda mempunyai tiga (3) kali peluang untuk mengemaskini borang permohonan anda sehingga tarikh tutup permohonan.

  • Pastikan anda mencetak Borang Permohonan sebagai bukti Sah Permohonan.

PANDUAN MENGISI BORANG MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN

(Sila Klik disini untuk panduan mengisi borang),

Maklumat lanjut sila layari http://upu.mohe.gov.my/























Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Teknik/ Vokasional 2011

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Teknik/ Vokasional 2011

Assalamualaikum kepada pelayar Muslim teratak ini dan selamat sejahtera semua.

Kepada para pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR pada 2010, myraudhatulukhuwah ingin memaklumkan jika pelajar berminat mengambil aliran teknikal dan vokasional, di Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) pada 2011, bahawa permohonan masih dibuka.

Sila layari website http://esptv.moe.gov.my bagi membuat permohonan secara online.

Pelajar boleh mendapat bantuan Guru Bimbingan Kaunseling di sekolah anda.

Di sini, myraudhatulukhuwah muatnaik sebahagian makluman tersebut untuk kemudahan pemilik blog ini membuat rujukan.

Permohonan Kemasukan ke sekolah Teknik/  Vokasional 2011


Pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2011.

Syarat-syarat Umum:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010.

  • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.

  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).

  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: http://esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke SMV/SMT berhampiran

  • Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.

Mengubahsuai Pilihan Permohonan:

  • Setiap permohonan boleh diubahsuai sehingga 26 November 2010.

Rayuan Kemasukan:

  • Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke SMV/SMT yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.

Kemudahan Asrama:

  • Kemudahan asrama disediakan di semua SMV/SMT kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Muat Turun Borang

Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara online, sila muat turun Borang berkaitan Kemasukan ke SMV/SMT 2011 di bawah:


  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke SMV/SMT berkenaan. Tarikh akhir penghantaran Borang Kemasukan ialah 26 November 2010.

Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2011.

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2011 belum dimaklumkan lagi.

Muat Turun Dokumen Panduan

Update pada 3 Disember 2010.


Oleh kerana ada pertanyaan, tentang bilakah keputusan akan keluar.  keputusan ke Sekolah Menengah Teknik Sesi 2011 telah diketahui.


Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional Dan Teknik Tahun 2011 telah dibuka bermula 01 Disember 2010 (Rabu) melalui laman webKementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik sini, untuk maklumat lanjut. Sekian terima kasih

Kifayah Services Kuantan Kemaman

Kifayah Services Ambil & Hantar @  Kuantan Kemaman

Ambil & Hantar apa pula ni? Kemudian mata ini terlihat pula pada perkataan, Kifayah Services. Kuantan - Kemaman.

Tertarik dengan tulisan di lori ini.

Kifayah Services



Acapkali terserempak dengan lori dan iklan bunting, "kifayah Services" ini. Tetapi malas ambil pusing. Rupa-rupanya perniagaan perkhidmatan membaiki peti sejuk yang rosak.

Wah. Betul juga.Kalau dalam satu kariah tu tiada Muslim yang arif dalam membaiki peti sejuk, macam mana tu kan?

Apabila lihat Kifayah services itu, tiba-tiba teringat kepada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah di dalam Muamalat Islam.

Apa Itu Kifayah?

Kifayah dari segi bahasa bermaksud 'mencukupi' dan 'memadai'. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar.

Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.

Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan.

Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama manusia dan alat-alat tertentu. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah.

Sumber; JAKIM, klik sini.

DUHAI LELAKI JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA ANDAI PERIBADIMU TIDAK SEHEBAT SAIYIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH

DUHAI LELAKI JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA ANDAI PERIBADIMU TIDAK SEHEBAT SAIYIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH..




Assalamualaikum buat pelayar Muslim teratak ini. Apa khabar? Harap sihat-sihat sahaja.

Entry kali ini saya petik dari salah satu muka buku followers blog ini. Sekadar perkongsian untuk renungan pemilik blog juga walaupun saya seorang wanita.

Susulan entry saya sebelum ini, Syurga Cinta vs Neraka Cinta, klik sini,

WAHAI LELAKI..

Janganlah hipokrit, semua lelaki perlukan wanita. Tanpa wanita hati,perasaan dan fikiran lelaki akan rosak. Mereka masih mencari walaupun ada segalanya. Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa????

Pada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri ataupun puteri. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki senditi tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan ditunjukkan Allah.

Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita.

Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah , zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia. Akal wanita setipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.

Tanpa ilmu,iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok. Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah megharapkan ketaatan,tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkanlah diri pada Allah nescaya akan jinaklah segalanya di bawah kepimpinanmu.

DUHAI LELAKI JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA ANDAI PERIBADIMU TIDAK SEHEBAT SAIYIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH..

Sumber dari, warkahbersama, klik sini.



KURSUS PERINGKAT SIJIL ANJURAN YAYASAN FELDA 2011

KURSUS PERINGKAT SIJIL ANJURAN YAYASAN FELDA 2011

KURSUS UNTUK KEMASUKAN SESI JAN - JUN 2011

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

PUSAT LATIHAN TROLAK
(PLT), SUNGKAI, PERAK - 1)Sijil pembantu Juruteknik Sistem Komputer. 2) Sijil Juruteknik Sistem Komputer.

INSTITUT TEKNOLOGI UTAMA (ITU) - 1) Sijil Multimedia

KOLEJ INTEGRASI ILMU (KINI) MEMPAGA, PAHANG ( lelaki dan perempuan ) 1) Sijil Kulinari, 2) Sijil Pastri. 3) Sijil Prmusaji. 4) Sijil Pembantu Attendan Bilik.

KOLEJ INTEGARSI ILMU (KINI) RAJA ALIAS, NEGERI SEMBILAN ( perempuan sahaja ) 1) Sijil Jahitan Pakaian Wanita, 2) Sijil Jahitan Pakaian Lelaki, 3) Sijil Dandanan Rambut (Muda)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN - Pemohon seorang anak peneroka, anak kakitangan felda, cucu peneroka, cucu yang tinggal bersama peneroka mendapat pengesahan daripada pengurus rancangan, Belum Berkahwin dan Berumur antara 18-25 tahun.

PENCAPAIAN AKADEMIK - Lepasan SPM tahun 2005 - 2009 dan lulus Bahasa Melayu.

CARA MEMOHON - Menggunakan borang permohonan melalui seistem informasi latihan kemahiran generasi baru FELDA (SILK) atau melalui lawan web felda www.felda.net.my

Calon dikehendaki key-in sendiri permohonan sama ada dalam SILK bagi pelajar dalam rancangan manakala web bagi pelajar yang berada di luar rancangan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN - 30 November 2010 (Rabu)

TARIKH PENDAFTARAN KURSUS - JAN/JUN

TEMPOH KURSUS - 6 BULAN

SURAT TAWARAN AKAN DIKELUARKAN OLEH IBU PEJABAT FELDA KUALA LUMPUR.


SEMUA BORANG YANG TELAH DIISI DALAM LAMAN WEB FELDA HENDAKLAH DI E-MAILKAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI BERIKUT : - Nurzila.ag@felda.net.my , operasi@felda.net.my dan Karim.mk@felda.net.my






Pengalaman adalah guru terbaik

ASSALAMUALAIKUM. SALAM UKHUWAH
PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK.

PENGALAMAN adalah teman paling berharga dalam hidup, banyak membentuk peribadi, kehendak dan keinginan, cuma bagaimana aspek itu digunakan atau dieksploitasi pemiliknya yang membezakan keadaan.

Semoga Allah SWT melindungi dan menyelamatkan kita dari kesedihan, kerana kesedihan adalah musuh amat kuat dan penyakit yang mengerikan. Kesedihan boleh mngeruhkan hati dan mengubah keadaan. namun penyakit tersebut boleh hilang dengan penawar yang sangat mujarab, iaitu doa.

Firman Allah SWT, Surah Al Baqarah, ayat 153, mafhumnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat".

Mengambil kata-kata saudara Moeha Aziz, seorang OKU yang tabah:

"Kecacatan, kesakitan merupakan antara nikmat Allah SWT yang paling besar kepada setiap manusia. Kekurangan di dalam hidup menjadikan kita lebih dekat dengan Allah SWT. Ini adalah kerana kasih sayang Allah sebenar terlalu dekat kepada orang yang teruji yakni orang yang sakit. Nabi Allah Ayub ‘Alaihissalam merupakan seorang nabi yang teruji dengan kesakitan serta kecacatan.Baginda merupakan seorang hartawan yang juga dikurniakan keluarga yang bahagia. Namun pabila tiba ujian Allah, segalanya hilang dengan sekelip mata. Atas kesabaran dan iman baginda yang utuh akhirnya Allah kembalikan segalanya dengan sekelip mata juga. MashaAllah."

Laman ini asalnya untuk mencari bahan atau artikel tentang asal usul sebuah tempat, yang selama ini saya cuma dengar melalui cerita sejarah lisan orang-orang tua. (sejarah).
Selama 2 tahun, laman ini terbengkalai.Namun Alhamdulillah di atas kesempatan, nikmat dan rezeki, jua umur yang ada, alhamdulillah laman ini dapat ditambah untuk manfaat bersama.

Ceramah Pendidikan Anti Dadah

Ceramah Pendidikan Anti Dadah Oleh Pegawai PPDa Maran













 Encik Cr Burhanuddin sedang menyampaikan cenderamata kepada Encik Jasmi pada akhir sesi ceramah.



Alhamdulillah, pada Hari Khamis, 21 Oktober 2010 yang lepas telah diadakan Program Ceramah Pendidikan Anti Dadah di Dewan SMK Jengka Pusat 2. Ceramah disampaikan oleh Encik Jasmi B Jaafar, Pegawai PPDa Daerah Maran. Program ini merupakan salah satu slot di dalam Aktiviti Selepas PMR 2010. 

Urusetia Program Selepas PMR, En Cr Burhanuddin b Hj Hasan dan Pn Nazila bt Fauzai, bersama  guru-guru  yang mengajar Tingkatan 3 pada masa itu turut berada di dewan.

Antara isi kandungan ceramah Encik Jasmi ialah Kenali Diri. Ini kerana setelah kita mengenali diri kita, barulah kita akan mengenali kekuatan diri kita. Dengan mengenali diri kita, akan mengetahui insan-insan yang signifikan dalam hidup kita, insan-insan yang telah banyak berjasa kepada kita. 

Dengan itu, semoga dengan mengingati pengorbanan ibu yang telah mengandungkan dan melahirkan kita, membesar dan mendidik kita. Begitu juga dengan pengorbanan bapa yang turut tidak tidur malam apabila anak sakit demam. Bapa berusaha memberi kehidupan sempurna untuk anak-anaknya. Begitu juga para guru yang telah mendidik anak-anak, pasti akan tercalar hatinya apabila mengetahui bekas pelajarnya terjebak dengan gejala negatif.

Setersnya hala tuju pelajar selepas PMR, Bagaimana mengisi masa selepas PMR, dan membina kemahiran asertif diri yang mapan. Semasa meningkat remaja, pasti ada pelbagai halangan dan cabaran yang akan dilalui oleh pelajar. 


Samada cabaran yang datang dari masalah keluarga, masalah diri sendiri, tinggal dengan datuk dan nenek, masalah persahabtan dan rakan sebaya dan masalah percintaan. Selain masalah-masalah lain. Adakah pelajar akan berjaya menghadapi cabaran-cabaran itu, seandainya persediaan pelajar mengharungi alam remaja yang serba mencabar ini belum mencukupi sepenuhnya?


Cabaran dalam membuat sesuatu keputusan juga akan mempengaruhi masa depan dan hala tuju kehidupan insan/ pelajar. Jika baiklah keputusan yang diambil, maka berjayalah hidup kita. Jika memilih keputusan yang tidak baik dan keputusan serta jalan yang salah dalam membuat keputusan, maka kita menempuhi kegagalan dalam hidup.


Tidak dinafikan, corak kehidupan yang dilalui oleh pelajar pada zaman remaja ini melalui pelbagai perubahan. ia seperti perubahan usia yang berkait rapat dengan hormon seseorang, faktor persekitaran, rakan sebaya, kemelut cinta, jatuh cinta, putus cinta, percerian ibu bapa dan tinggal dengan penjaga yang terdiri daripada datuk dan nenek.

Kata-kata hikmah dari Encik Jasmi, seorang anak yatim sejak kecil, boleh pelajar renung-renungkan dan hayati;


"BILA KITA GAGAL, KITA PERLU BANGUN.
KITA PERLU BANGUN UNTUK BUKTIKAN KEJAYAAN"


Kesimpulannya, kemahiran asertif diri yang mapan amat diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan. Kedua kemahiran ini, kemahiran asertif diri dan kemahiran membuat keputusan saling berkait dalam mengharungi cabaran kehidupan yang sebentar cuma ini. Maka, katakan tidak kepada rokok serta dadah.


Untuk mengetahui Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Negeri Pahang 2010, sila klik http://ppdamaran.blogspot.com/2010/10/karnival-nilai-murni-cegah-jenayah.html

TAWARAN MUNSYI DEWAN IV

MUNSYI DEWAN 


PENGENALAN

Munsyi Dewan ialah penceramah bahasa Melayu yang dilantik khas dan diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengendalikan kursus, ceramah dan taklimat bahasa Melayu di sektor awam dan swasta.  Program ini bermula pada tahun 1995.  Tujuan pembinaan Munysi Dewan adalah untuk mewujudkan pakar rujuk bahasa Melayu untuk membantu DBP dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta.

PERANAN
  • Menjadi pembimbing pelajar dan guru di sekolah, pengguna bahasa lain di daerah dan kawasan masing-masing dalam hal kebahasaan;
  • Menjadi pakar rujuk untuk menyelesaikan kemusykilan tentang bahasa Melayu;
  • Mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu; dan
  • Membantu DBP melaksanakan dan menjayakan pelbagai aktiviti bahasa.
KEISTIMEWAAN


Munsyi Dewan akan menikmati keistimewaan seperti yang berikut :
  • Bayaran kepakaran;
  • Elaun perkilometeran;
  • Elaun makan minum;
  • Tambang kapal terbang atau yang setara dengannya.
  • Pertimbangan untuk menghadiri mana-mana majlis bahasa anjuran DBP secara percuma atau mengikut bayaran seperti staf DBP; dan
  • Kemudahan membeli buku dengan potongan harga sebanyak 20% di Kedai Buku DBP, Cawangan dan Wilayah.


TANGGUNGJAWAB DAN ETIKA
  • Menyampaikan maklumat bahasa Melayu seperti yang telah diputuskan oleh DBP.
  • Membantu DBP memberikan kursus, ceramah dan taklimat bahasa Melayu.
  • Sentiasa menjaga nama baik DBP kerana Munsyi Dewan ditauliahkan oleh DBP.
  • Pertimbangan untuk menghadiri mana-mana majlis bahasa anjuran DBP secara percuma atau mengikut bayaran seperti staf DBP; dan
  • Kemudahan membeli buku dengan potongan harga sebanyak 20% di Kedai Buku DBP, Cawangan dan Wilayah.


PELAWAAN KUMPULAN MUNSYI DEWAN FASA VI (TERKINI)
Dewan Bahasa dan Pustaka akan membina kumpulan Munsyi Dewan Fasa VI dalam usaha memperkasakan  bahasa kebangsaan. Tawaran terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia  yang memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepakaran dan kemahiran  dalam bidang-bidang berikut :

-          Tatabahasa Bahasa Melayu
-          Penulisan dokumen rasmi
-          
Surat/Memo/Minit Mesyuarat/Laporan/Kertas Projek
-          Penulisan teks ucapan
-          Penterjemahan
-          Pengendalian mesyuarat
-          Pengacara majlis 



Borang  permohonan  yang  telah  lengkap  diisi, hendaklah  dihantar    ke alamat berikut :
Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Tingkat 22, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR. 

Nombor telefon :   03 - 21482486
Nombor faks       :   03 - 21414109

Tarikh tutup permohonan pada 5 November 2010.
Borang permohonan yang lewat diterima oleh pihak urus setia, tidak akan dipertimbangkan.

Skim Kekompetenan Penjaga Elektrik & Pencantum Kabel ILSAS

Skim Kekompetenan Penjaga Elektrik & Pencantum Kabel ILSAS


TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd (ILSAS) menawarkan kursus sepenuhmasa bagi meningkatkan kemahiran teknikal SKIM KEKOMPETENAN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK & PENCANTUM KABEL (ditauliahkan oleh Suruhanjaya Tenaga).

Skim Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik & Pencantum Kabel

Kategori
Pengambilan
Tempoh Kursus
Tarikh Tutup Permohonan
Penjaga Jentera Elektrik
B4 33kV
Disember 2010
20 minggu
13 November 2010
B0 11kV
Mac 2011
20minggu
14 Januari 2011
A4
September 2011
16 minggu
14 Januari 2011
Modul Talian Atas Voltan Rendah
November 2010
2 minggu
13 November 2010
Modul Talian Atas Voltan Tinggi
Februari 2011
2 minggu
14 Januari 2011
Pencantum Kabel
PK1 ( 1 kV )
Disember 2010 & Jun 2011
12 Hari
13 November 2010
PK2 ( 11kV )
Jun 2011
10 Hari
18 Febuari 2011
PK3 ( 33kV )
Julai 2011
10 Hari
18 Febuari 2011

 

Syarat-syarat Kemasukan Skim Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik & Pencantum Kabel (yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga)

KELAYAKAN ASAS

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak kurang dari 20 tahun
  • Tamat tingkatan lima sekolah bantuan penuh kerajaan
  • Pengalaman kerja tidak kurang daripada 3 tahun di persekitaran yang mempunyai kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan elektrik hidup. Pemohon dikehendaki mengemukakan buku log kerja harian sebagai bukti bagi tempoh tersebut semasa sesi temusoal
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia

KELAYAKAN TEKNIKAL PENJAGA JENTERA

 

  • Kategori A4 
    • Memiliki syarat-syarat di atas serta pemegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik dari kategori di bawah ini:
      • Kategori A0 tidak kurang daripada 2 tahun atau
      • Kategori A1 tidak kurang daripada 1 tahun
  • Kategori B0
    • Memiliki syarat-syarat di atas serta pemegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik dari kategori di bawah ini:
      • Kategori A4 tidak kurang daripada 2 tahun
  • Kategori B4
    • Memiliki syarat-syarat am di atas serta pemegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik dari salah satu kategori di bawah ini:
      • Kategori B1 tidak kurang daripada 1 tahun atau
      • Kategori B0 tidak kurang daripada 2 tahun
  • Modul Talian Atas Voltan Rendah
    • Memiliki perakuan kekompetenan A0 tidak kurang 2 tahun
    • Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja dan pengalaman di atas yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
    • Nota:
      • Modul ini digunakan untuk menggantikan pengalaman bagi calon-calon persendirian menduduki peperiksaan terbuka yang diuruskan oleh pejabat-pejabat kawasan Suruhanjaya Tenaga
      • Modul ini tidak boleh digunakan bagi melayakkan calon-calon menduduki mana-mana kategori kursus separuh masa yang dijalankan oleh institusi atau mana-mana institusi lain yang ditauliahkan.

KELAYAKAN TEKNIKAL PENCANTUM KABEL

 

  • PK1
    • Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang dari 3 tahun dalam bidang mencantum,menyambung dan menamatkan kabel
    • Bekas atau kakitangan LLN / TNB / LLS / SESB / SESCO/ SEB (dengan surat sokongan, pengesahan kerja-kerja mencantum, menyambung dan menamatkan kabel)
    • Pemegang Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik AO dengan pengalaman kerja elektrik tidak kurang dari 3 tahun atau pemegang perakuan PJE yang lebih tinggi dengan pengalaman kerja elektrik tidak kurang dari 2 tahun
  • PK 2 (11kV)
    • Memiliki syarat-syarat di atas serta pemegang perakuan kekompetenan Pencantum Kabel dari kategori di bawah ini:
      • Kategori PK1 tidak kurang daripada 1 tahun
  • PK 3 (33 kV)
    • Memiliki syarat-syarat di atas serta pemegang perakuan kekompetenan Pencantum Kabel dari salah satu kategori di bawah ini:
      • Kategori PK2 ( 11kV ) tidak kurang daripada 1 tahun
      • Kategori PK3 ( 22kV ) tidak kurang daripada 1 tahun

 

Cara-cara Memohon

 

  • Muat turun borang permohonan,    KLIK SINI, yang juga boleh diperolehi di Pejabat Koordinator Program Persijilan Teknikal di Blok B, Bilik B0-07, TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd (ILSAS)
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah dimajukan atau dipos ke alamat:
Koordinator
Skim Kekompetenan
TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd - ILSAS
Jalan IKRAM-UNITEN,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
  • Borang permohonan tidak lengkap atau tidak ditandatangani tidak akan dilayan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:



SUMBER; http://www.tnb.com.my/

Daulat Tuanku



Daulat Tuanku

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah al-Must'ain Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ria'yatuddin al-Muadzam Shah,

Sultan dan Raja Pemerintah Bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta Segala Jajahan Takluknya

sempena 

Hari  Keputeraan Baginda pada 24 Oktober 2010 bersamaan 16 Zulkaedah 1431 hijrah.


“Semoga Allah Ta'ala melanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan limpah lindungan keimanan, kesihatan dan kesentosaan. Semoga Allah Memberkati Pemerintah Berjiwa Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”


Dirgahayu Tuanku.

Cerpen Kasih Munira Nina


Cerpen Kasih Munira Nina



"Tahniah, Nina. Nina dapat 8A dalam Percubaan PMR,"

"Alhamdulillah, terima ksih cikgu. Ini pun atas berkat bimbingan cikgu,juga,"

"Cikgu, kenapa cikgu tak terima ayah saya sebagai friend? Kan ayah saya dah add cikgu di mukabuku?" Soal Nina.

"Nina, macam mana saya nak add ayah kamu.Saya cuma approve kawan-kawan saya dan pelajar saya sahaja. Kalau ibubapa atau penjaga pelajar, saya tak berani nak add. Silap haribulan pasangan masing-masing akan marah nanti. Jadi jodoh di alam maya...," jawab Cikgu Rohaini dengan lembut.

"Alah, cikgu bukannya tak tahu, kan ayah saya single parent?"soal Nina lagi.

"Saya tahu...Nina dulu kan dah story kat saya,mama Nina dah divorce dengan papa masa Nina berumur 11 tahun,"

"Dah tu? Nape cikgu tak approve je ayah saya di mukabuku tu? Atau ini adalah gambaran jawapan cikgu?"

"Nina, saya tak bermaksud begitu. Macam yang saya cakap sebelum ni, mukabuku saya cuma untuk yangs aya kenali sahaja. Tidak mesti saya tak approve papa Nina, bermakna saya ..

"Cikgu, cikgu tahu kan, Nina rindukan kasih sayang seorang ibu? Cikgu tahu kan, Nina harapkan ibu yang penyayang dan setia...

"Cikgu tahu, Nina. Tapi beilah cikgu masa, ya,"

"Berapa lama,cikgu?"

"Saya sudah terangkan dengan papa, Nina, Nina,"

"Kalau saya nak tahu juga?"

"Nina, biarlah hal ini, kami selesaikan berdua sahaja ya?"

"Cikgu, Nina harap sangat cikgu terima papa. Selama ni, Nina c cuma berdiam diri sahaja. Tapi kali ni, Nina rasa sudah terlalu lama cikgu belum jua memberi jawapan kepastian.

"Tapi, baru 2 minggu, Nina. 2 minggu masih terlalu baru, Nina. Saya tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru. Hal nikah kahwin bukanlah hal ringan, Nina. Perkara perkahwinan adalah melibatkan 2 hati bersatu di bawah lembayung rahmat Ilahi dinamakan pernikahan. Ikatan suci suami isteri ini menuntut seribu pengorbanan dan tanggungjawab. Ikatan ini juga diikat oleh 2 hati yang saling menyintai kerana Allah...,"

Belum sempat Cikgu Munirah melanjutkan bicara, Hanina sudah memotong kata, "Jadi, cikgu tidak menyintai papa?"

"Bukan begitu Nina, Nina ingat tak masa perkhemahan kita di Pangkor dulu? Semasa saya bicarakan tentang cinta dengan Nani dan kawan perempuan yang lain?"

"Ingat, cikgu. Cikgu ada jelaskan tentang hakikat cinta suci. Tentang kehormatan wanita....,"

"Ingat tak, bila Nina soal pada saya, mengapa cikgu tidak ada 'boyfriend'?"

"Ingat cikgu dan saya pun ingat jawapan cikgu,"

"Jadi itulah jawapan saya sekarang. Bukan saya tidak suka papa Nina. Tetapi, atas panduan yang telah ditetapkan,.

"Oh, jadi sebab tulah, cikgu memerlukan masa yang panjang ya cikgu?"

"Pandai pun Nina. Macam nilah anak murid saya yang baik hati,"

"Cikgu, nak tengok sesuatu tak?"

"Erm, apa dia, Nina?"

"Cuba cikgu teka, siapa ni?"

"Subhanallah. Cantiknya. siapa wanita ni? Eh ni, yang berdiri sebelahnya, macam ayah kamu? Dan baby girl bertopi pink ni, Nina?"

"Betul tu cikgu. Itulah ibu saya cikgu,"

"Ibu kamu cantik sangat, Nina,"

"Buat apa cantik sahaja tapi tak setia dengan suami, tak bersyukur dengan apa yang ada. Tengok mama, sampai sekrang mana pernah contact kami jauh sekali nak jumpa kami. Padahal kami masih di sini...Cikgu pun cantik, apa?Kalau tak, masakan papa fall in love dengan cikgu? Papa susah nak terima wanita tau sejak divorce"

"Nina, tak baik kamu berkata yang tidak baik tentang mama. Ingat ya Nina, walau macam manapun, mama dah berkorban untuk Nina dan adik-adik. Nina sendiri cerita kan, mama lahirkan Nina masa Nina baru 7 bulan dalam kandungan. Lepas tu Nina kena duduk dalam wad. Mama yang bersengkang mata siang malam menjaga Nina, kan? Papa masa tu sedang sambung pengajiannya kan?"

"Ya, cikgu. Mama yang menjaga saya selama saya dalam wad NICU. 4 bulan saya dalam tu. Kemudian bila dah keluar wad, saya ada penyakit lain pula,"

"Besar pengorbanan mama, Nina. Jika mama berpisah dengan papa, itu antara mereka berdua. Mereka mungkin ada masalah mereka sendiri yang mana belum masanya Nina tahu. Mama menyepi diri, bukan bermakna mama tidak ingat Nina. Mungkin mama membawa diri ke oversea sebagai satu cara merawat hatinya yang luka, Nina. Kenangkanlah kembali pengorbanan mama. Saat melahirkan kamu, pasti dia telah bertarung nyawa. Selalulah berdoa pada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa mama. Doakan kebaikan untuk mama. Moga-moga suatu hari nanti Nina dapat bertemu mama kembali,"

"InsyaAllah, cikgu. Terima kasih cikgu atas nasihat cikgu. Cuma Nina terlalu rindukan kasih sayang seorang mama. kalaulah cikgu menjadi mama Nina,"

"Nina, dalam hidup kita ini, kadang kala ada impian kita yang tercapai, ada yang tercapai sebegitu pantas, ada yang agak lambat dan ada yang tidak tercapai di dunia ini. Mama Nina tetap mama yang terbaik dalam hidup Nina. Andai saya menjadi mama Nina, belum tentu saya boleh menjadi mama yang terbaik buat Nina. Namun walau apa pun, saya tetap sayangkan Nina. Sebab Nina, murid saya yang baik hati dan hormat guru,"

"Patutlah, papa kata cikgu terlalu istimewa. Papa kata sepanjang mengenali cikgu, Cikgu tidak pernah meminta hadiah apatah lagi barang-barang mahal. Cikgu, cantik, berpelajaran, keturunan baik-baik, beradab sopan. Kata papa, beruntung siapa yang mendapat cikgu sebagai isteri,"

"Nina, cinta bukan terletak pada wang mahu pun harta meskipun ada pepatah mengatakan, tiada wang tidak berguna juga cinta itu. Erm satu lagi pesanan penaja oleh Cikgu Munirah, usah memuji saya melambung tinggi. Kelak bila Nina tahu segala keburukan saya, Nina pasti kecewa. Bimbang kata nista pula yang kamu hamburkan pada cikgu. Cikgu garang tau. Nina tak takut ke kalau saya jadi ibu tiri Nina yang garang? Macam Bawang Putih Bawang Merah?"

"Cikgu ni, ada-ada jelah,"

Mereka tertawa bersama

....bersambung....

Kerastangan vs Kraftngan

Kerastangan vs Kraftangan
http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/

Alhamdulillah, pada hari Khamis dan Jumaat lepas, 14 dan 15 Oktober 2010, di dewan SMK Jengka Pusat 2, telah diadakan Program Kraftangan daripada kertas suratkhabar. Aktiviti ini dijayakan oleh Unit Bimbingan Kaunseling SMK Jengka Pusat 2 dengan kerjasama semua para guru yang terlibat dengan Program Selepas PMR.

Para pelajar Tingkatan 3 didedahkan tentang cara-cara membuat kraftangan ini oleh seorang pakar pembuat kraftangan daripada kertas suratkhabar. Pelbagai hasil kraftangan seperti keychain, bakul besar, bakul telur untuk bunga telur, bunga perhiasan dan sebagainya.

Ternyata surat khabar lama, tetap mendatangkan hasil lumayan andai kita mempunyai ilmu kemahiran hidup dan ilmu tebat diri yang sentiasa di inovasikan.

Guru yang menunjuk ajar cara-cara membuat kraftangan kertas ini ialah Puan Rogayah Ramli, dari Bandar Pusat Jengka. Program ini yang dibantu bersama Cr Cikgu Burhanuddin dan Cikgu Nazila, Pn Hjh Mariam dan semua guru bertugas. Ternyata program seumpama ini sangat menarik.



Pelajar Tingkatan 3A yang menekuni kraf.




Perhiasan bunga dari hasil kraftangan.



Bakul dan pasu bunga, antara kraf yang terhasil.



Keychain dan bakul telur.



Cenderamata daripada Penceramah Jemputan,
Puan Rogayah Ramli untuk Bilik Bimbingan Kaunseling, Puan Nazila.














Gaya-gaya pelajar Tingkatan 3 dengan kraftangan masing-masing.


Puan Rogayah sedang menunjukkan cara-cara membuat kraftangan.

Ini pula, bakul kertas yang dihasilkan oleh ibu saya sendiri,:)

Permohonan Ke IKBN Kemasukan Januari 2011

Permohonan Ke IKBN Kemasukan Januari 2011


Pengambilan pelajar baru kemasukan Januari 2011, dibuka sehingga 2 November 2010. kepada yang berminat sila layari web Kementerian Belia dan Sukan, http://www.ekbs.gov.my/. Permohonan adalah secara online.

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 hingga 30 tahun, tamat Tingkatan 5, sihat tubuh badan dan belum berkahwin. Pemohon boleh mengikuti Latihan Kemahiran peringkat Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 1 hingga 5, Persijilan PKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Antara bidang yang ditawarkan seperti Teknologi Mekanikal, Teknologi Automotif, Teknologi Makanan, Teknologi Marin dan lain-lain, sila rujuk iklan di atas.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .