Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Hikmah Di sebalik Kepayahan

Hikmah  Di sebalik Kepayahan



Memulakan Langkah Itu payah. Perit kan..Kita tak kalah bila berada di bawah. Sepuluh kali jatuh, sepuluh kali bangun, itu jua bukan kekalahan. Hanya apabila sekali jatuh,tak mau dah nak bngun-bangun, maka itulah kekalahan.

Saya melihat anak kecil yang baru berjalan. Pasti banyak kali anak kecil itu terjatuh sebelum berjaya berjalan seperti biasa. Apabila dah 'dapat kaki ' pasti anak kecil itu tak mahu duduk diam kan. Hilang sudah saat kepayahannya memulakan langkah.



"Kasihan saya lihat cikgu. Mesti payah kan cikgu?" soal Zati. Wajahnya kelihatan amat simpati. Di sisinya, Sheera dan Lani   berusaha menolak kerusi roda saya menaiki jalan yang agak berbukit itu dari dewan sekolah.

Seorang pelajarar saya membantu memegang kerusi roda bagi mengimbangkan kerusi roda di sebelah kanan. Manakala seorang di sebelah kiri. Seorang pula menjinjing beg. Saya sendiri  berusaha mengawal kerusi roda dari terbelok-belok dan terundur ke belakang agar ia seimbang. Maklum kawasan di situ agak tinggi.



"Terima kasih Zati, Sheera, Lani. InsyaAllah.Saya  OK je. Saya ada pelajar-pelajar yang baik hati macam kamu, itu sudah membahagiakan saya. Hilang sudah rasa payah itu. Tambahan lagi, jika kamu yang jelita ini berjaya dalam SPM nanti," ujar saya, sambil mendoakan untuk mereka di dalam hati.

Pertanyaan Zati tentang kepayahan saya itu saya hargai. Itu maknanya Zati prihatin. Saya teringat akan kisah Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s. Apabila saya teringat kisah Hajar, bukan bermakna saya ditinggalkan suami. Maksud saya, ketabahan Hajar dalam mengharungi  Kepayahan  dalam mengharungi kehidupan di tengah gersang padang pasir sendiri . Bahagianya Hajar kerana dia tetap merasakan Allah memperhatikan dan menyintainya. Begitu juga ketabahan Nabi Ayub a.s yang tetap sabar dalam mengharungi dugaan kesakitan. Begitu jua Nabi Muhammad SAW yang bersabar dalam mengharungi dugaan semasa menjaga Khadijah r.a yang  sedang kesakitan pada saat-saat akhir hayatnya.

"Dalam kesakitan, Hajar merasa bahagia. Ibrahim tetap mencintainya. Meninggalkan dia di lembah gersang bukan bermakna membuang Hajar dari sanubarinya. Malah, Hajar berbangga, dia dipilih menjadi sebahagian perjalangan hidup khalilullah itu. walaupun sebenarnya dia mafhum, betapa banyak ranjau yang akan ditempuh setelah Ibrahim pergi. Tetapi dia tetap berpegang, Allah tidak akan meninggalkannya seorang di situ."

sumber kisah, klik sini



DSC00073

susu1

Buat sahabat-sahabat baru saya.Terima Kasih buat Kak Sharifah .....,Z, kak G dan semua yang sering membantu saya semasa saya hendak kemana-mana.
Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Dikandung Tanah

Budi Yang Baik Dikenang Juga


Kepada kakak-kakak yang sering membelanja saya makan setiap hari, terutama kak sharifah,  hanya Allah yang dapat membalas budi kalian,  semoga Allah berkati kehidupan kalian. Amin.

13 Comments:

intanrh said...

salam masyitah, akak tak berapa fhm dgn isi entri ni tp akak hrp segalanya berjalan dgn baik.
takecare always dik.

ummu said...

waalaikumussalam kak intan.
terima kasih atas doa akak.:)

zulkbo said...

Dalam kesakitan, Hajar merasa bahagia. Ibrahim tetap mencintainya. Meninggalkan dia di lembah gersang bukan bermakna membuang Hajar dari sanubarinya. Malah, Hajar berbangga, dia dipilih menjadi sebahagian perjalangan hidup khalilullah itu. walaupun sebenarnya dia mafhum, betapa banyak ranjau yang akan ditempuh setelah Ibrahim pergi. Tetapi dia tetap berpegang, Allah tidak akan meninggalkannya seorang di situ.”

***alangkah indah jika semua wanita seperti Siti Hajar...

werdah said...

Salam Ummu.

Semoga semakin tabah menjalani kehidupan. Sungguh jurnal kehidupan ini berwarna warni. Kadang-kadang disulami rasa sakit, rasa sihat, rasa bahagia, duka. InsyaAllah selepas kesukaran ada kemudahan. Semoga Ummu ceria selalu dan dikelilingi sahabat yang mengerti. Terima kasih atas doa ummu kepada kak selama ini. Mudah2an Allah sahaja membalasnya. Amiin.

white rose said...

salam akak...
smoga akak berjaya menempuhi rona2 kehidupan ni...
tabah & usaha sedaya upaya menjadi hambaNYA yg bertaqwa...

maiyah said...

kepayahan tu adalah aset pd kita utk peroleh kesenangan di kemudian hari.. itulah kejadian, fitrah dan rencana Allah disebaliknya
sama2 kita diberi kekuatan

Kunang-kunang said...

Salam ummu masyitah,

Semoga ummu terus tabah dan dengan itu kepayahan sekarang akan mendapat ganjaran di masa akan datang.

Mudah-mudahan ummu sihat sejahtera selalu

ummu said...

waalaikumussalam Kak Ani
amin.:)
saya bahagia mempunyai kawan2
seperti kak Ani.:) syukur pada Allah..

ummu said...

amin.semoga kita saling menguatkan
diri sesama kita, kan Maiyah...
meski hanya di ruang maya ini
dan boleh diakses di seluruh dunia..

ummu said...

Salam kak Werdah
terima aksih atas perkongsian pengalaman akak
semoga Allah memberkati pertemuan kita
meski cuma di atas maya ini.:)

ummu said...

waalaikumussalam White Rose

TQ dik atas nasihat berguna ini...

syuhairah said...

Assalamualaikum

Salam perkenalan dari saya... Saya tengok sebelum ni akak ada comment pada blog saya, jadi saya datang menjenguk website akak... Saya harap kita dapat menjalin hubungan silaturrahim sesama kita dan bertukar pandangan... Insyaallah..

ummu said...

waalaikumussalam Syuhairah
Alhamdulillah, insyaAllah.semoga Allah berkati pertemuan
kita ini meski cuma di alam maya.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .