Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Syarat Ke Tingkatan 6 Pra U

Tingkatan Enam
Syarat Ke Tingkatan 6 Pra U



Para pelajar yang telah tamat pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan SPM boleh meneruskan pengajian ke tahap pendidikan tinggi.

Pengajian Tingkatan 6 mengambil masa dua tahun (Tingkatan 6 Bawah dan Tingkatan 6 Atas). Pelajar yang layak akan menerima surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Negeri.


 Terdapat dua jurusan yang ditawarkan di Tingkatan 6:

  • Kemanusiaan
  • Sains
Pada akhir Tingkatan 6, pelajar akan dinilai melalui peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

SEMAKAN KELAYAKAN\

Calon SPM2011 boleh menyemak kelayakan kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah mulai 25 April 2012 melalui :

1. Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my

Link untuk buat semakan:



2. SMS (MOE [space] 6 [space] NO.KP@ANGKAGILIRAN) hantar ke 15888

Tarikh pendaftaran pelajar baru Tingkatan 6 Bawah tahun ini adalah pada 8hb Mei 2012.

Pelajar yang berjaya boleh mencetak surat tawaran dengan  ”klik hantar” selepas permohonan berjaya dipaparkan dan membawanya bersama semasa mendaftar. 

 Dokumen yang perlu dibawa :

i). Surat Tawaran        ii). Keputusan SPM 2011
iii). Kad Pengenalan       iv). Sijil Kelahiran         v). Sijil Berhenti Sekolah


Pelajar yang sedang menunggu tawaran daripada UPU juga perlu melapor diri dahulu di
sekolah yang ditetapkan. 

PROGRAM PLKN FASA 2 & 3

Calon-calon   yang  sedang mengikuti  Program   Latihan  Khidmat   Negara   (PLKN) Fasa 2 dan Fasa 3 hendaklah mendaftarkan diri di sekolah yang ditempatkan tidak lewat dari 7 hari bekerja. 

Bagi pelajar telah mendaftar ke tingkatan 6 tidak dibenarkan mengikuti Program   Latihan  Khidmat   Negara   (PLKN) sehingga tamat STPM 2013. Pelajar dinasihatkan membuat permohonan penangguhan kepada pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Pelajar yang telah ditawarkan tempat di Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan tempat di Tingkatan 6 bawah. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.

Soalan Lazim: 
Adakah perlu memohon untuk masuk ke T6 Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke tingkatan enam bawah akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan akan dinyatakan.


Syarat Kelayakan Ke Tingkatan 6

Berikut adalah info mengenai syarat-syarat kelayakan untuk kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah di Sekolah Menengah Kerajaan bagi tahun 2012.

(Berdasarkan Lampiran Syarat Kelayakan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah tahun-tahun lepas)

SYARAT AM

a)    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
b)    Berumur di antara 17 hingga 20 Tahun. ( 21 Tahun bagi calon mengulang ) pada
1 Januari tahun 2012
 
Syarat-Syarat Kemasukan (Mengikut Jenis Sekolah)
  1. Sekolah Menengah Harian (SMK)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
    • Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
Syarat-Syarat Mengikut Jenis Calon
  1. Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
  2. Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
  3. Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 
  4. Permohonan Calon SPM Ulangan 2011 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2012

Syarat Mengikut Jenis Sekolah Dan Jurusan
 
Kemasukan ke Sekolah Menengah Kerajaan
 
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Harian kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Kemanusiaan
  • Calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KumpulanMata Pelajaran

IBahasa Melayu

IIBahasa Inggeris

IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IVSejarah

VGeografi / Pendidikan Seni Visual

VIPendidikan Islam / Pendidikan Moral

VIIMatematik / Matematik Tambahan

VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science

IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / 
Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

XTasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / 
Bahasa Cina / Bahasa Tamil

XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
  • Calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah matagred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KumpulanMata Pelajaran

IMatematik / Matematik Tambahan

IIFizik

IIIKimia

IVBiologi

VLukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik &Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.
 
Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Agama
  • Calon mesti LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab(Komunikasi).
  • Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KumpulanMata Pelajaran

IBahasa Melayu

IIBahasa Inggeris

IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IVSejarah

VGeografi / Pendidikan Seni Visual

VITasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah

VIIMatematik / Matematik Tambahan

VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science

IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

XPendidikan Syariah Islamiah

XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)

XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
  • Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gredtidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
 
  1. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Agama
  • Calon mesti mendapat KEPUJIAN sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
  • Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KumpulanMata Pelajaran

IBahasa Melayu

IIBahasa Inggeris

IIIKesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IVSejarah

VGeografi / Pendidikan Seni Visual

VITasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah

VIIMatematik / Matematik Tambahan

VIIISains / Sains Tambahan / Applied Science

IXSalah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

XPendidikan Syariah Islamiah

XIBahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi)

XIISains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
  • Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 12 hingga 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
  • Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Soalan: Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat?  
 
Rujuk jadual di bawah
Gred SPM sebelum 2009 Gred SPM 2009 keatas  Nilai Mata Gred (Kognat)
1A         A+ dan A 1
2A         A- 2
3B         B+ 3
4B         B 4
5C         C+ 5
6C         C 6
7D         D 7
8E         E 8
9G         G 9

 
Soalan: Adakah sebarang panduan untuk saya memilih kombinasi mata pelajaran di tingkatan enam supaya ia sejajar dengan cita-cita saya (boleh digunakan apabila memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi)?
 
Berikut adalah cadangan kombinasi mata pelajaran untuk calon agar bersesuaian apabila ingin melanjutkan pelajaran kelak. Ia SEBAGAI PANDUAN UMUM sahaja, maklumat yang lebih jelas boleh diperolehi dari Guru Bimbingan Kaunseling & Kerjaya di sekolah masing-masing
 

BIL
JENIS KURSUS KOD MATA PELAJARAN SUBJEK PILIHAN
1 Bahasa/Sastera 900 Pengajian Am
910 Bahasa Melayu
911 Bahasa Cina
912 Bahasa Tamil
920 Literature in English
922 Kesusasteraan Melayu
2 Agama/Arab 900 Pengajian Am
913 Bahasa Arab
930 Syariah
931 Usuluddin
3 Sains sosial 900 Pengajian Am
940 Sejarah
942 Geografi
944 Ekonomi
4 Undang-undang 900 Pengajian Am
920 Literature in English
940 Sejarah
- M/pelajaran lain
5 Pengurusan Perniagaan/Perakaunan 900 Pengajian Am
944 Ekonomi
946 Pengajian Perniagaan
948 Perakaunan
950 Mathematics S
6 Sains aktuari 900 Pengajian Am
950/ 954 Mathematics S/ Mathematics T
- M/pelajaran lain
7 Sains Matematik 900 Pengajian Am
954 Mathematics T
- M/pelajaran lain
8 Sains Komputer 900 Pengajian Am
950/954 Mathematics S/ Mathematics T
958 Perkomputeran
- M/pelajaran lain
9 Sains Fizik/ Kejuruteraan 900 Pengajian Am
954 Mathematics T
960 Physics
962 Chemistry
10 Sains Hayat/ Perubatan/Farmasi 900 Pengajian Am
954 Mathematics T
962 Chemistry
964 Biology
11 Sains sukan 900 Pengajian Am
966 Sains Sukan
- M/pelajaran lain
12 Kesenian 900 Pengajian Am
970 Seni Visual
- M/pelajaran lain
 

Syarat Mengikut Jenis Permohonan
(Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan)
 
  1. Mereka yang memenuhi syarat di atas tetapi tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6.
  2. Mereka yang tidak memenuhi syarat di atas tetapi aktif di dalam penglibatan kokurikulum perlu memenuhi syarat berikut;
    1. Membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK. 
    2. Pertimbangan kelonggaran akan hanya mengambilkira penglibatan kegiatan kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis.
    3. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
    4. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
    5. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
    6. Semua rayuan yang diterima lewat daripada (Tarikh Ditetapkan Kemudian) tidak akan dipertimbangkan.
    7. Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti itu, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM.
Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
 
  1. Calon persendirian/swasta SPM 2011 yang memohon memasuki Tingkatan Enam Bawah 2012 hendaklah menggunakan Borang T6BCP dan mengemukakannya ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan Sekolah Dan Jurusan seperti di atas.
  3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2012
 
  1. Calon sekolah kerajaan yang telah menduduki peperiksaan STPM 2011 tetapi ingin mengulang belajar di Tingkatan Enam Atas hendaklah membuat permohonan melalui pengetua sekolah. Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan hendaklah mempertimbangkan permohonan berdasarkan syarat-syarat berikut:-
    1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2012;
    2. Memperoleh keputusan STPM 2011 bagi dua mata pelajaran dengan keputusan lulus sebahagian (Gred C-, D+ dan D) atau mendapat satu mata pelajaran lulus penuh (Gred A, A-, B+, B, B-, C+ dan C) dan satu mata pelajaran lulus sebahagian;
    3. Masih berkesempatan untuk mendaftarkan diri bagi mengambil peperiksaan STPM 2012 sebagai calon sekolah;
    4. Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam dalam negeri berkenaan; dan
    5. Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam asal murid berdasarkan rekod disiplin murid.
  2. Kelulusan bolehlah diberi terus oleh Jabatan Pelajaran Negeri jika pemohon memenuhi semua syarat di atas.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah tiga minggu selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.
Permohonan Calon SPM Ulangan 2011 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2012
 
  1. Calon yang telah memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM Ulangan 2011 bolehlah memohon masuk ke Tingkatan Enam Atas 2012 dengan memohon terus ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Kelulusan permohonan hendaklah memenuhi semua syarat berikut :
    1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2012.
    2. Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti di atas; ATAU Bagi calon sekolah kerajaan yang memohon atas kelonggaran syarat dengan rekod kegiatan kokurikulum yang cemerlang, permohonan perlu dihantar melalui pengetua sekolah di mana calon mengambil peperiksaan SPM.
    3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon berdasarkan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal.
    4. Calon-calon hendaklah mengemukakan rekod persekolahan bahawa mereka telah belajar di Tingkatan 6 Bawah 2011 di sekolah persendirian / swasta.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah (Rujuk PPD) selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM Ulangan 2011.
Permohonan Pertukaran Sekolah

  1. Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa. Keputusan adalah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang menerimanya.
  3.  Permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:
    1. Surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah;
    2. Keputusan SPM 2011;
    3. Kad pengenalan;
    4. Sijil Kelahiran; dan
    5. Jurusan dan pakej mata pelajaran yang diambil
  4. Semua pertukaran sekolah hendaklah menggunakan borang seperti Akta Pendidikan 1996 P.U. (A) 275 Jadual Ketiga.
  5. Dalam kes di mana calon telah berpindah lebih awal dari surat tawaran dikeluarkan. JPN yang menerima akan mengesahkan kelayakan dan membuat penempatan segera.
Permohonan Pertukaran Jurusan
 
Dibuka untuk permohonan pada 21-25 Mei dan 18-23 Jun 2012 dengan menggunakan borang RTJT6.
 
Soalan: Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya? 
 
  1. Permohonan pertukaran jurusan dari Jurusan Sains ke Kemanusiaan atau sebaliknya hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  2. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri hanya dibenarkan memberikan kelulusan jika permohonan itu:
    1. Mendapat sokongan Pengetua; dan
    2. Calon berkenaan didapati layak masuk ke jurusan yang dipohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
    3. Pastikan alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan adalah kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan "Tidak Berminat" dan seumpamanya tidak diterima.
    4. Calon mesti berjumpa dengan Guru Kaunseling untuk dibuat penilaian berkaitan kerjaya.
    5. Calon dikehendaki mengisi inventori minat kerjaya.
    6. Dapatkan pengesahan Guru Kaunseling.bagi menyokong permohonan untuk ke jurusan yang dipohon. 
    7. Hantar kedua-dua borang yang telah lengkap (RTJT6 dan VPI) ke Jabatan Pelajaran Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen.
  3. Walau bagaimanapun, kelulusan bergantung kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang berkenaan. Keputusan kelulusan sama ada berjaya atau tidak harus dimaklumkan kepada pemohon dalam masa 2 minggu daripada tarikh permohonan.
  4. Permohonan pertukaran jurusan boleh dibuat mengikut waktu yang telah ditetapkan (Diberitahu Kelak).

Maklumat

 

  1. Maklumat di atas diperolehi daripada Surat TKP(OP) Syarat-syarat Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010 http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pemberitahuan/2010/1269241875.pdf dan Lampiran Syarat Kelayakan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pemberitahuan/2010/1269241960.pdf

 

Sebarang Pertanyaan dan persoalan sila kemukan kepada:

 

  1. Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
  2. Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran melalui Pn. Norchahaya Abd. Ghani di talian 03 8884 9456 atau En.Md.Jamal Hj.Bongkek 016 220 8322 atau En.Selamon Kosrin 03 8884 9352 dan no. faks 03 8888 6673.
  3.  
  4.  

29 Comments:

Leon Mikael said...

Bolehkah pelajar Lepasan SPM Tahun 2011 mendaftar masuk ke IPTA pada tahun 2013 Atau tingkatan 6 Rendah 2013 ? walaupun saya tiada membuat permohonan selepas tamat peperiksaan SPM pada 2011 serta tidak mengulang peperiksaan SPM pada 2012?

saya dapat 6A 1B 3C untuk SPM 2011..

Ukhty Anisa said...

apa maksud 18 unit?
saya nak ambil jurusan sains f6 tapi result saya math=A+ , bio=C+ , fizik=C+ , chemistry=D , layak ke?

Anonymous said...

mksdny kiraan mata...
A+/A=1
A-=2
B+=3
B=4
C+=5
C=6
D=7
E=8
G=9
So, mbik 4 subjek sains anda.. total kan mata... if, lebih 18 unit... mksdny anda tidak layak...

Anonymous said...

Bagaimana jika mahu tukar ke jurusan agama???

Puan Ummi said...

Terima kasih Tanpa Nama April 22, 2013 at 11:23 PM kerana sudi tilong ajwabkan soalan Ukhty ANisa

Puan Ummi said...

Leon anda bolh mohon UPU yang baru ditutup april 2013 lalu.tetang form 6, sila rujuk jabatan pelajaran negeri anda

Puan Ummi said...

tanpa nama April 26, 2013 at 8:04 PM
nak tukar ke aliran agama di form 6 di sekolah bantuan kerajaan anda mestilah a da ambil mata pelajaran seperti al quran sunnah, atau syariah atau bahasa arab amsa spm. sila rujuk jpn negeri anda untiuk maklumat lanjut

Anonymous said...

Terima kasih kerana memberi panduan ....

Anonymous said...

Adakh surat tawaran kita hanya boleh dpt kn dr intrnet @ nanti surat tu akn dihantar dekat kitaa sendiri??tlg sy

Anonymous said...

Adakh surat twrn akn dihantr dkt kta or kta msti cetak surat bru dpt mohon tngktn 6?

Anonymous said...

bolehkah daftar f6 selepas tarikh ditetapkan?

Anonymous said...

bolehkah daftar f6 selepas tarikh ditetapkan?

Cikgu Ma said...

Anonymous said...

bolehkah daftar f6 selepas tarikh ditetapkan?

May 8, 2013 at 8:50 PM
Delete

sila rujuk sekolah yg anda dapat. saya tak tahu akan ha;l ni

Cikgu Ma said...

Anonymous Anonymous said...

Terima kasih kerana memberi panduan ....

April 29, 2013 at 1:36 AM
Delete

terima kasih kembali sudi membaca dan meninggalkan komen di sini

Anonymous said...

Bolehkah pelajar Lepasan SPM Tahun 2009 mendaftar masuk ke tingkatan 6 Rendah 2014 walaupun saya tak buat permohonan selepas tamat peperiksaan SPM pada 2009 serta tidak mengulang peperiksaan SPM pada 2012? saya dah mohon ipta tp tak dapat..

Puan Ummi said...

anon, anda boleh ambil STPM Tapi secara persendirian dan bukan di sekolah kerajaan. Contohnya anda boleh belajar tingkatan 6 di maktab adabi dan beebrapa sekolah swasta yg lain yg sediakan form 6.
untuk maklumat pendaftaran stpm sila hubungi majlis peperiksaan malaysia, atau pergi ke Jabatan pelajaran negeri anda

Puan Ummi said...

skrg permohonan ke uitm ambilan sesi ekdua sdg dibuka, jika anda memenuhi syarat bolehlah anda mohon tapi beli dulu no pin di BSN. Sila baca berkaitan permohonan ek uitm di blog ini cari di butang search di sidebar kanan blog ini

Vanessa said...

Selamat pagi cikgu.
Sy calon persendirian stpm. Semasa mengisi UPU, bahagian markah kokurikulum bagaimana? kerana sebagai calon persendirian sy tidak terlibat dgn kokurikulum sekolah.
Terima kasih atas perhatian cikgu.

Vanessa said...

Cikgu, juga berkenaan kertas 5 biology(utk calon persendirin), saya tidak menjumpai walau satu buku rujukan di kedai buku. Mohon petunjuk cikgu?

Unknown said...

saya dapat 3b + 1c + 1c 2d 1e sy dapat bahasa melayu gred d boleh sy masuk tingakatan 6

Ana Hakimah said...

salam, sy still x fhm... sy student aliran sains agama n sy bminat juge nak sambung stpm aliran sains... n yg mjadi persoalan sy, syarat nak ambik aliran 2 skurang2nye x lebih dri 12 unit... n alhamdulillah, sy x lebih dri 2 kalo kire gune sub sains... xpi 3 sub terbaik 2, kire mcm mane??

Annisa. said...

saya dah dapat surat tawaran ke ting 6 tapi belum mendaftar ke sekolah yang ditawarkan. Saya nak tukar ke sekolah macam mana ye? saya dapat tawaran ke bidang kemanusiaan.

Unknown said...

Salam kaunselor sy nk jd engineer tp kalau saya ambik jurusan kemanusiaan bleh ke sebab ada saudara saya yg x ambik jurusan sains bleh jd pegawai engineer .....mohon pencerahan....?

Nivitra said...

selamat sejahtera, saya telah menerima tawaran dalam jurusan sains, bolehkah saya masih menukar ke jurusan kemanusian kerana penolong kanan beritahu tarikh pertukaran jrusan telah tamat.. TOLONG2222

Nivitra said...

salam sejahtera, saya menerima tawaran dalam jurusan sains. bolehkah saya masih boleh menukar ke jurusan kemanusian kerana penolong kanan beritahu tarikh pertukaran telah tamat Adakah masih terdapat cara lain? TOLONG!!

Anonymous said...

Salam sejahtera,cikgu saya nak tanya bagaimana nak buat pertukaran dari pra U MSN ke tingkatan 6 di sekolah harian??

Anonymous said...

Salam.. cik ma maaflah ye menganggu..sya dah betul2 buntu sya nak minta pertolongan dari cik ma berkenaan dgn stpm lama dan baharu. Sya ambil stpm 2011 tapi keputusan x baik, selama ni sya memang dah putus asa dah tapi sekarang terfikir betul2 menyesal kalau sya x m'gambil peluang utk m'perbaiki result stpm 2011 sya tu..adakah mungkin dah t'lambat utk sya mengambil stpm jika dah berumur 24 thn. Lagi masalahnya stpm 2011 bukannya seperti stpm baharu seperti sekarang. Adakah sya x m'punyai peluang utk m'gulanh kembali stpm pada thn 2015 atau 2016..cik ma sya minta tolong sangat2..sya nak tau pendapat dari cik ma.

Puan Ummi said...

anon
cdgn saya; saya tak pasti adakah anda sdh brkerja atau tdak?

utk daftar STPM tahun ni dah ditutup. kena daftar tahun depan.
utk belajar tiada soal terlambat.

1 lagi. mohonlah sambung belajar ke politeknik metro di tempat anda bidang yang menjurus kerjaya kemahiran.


mohonlah apa2 jua jawatan skrg ini dgn gunakan SPM @ STPM anda. kerja kerajaan persekutuan di spa.gov.my. yang lain2 anda bolehlah belek2 di internet dan akhbar utk pelbagai jenis kerjaya

Anonymous said...

Terima kasih byk cik ma..sya amat hargai cadangan cik ma ni..

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .