Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Peluang Jalani Latihan Industri di KPT

Peluang Latihan Industri di KPT

Iklan Latihan Industri di KPT


Latihan Industri
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Politeknik sama ada di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda adalah dipelawa untuk menjalani latihan industri di KPT. Penempatan pelajar latihan industri di Bahagian/Pejabat/Unit di bawah KPT adalah disesuaikan mengikut bidang pengajian yang dipelajari.

Syarat-Syarat Umum
  1. Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia;
  2. Pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian di IPT/Politeknik dalam dan luar negara;
  3. Latihan praktikal/industri merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
  4. Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.90 pada semester terkini;
  5. Tempoh minima latihan industri adalah dua (2) bulan; dan
  6. Mempunyai tahap kesihatan yang baik;

Bidang Pengajian


  1. Bahasa Inggeris
  2. Kewangan
  3. Perakaunan
  4. Pengurusan
  5. Sumber Manusia
  6. Pentadbiran Perniagaan
  7. Pentadbiran Awam
  8. Psikologi/Kaunseling
  9. Komunikasi
  10. Pengajian Media
  11. Sains Komputer
  12. Teknologi Maklumat
  13. Sains Maklumat
  14. Statistik
  15. Teknologi Pejabat
  16. Kesetiausahaan

Urusan Kebajikan Pelajar Dalam Tempoh Latihan

Elaun dan kemudahan yang dinikmati oleh pelajar latihan industri di KPT pula adalah seperti mana yang dinyatakan pada Surat Edaran JPA rujukan JPA(L)S.175/4/4-2 bertarikh 24 Ogos 2011dan FAQ.:
  1. Kadar pembayaran elaun adalah sebanyak RM15.00 sehari terhad kepada maksimum tiga (3) bulan sahaja bagi sepanjang tempoh pengajian;
  2. Tempoh latihan amali adalah mengikut tempoh yang ditetapkan oleh IPT/Politeknik. Walau bagaimanapun, pembayaran elaun adalah dihadkan kepada maksimum tiga (3) bulan sahaja.
  3. Pelajar akan menerima bayaran elaun mengikut hari bekerja sahaja tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu;
  4. Kemudahan pengangkutan dan kediaman tidak disediakan.
  5. Pelajar tidak layak dibayar bayaran lebih masa;
  6. Pelajar tidak layak mendapat apa-apa elaun, kemudahan cuti, rawatan perubatan dan kemudahan lain yang layak diterima oleh pegawai awam.

Dokumen Permohonan
Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan menjalani latihan industri di KPT adalah:
  1. Surat Permohonan Pelajar;
  2. Surat Pengesahan Menjalani Latihan Industri daripada IPT/Politeknik;
  3. Resume; dan
  4. Mini Transkrip
Permohonan boleh dihantar melalui pos/emel kepada alamat seperti berikut:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 15, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p. Unit Perkhidmatan)

Pegawai Untuk Dihubungi
Sebarang permasalahan atau persoalan berhubung tawaran ini boleh merujuk kepada pegawai-pegawai seperti berikut:

Pn. Sham Azura binti Ahmad
(Emel) shamazura@mohe.gov.my
(Tel) 03 – 8870 5213 (Faks) 03 – 8870 6814; atau

Pn. Shuhada binti Mohd Kasim
(Emel) shuhada@mohe.gov.my
(Tel) 03 – 8870 5226 (Faks) 03 -8870 6814



2 Comments:

AnAz ZaNa said...

STUDENT DARI KOLEJ POLYTECH MARA BOLEH X LI DEKAT SINI

AnAz ZaNa said...

student kolej polytech mara boleh x LI kat sini?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .