Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Bayi dijangkiti HIV pulih selepas rawatan

 Bayi dijangkiti HIV pulih selepas rawatan
 
 
 

Bayi dijangkiti HIV pulih selepas rawatan

 
Chicago: Seorang bayi perempuan di Mississippi yang dilahirkan dengan jangkitan HIV didapati pulih selepas rawatan awal dengan ubat biasa HIV, kata sekumpulan penyelidik semalam.
Jarang berlaku
 
 
Kisah kanak-kanak itu adalah yang pertama membabitkan bayi menerima penawar yang berfungsi, peristiwa yang jarang berlaku terhadap seseorang mencapai pemulihan tanpa keperluan ubat-ubatan dan ujian darah standard menunjukkan tiada tanda bahawa virus itu muncul. 
 


Lebih banyak ujian diperlukan untuk melihat sekiranya rawatan terbabit boleh memberi kesan yang sama terhadap kanak-kanak lain tetapi keputusan boleh mengubah cara bayi berisiko tinggi itu dirawat dan kemungkinan membawa kepada pemulihan bagi kanak-kanak yang dijangkiti HIV, kata virologis di Hospital Universiti John Hopkins di Baltimore, yang membentangkan penemuan itu pada Persidangan Retrovirus dan Kemungkinan Jangkitan di Atlanta. 


Kisah kanak-kanak terbabit berbeza daripada kes yang terkenal kini membabitkan Timothy Ray Brown yang juga digelar sebagai ‘pesakit Berlin’ di mana jangkitan HIV beliau terhapus sama sekali melalui satu rawatan untuk leukemia pada 2007.

Rawatan itu membabitkan pemusnahan sistem imun dan pemindahan sel saraf tunjang dari seorang penderma dengan mutasi genetik yang amat jarang dan tahan terhadap jangkitan HIV.
Reuters

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .