Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

KARNIVAL JOM MASUK U 2013 KUANTAN SABTU INI

KARNIVAL JOM MASUK U  2013 KUANTAN SABTU INI







Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel sebelum ini Jom Ke Karnival jom Masuk U, Klik di sini

Sebelum ini ada beberapa orang pelajar Tingkatan 5 SMK Lepar Hilir dan juga bekas pelajar yang bertanya kepada saya bilakah Jom MAsuk U 2013 akan diadakan di Kuantan.

Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U mengumpulkan lebih 20 IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) dan 100 IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta). Karnival Jom Masuk U ini  menjadi Pusat Sehenti bagi komuniti mendapatkan maklumat mengenai pendidikan tinggi bagi lepasan SPM / STPM / Akreditasi dan lain-lain. 

Semua dijemput hadir.

Tarikh: 16 - 17 Mac 2013
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang
Website: http://www.mohe.gov.my/portal/
Kemasukan: Percuma


Seminar Sehari Peluang Pengajian Tinggi Negara 

1Dream2U Peringkat Kebangsaan bagi Zon Pahang sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara Kali Ke-9 - "Jom Masuk U" Tahun 2013 yang akan diadakan mengikut ketetapan
berikut:

Tarikh : 17 Mac 2013 ( Ahad )
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Pendaftaran jam 7.30 pagi)
Tempat : Ballroom, Aras Tanah, Hotel Vistana Kuantan, Jalan Telok Sisek,25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Semua dijemput hadir ke seminar tersebut bagi menambahkan pengetahuan mengenai peluang-peluang pengajian di peringkat yang lebih tinggi.


KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2010

Artikel di bawah dipetik daripada web MOHE pada tahun 2009 lalu sebagai kemudahan pemilik blog membuat rujukan.

JOM MASUK U

TUJUAN

Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2009 adalah Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran MALAYSIA. "JOM MASUK U" merupakan program tahunan KPT dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2005. 

Program ini diteruskan pada tahun 2009 untuk tahun ke 5 pelaksanaan berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 




KPT telah menggunakan tagline ‘’JOM MASUK U’’ bagi memotivasikan para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.
  • Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.
  • Program ini juga ingin mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian (Online) .
  • Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum
  • Menerangkan kaedah pemarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA.
  • Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2009/2010.

Sasaran kehadiran pengunjung ke pameran pendidikan ialah 100,000 yang terdiri daripada :
  1. Pelajar SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/STAM sedang belajar
  2. Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain
  3. Guru,kaunselor, ibu bapa, masyarakat setempat.
  • Forum Hala Tuju Lepasan SPM/STPM ke IPTA (Kaunselor terpilih).
  • Ceramah dan forum yang interaktif dan berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian /Agensi KPT/KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi.
  • Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN), “JOM MASUK U’’ oleh IPTA, Agensi/Institusi, Bahagian di bawah Kementerian Pengajian Tinggi / Kementerian Pelajaran Malaysia / Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan IPTS serta lain – lain institusi yang menawarkan peluang Pendidikan Tinggi.
  • Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung.
  • Penyediaan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain; dan Khidmat Kaunseling.


Program ini akan disertai bersama oleh 20 IPTA, Bahagian/Agensi di KPT seperti BPKP JPT, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), PTPTN, MQA, IPTS serta Agensi/Bahagian di KPM seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Kaunselor Negeri, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta lain-lain agensi yang terlibat dengan pendidikan tinggi.




  • Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah dalam forum.
  • Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Matrikulasi KPM/Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Asasi UiTM dan Politeknik akan menentukan senarai kaunselor terpilih termasuk kaunselor dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah, Wakil Majlis Kaunseling Sekolah Rendah serta Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berdasarkan formula yang ditetapkan oleh BPKP Jabatan Pengajian Tinggi.
SUMBER: http://upu.mohe.gov.my/





0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .