Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

KERJAYA GURU ATAU TENAGA PENGAJAR BIDANG PENDIDIKAN VOKASIONAL

KERJAYA GURU ATAU TENAGA PENGAJAR BIDANG PENDIDIKAN VOKASIONAL Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (SMPV) dengan kepujian


Untuk makluman anak-anak SMKLH yang meminati bidang sebagai tenaga pendidik atau tenaga pengajar bidang vokasional. Di sini saya muat naik berita berkaitan kursus ini di UTHM.
 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) TELAH membuat pengambilan secara tertutup pelajar bagi kemasukan Februari 2014, Program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (SMPV) dengan kepujian. 
 
Program tersebut ialah:-
 
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan membuat pengambilan pelajar bagi kemasukan Februari 2014, Program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (SMPV) dengan kepujian. Sesiapa yang berminat dan memiliki Diploma Teknologi serta Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma Teknologi Politeknik, dalam bidang berkaitan adalah digalakkan untuk mengemukakan permohonan. 

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
 
      Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian
      Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) dengan Kepujian
      Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian
      Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) dengan Kepujian
      Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik & Elektronik) dengan Kepujian
      Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian/Bachelor of Vocational Education (Creative Multimedia) with Honours (BBF)
      Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) dengan Kepujian
      Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dengan Kepujian
      Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
      Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional



*Potensi kerjaya untuk lepasan Program ini ialah penyediaan sumber manusia untuk pasaran terbuka tenaga pengajar bidang TVET, personal Industri dan kemahiran keushawanan.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pegawai berikut: tel. pejabat am 07-4564114 / 07-456 4115 (Pn Zuraida)/ 07-4564010 (Dr Halizah). atau layari http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/966/313/lang,ms/.


atau terus ke;


http://fptv.uthm.edu.my/v4/index.php/en/faculty-programmes/undergraduate-programmes/syarat-syarat-program-sarjana-muda

0 Comentarios