Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Ke PraUniversiti KPM- Majlis Sukan Negara MSN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - MAJLIS SUKAN NEGARA (KPM - MSN) SESI AKADEMIK 2014/2015

Permohonan Ke PraUniversiti KPM- Majlis Sukan Negara MSN

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - MAJLIS SUKAN NEGARA (KPM - MSN)
SESI AKADEMIK 2014/2015


SELAMAT DATANG , Sabtu, 08 Februari 2014

 
SEMAKAN SECARA ON-LINE
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA , Kementerian Pendidikan Malaysia
BAGI SEMESTER 1 SESI 2014/2015

 

Dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan ke Program PraUniversiti KPM sesi Akademik 2014/2015 kini telah dibuka. Borang permohonan boleh didapati secara ‘on-line’ di web KPM iaitu: www.moe.gov.my



Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar ke Bahagian Sukan, KPM pada atau sebelum 09 April 2014 untuk tindakan selanjutnya.
 
SYARAT
 
SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia SESI 2014/2015
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan menawarkan kemasukan ke Program PraUniversiti Sekolah Sukan Malaysia sesi 2014/2015 bagi calon yang layak untuk mengikuti program berikut. Sehubungan dengan itu, semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi syarat-syarat/cara-cara/panduan permohonan yang telah ditetapkan
 
.0 SYARAT-SYARAT AM
1.1
Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
1.2
Telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
1.3
Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
1.4
Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
1.5
Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilih jika diperlukan.
2.0 PANDUAN PEMOHONAN
 
Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:
2.1
Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap. Kemudian, tekan butang SIMPAN
2.2
Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruang berikut dengan lengkap
 
a. Ruang E. Ulasan Jurulatih
 
b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
 
c. Ruang G. Perakauan
 
d. Ruang H. Pengesahan
2.3
Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada
 
PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN
 
sebelum tarikh tutup permohonan
 
Nota Penting :
 

  • Kegagalan pihak Jabatan menerima borang lengkap yang diposkan seperti perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal
     

  • Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri.
     

  • Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.
    3.0 SYARAT -SYARAT KHAS
    A. ALIRAN SAINS
    1.
    Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
    2.
    Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut :

  • Biologi

  • Fizik

  • Kimia

  • Matematik Tambahan

  • Teknologi Maklumat

  • Perdagangan

  • Ekonomi Asas

  • Prinsip Akaun

  • Bahasa Inggeris

  • Lukisan Kejuruteraan

  • Rekacipta

  • Teknologi Kejuruteraan
  • B.
    ALIRAN SASTERA IKHTISAS
    1.
    Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan
    2.
      
    Lulus 2 mata pelajaran berikut :

  • Perdagangan

  • Ekonomi Asas

  • Prinsip Akaun

  • Bahasa Inggeris

  • Lukisan Kejuruteraan

  • Rekacipta

  • Teknologi Kejuruteraan

  • Sains Tambahan

  • Teknologi Maklumat

  • Biologi

  • Fizik

  • Kimia
  • Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:
     
    Pengarah
    Bahagian Sukan
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 1 & 7, Blok E13, Parcel E
    Kompleks Kerajaan Parcel E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 W.P Putrajaya
     

    Puan Norhamimi bt. Othman - 8884 1035
    ( emel : norhamimi@moe.gov.my )

    Puan Noor Hamizha Abd Hamid - 8884 1006
    ( emel : hamizha@moe.gov.my )

    1 Comentarios