Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

GEG MeetUp 25 April 2015

GEG MeetUp 25 April 2015








Ada 3 GEG MeetUp yg anda boleh pilih.

GEG Ipoh
GEG Subang
GEG Kota Tinggi


APA ITU GEG

Masih ramai yang tertanya-tanya apa itu GEG? Anda boleh baca sebenarnya di sini.

Google mempercayai bahawa inspirasi terbaik untuk pendidik adalah pendidik lain. Atas sebab inilah Google membantu memulakan satu komuniti pendidik bersemangat tinggi yang membawakan manfaat teknologi ke sekolah, bilik darjah dan komuniti di seluruh dunia.

GEG menyediakan satu platform untuk pendidik bekerjasama antara satu sama lain, yang membolehkan mereka mendapatkan idea baru daripada pendidik lain dan membantu sesama sendiri untuk memenuhi keperluan para pelajar mereka dengan menggunakan penyelesaian Google.

Aktiviti-aktiviti GEG berlangsung di dalam talian dan di luar talian. GEG dalam talian menyediakan ruang bagi pendidik untuk berbincang bersama-sama dan berkenalan antara satu sama lain menerusi Google+, dan apabila di luar talian, acara dan bengkel yang diadakan di lokasi masing-masing merupakan satu cara untuk belajar dan berkongsi secara bersemuka.

Sesiapa sahaja dialu-alukan untuk menyertai GEG. Anda mungkin seorang pengetua, pentadbir sekolah, profesor, pelajar atau hanya seseorang yang berminat untuk menggunakan produk Google untuk membantu pembelajaran orang lain. Setiap kumpulan dianjurkan oleh sukarelawan tempatan (ketua GEG) dan bebas daripada perbadanan Google.

http://www.google.com/intl/ms/landing/geg/

Senang kata, ianya percuma. Siapa yang berminat  bolehlah hubungi geggombak@gmail.com

Sumber: http://normsuperb.com




0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .