Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

ART THERAPY SUATU PENGENALAN

ART THERAPY SUATU  PENGENALAN







Art Therapy (AT) 
merupakan satu seni persembahan untuk 
meluahkan perasaan dan jiwa untuk tujuan tertentu. 
Kadang-kadang verbal dan non verbal berbeza 
dengan apa yang diluahkan dalam diri.
 Contoh pertanyaan “apa kabar” dan client menjawab 
“khabar baik” tetapi terdapat perbezaan 
jawapan mulut dan pergerakan badan . 



Pengenalan:
Art therapy pada asasnya adalah kacukan daripada dua disiplin  - art dan psikologi. Gabungan kedua-dua bidang ini mengenengahkan ciri-ciri utama setiap satu bidang ini hingga membentuk entiti tersendiri (Vicks, 2003).

Gabungan mantap kedua-dua bidang ini membentuk pendekatan art therapy yang begitu luas ruang lingkupnya dengan fungsi teraputik dalam proses rawatan dan pemulihan psikososial. Sebagai satu disiplin unik, tersendiri dengan kelebihan aspek-aspek psikologikalnya, pendekatanart therapy dipraktikkan dengan meluas di Eropah, Amerika Syarikay, Kanada dan Australia untuk merawat dan memulihkan permasalah-permasalahn psikososial klien (Edwards, 2004). 

Aspek praktikal bidang art therapy ke arah kesejahteraan psikologikal individu menjadikan bidang ini sebagai kaedah bantuan menolong yang popular di barat sejak lebih dari empat puluh tahun lalu. (Sheerwood, 2003)

Bidang art melibatkan aspek visual yang menggunakan bahantara dengan mencipta imej (Gilroy,2006)

Dan terapi melibatkan aspek terapan disiplin psikologi dalam proses rawatan dan pemulihan psikologikal (Karkau & Sanderson, 2005).

Proses rawatan dan pemulihan berlaku semasa mencipta art. Dalam perkara ini luahan visual dalam bentuk art menzahirkan pengalaman-pengalaman psikologikal yang menyakitkan dan konflik daam diri. Tumpuan pada pembentukan imej art dengan pelbagai cara dan gaya adalah antara proses-proses kreati yang berlaku sewaktu klien melukis. Aspek psikologikal pendekatanart therapy telah dikenalpasti dapat menggalakkan ke arah pertumbuhan dan perkembangan personal,kesejahteraan diri dan kesihatan mental. (Malchiodi, 2007).

Mencipta art sebagai suatu bentuk terapi diiktiraf dalam bidang psikologi, kaunseling dan perubatan (McNiff, 2003).


Pengiktirafan dari tiga bidang dari disiplin tingkah laku ini menyemarakkan kajian dan penerapan art therapy dalampelbagai kaedah bagi membantu klien mengendalikan pelbagai isu psikososial termasuk trauma. 

Menurut Malchiodi (2007) penggunaan art di hospital yang telah lama diamalkan memupuk kepada perkembangan bidang art therapy. Konsep, model perubatan terutamanya dalam bidang psikiatri yang membabitkan aspek diagnosis, penyakit dan rawatan turut mempengaruhi school of thought bidang pskoterapi termasuk art therapy. Kefahaman ke atas gabungan antara bidang biokimia, kesihatan mental, kreativiti terus berkembang membawa kepada pengkhususan khas dalam bidang perubatan dan perubatan arts (Malchiodi, 1998).

Apa itu Art Therapy (AT) dalam kaedah kaunseling?


AT merupakan salah satu kaedah kaunseling pada masa kini. Walaubagaimana pun, pengetahuan yang luas sangat diperlukan untuk membantu client mengenali dan menyelesaikan masalah. Ada beberapa jenis AT iaitu: 

a)Lukisan (Drawing) 
b)Permainan (Play Therapy) 
c)Music Therapy 
d)Pshchodrama 
e)Photo Therapy 
f)Dance/Movement Therapy 
g)Bibliotherapy 
h)Expresive Art Therapy 

Penggunaan AT 
a)Lukisan sebagai salah satu modality dalam treatmen (rawatan emosi) kepada klien 
b)Natural Healing 
c)AT sebagai satu permainan yang digunakan oleh terapis dan kaunselor secara professional 
d)Satu perkhidmatan kesihatan 
e)Kreativiti dalam lukisan sebagai satu modality menyokong matlamat klien 
f)Sebagai pengesahan idea-idea dalam proses penyembuhan secara teraputik 
g)Memahami pemikiran, perasaan, tingkahlaku, spiritual yang terdapat dalam proses kaunseling 
AT mengandungi 
a)Menyelesaikan konflik emosi 
b)Meningkatkan kesedaran kendiri dan self esteem 
c)Membina kemahiran sosial 
d)Perubahan tingkah laku 
e)Meningkatkan daya tindak 
f)Membangun strategi untuk menyelesaikan masalah 
g)Berkongsi pengalaman masalah dan daya tindak 

Terdapat dua jenis kaunseling 
a)Kaunseling Kelompok 
Trauma akibat mass traumatic yang besar seperti bencanan alam [tsunami, gempa bumi, banjir, tragedy 11 september, kemalnagan bas, kapal terbang], dimana ramai orang ramai terlibat 

b)Kaunseling Individu 
Trauma secara individu seperti kemalangan jalan raya, kebakaran, kehilangan anggota badan, penyakit serius, kehilangan pasangan/anggota keluarga atau orang tersayang, rogol, sumbang mahram dan sebagainya 

Oleh itu, pelbagai teknik kaunseling digunakan untuk meneroka perasaan, pemikiran dan tingkahlaku klien yang mengalami trauma. Sama ada trauma semasa atau trauma beban atau post taumatic stress disorder. Rawatan perlu dilakukan satu persatu demensi trauma yang dialami. Setiap demensi akan saling berkait (melalui alat ujian) 

Justeru itu, kaunselor harus mengetahui jenis-jenis lakaran (garis halus, tebal lorekan kasar, tidak sekata/sekata, zig zag, lurus, putus-putus, dot-dot dan sebagainya), binatang (binatang belaan, binatang ganas), pokok (pokok bunga, pokok menjalar, pokok liar/hutan, rumput), rumah, kenderaan, senjata, peralatan bertukang, barang-barang mainan dan objek persekitaran hidup signifikan dalam hidup client.



AT Malaysia masih lagi menggunakan perkataan dan tidak boleh masuk/menusuk ke dalam hati client. Apa-apa perkataan yang dikeluarkan menunjukkan tindakan yang berbeza. Tujuan terapi ini adalah baik untuk mengenali diri sndiri dengan lebih mendalam.


Berdasarkan seminar yang saya hadiri, speaker mendapati orang Asia masih lagi sukar meluahkan perasaan untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, AT lebih berkesan kerana dapat mengeluarkan perasaan/emosi melalui lukisan atau jelaskan kenapa kerana ianya mempunyai elemen-elemen perasaan. Pandai atau tidak melukis itu bukan pokok tetapi adalah untuk mengenali dan menilai emosi client.

Pengamal AT yang baru perlukan latihan, pengalaman, pendidikan AT, sukarelawan dan mempunyi penyelia untuk memantau agar AT berkesan dengan menggunakan teori dan teknikyang sesuai.


Trauma yang dialami yang tidak selesai sentiasa dikaitkan sekiranya berlaku kepada orang lain atau masyarakat.


Sebelum berakhir, penceramah telah memberi nasihat kepada ibubapa yang sebok bekerja, walaupun penat kita perlu berkomunikasi, mendampingi dan mengambil tahu tentang anak-anak agar mereka cukup kasih sayang. Rumah pengasih bagi penghuni penagih dadah telah diberi peluang untuk melukis apa-apa sahaja. Berdasarkan lukisan itu, penghuni Rumah Pengasih banyak meluahkan emosi dimana meraka sangat jauh dengan ibubapa dan keluarga.


Sebuah lukisan bukan untuk dihakimi sebaliknya memahami luahan emosi client. Jika kawan meluahkan perasaan jangan menganggap remeh tetapi kita perlu exlpore.







Sumber artikel klik di link ini.
Sumber gambar: Google, klik di sini.

0 Comentarios