Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016



PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016



Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka mulai 15 Oktober 2015 hingga 4 Disember 2015.
Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid  Tingkatan 1 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan di seluruh negara. Murid-murid calon UPSR Tahun 2015 boleh memohon Program Asrama 1 Malaysia ini.








Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:


BIL
ASRAMA 1MALAYSIA
NAMA SEKOLAH
1

A1M KUALA LUMPUR
SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
LELAKI SAHAJA
SMK (L) METHODIST KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
LELAKI SAHAJA
SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
LELAKI SAHAJA
SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR
LELAKI SAHAJA
2
A1M JOHOR
SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR
PEREMPUAN SAHAJA
3
A1M SABAH
SMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH
LELAKI & PEREMPUAN
4
A1M SARAWAK
KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK
LELAKI & PEREMPUAN

Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

 I. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang akan ke tingkatan 1 pada 2016 sahaja.
 II. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana. 
III. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
 IV. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah rendah/semasa di mana pemohon belajar.
 V. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak KPM/ sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah penempatan ke Tingkatan 1 semasa murid memohon.
 VI. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
 a Sijil lahir / kad pengenalan pemohon 
b. Sijil Berhenti Sekolah
c. Slip gaji/ Penyata pendapatan ibu dan bapa
d. Borang Pengesahan Pendapatan (jika tiada slip gaji atau tiada pendapatan)
e. Salinan Keputusan UPSR 2015 
 f. Salinan Keputusan Ujian Aptitude 2015 
g. Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum 

VII. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD


Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada 3 Januari 2016.
Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM selewat-lewatnya pada atau sebelum 4 Disember 2015.

Sila muat turun borang dan brosur seperti lampiran di bawah :-

1) Borang Permohonan, sila muat turun dengan klik di link ini.
2)  Brosur Asrama 1 Malaysia, sila klik link di sini.




HUBUNGI:
Tuan Haji Bahrin Bin Haji Masduki
Ketua Unit Asrama
 


Alamat:
Sektor Kesihatan, Intervensi dan Asrama
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Pesekutuan
62604 Putrajaya

E-mail: bahrin@moe.gov.my
Telefon: 03-88849390
Faks: 03-88849342
 http://www.moe.gov.my/v/asrama-harian





0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .