Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

BIASISWA SUKAN IPT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

BIASISWA SUKAN IPT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI




BIASISWA SUKAN IPT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Biasiswa Sukan ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.

Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Biasiswa Sukan ditawarkan kepada atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta dan Politeknik. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja.

Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.

OBJEKTIF

Program ini mempunyai objektif seperti berikut:
i.
  • Menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT.
ii.
  • Untuk memastikan atlet pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.
iii.
  • Menyediakan galakan dalam bentuk pemberian insentif pencapaian sukan.





SYARAT-SYARAT PERMOHONAN




1.Warganegara Malaysia;
2.Berumur tidak melebihi 45 tahun;
3.Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi/berpendapatan tetap.;


4.Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Lanjutan / Ijazah Lanjutan / Sarjana / Dr.Falsafah dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;
5.Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :
   
5.1
  • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT.


5.2
  • Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.

6.Layak memohon sekiranya pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA) / Sukan Universiti ASEAN (SUA) / Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau PINGAT EMAS di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan.

ELAUN DAN KEMUDAHAN


i.
  • Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.

ii.
  • Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.


iii.
  • Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan.


Kategori 1 (Atlet Elit Antarabangsa)
RM 1000 sebulan
Kategori 2 (Atlet Senior/Junior Antarabangsa)
RM 500 sebulan
Kategori 3 (Atlet Kebangsaan)
RM 250 sebulan


iv.
  • Perlindungan Insurans dan Kad Perubatan.

KAEDAH PERMOHONAN


a.
Permohonan dibuka secara atas talian seperti berikut:


Tarikh Mohon1 Jun 2015 - 15 Jun 2015
PemohonAtlet Pelajar sedia ada yang sedang mengikuti pengajian di IPT



b.
Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman web rasmi Kementerian dan setiap pemohon hanya layak membuatsatu (1) permohonan SAHAJA.



  1.           Link untuk permohonan https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/


c.
Semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai;

Tarikh Semakan22 Jun 2015 - 30 Jun 2015
(tertakluk kepada pindaan)


d.
Permohonan yang layak ke panggilan temuduga sahaja perlu membawa bersama SATU (1) salinan cetakan permohonan danSurat Tawaran Pengajian yang telah disahkan oleh PEGAWAI SUKAN DARI PUSAT SUKAN IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.



e.Permohonan yang tidak lengkap atau lewat secara automatik tidak akan dipertimbangkan permohonannya.

PERTANYAAN


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 2, NO 2, JALAN P5/6,
PRESINT 5,
62200 W. P. PUTRAJAYA

(u.p. : Encik Abu Kasim Bin Hassan / Cik Nurulhuda Binti Mohd Akhir)
Tel : 
03-8870 6143 / 6581
Faks : 03-8870 6824
Emel : abu.hasan@moe.gov.my / huda.akhir@moe.gov.my 

*Waktu pejabat SAHAJA [8.:30 pagi hingga 4:30 petang]


0 Comentarios