PROGRAM SARJANA MUDA PENERBANGAN UPNM
PROGRAM SARJANA MUDA PENERBANGAN UPNM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bagi anak-anak yang minat jadi tentera,betterlah mohon program UPNM ye.
Untuk lepasan SPM yang cemerlang, berhasrat untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara, memenuhi syarat-syarat, dan tidak mahu pinjam PTPTN malah mendapat elaun dan lain-lain tanpa menyusahkan ibu bapa.
ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia.
Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian.
🎯 Untuk program di atas, jika anda berminat, sila pilih asasi kejuruteraan di UPNM. Selepas asasi baru buleh sambung sarjana penerbangan di TUDM Kepala Batas, Kedah.
🎓KAlau pelajar masuk UPNM,PASTIKAN program yg dipilih adalah PILIHAN PERTAMA maasa isi UPU.
🎓Dalam paper pon biasanya kalau iklan UPNM suruh letk pilihn pertama.
👨🎓Pelajar kita bacth SPM 2017,ambilan UPU tahun lepas Alhamdulillah ada juga wakil dari pelajar sekolah kita yang berjaya menempatkn diri di UPNM. Arau boleh.
🎓Sekarang dah sem 2....Dibayar gaji tau,pakaian uniform free belaka..
☺Gembira cikgu rasa😊walau melihat dari kejauhan. InshaAllah Alumni kita ni kata kalau dia cuti sem kena masanya,dia nak share pengalaman dia kat UPNM tu.
3 Program Asasi ditawarkan iaitu
1 - Asasi Perubatan
2 - Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi
3 - Asasi Pengurusan dan Strategi
Cara Memohon. Calon- calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui http://upu.moe.gov.my/web/ dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama.
Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.
GAJI Pokok Pelajar Tajaan Kementerian Pertahanan:
Tahun Asas - RM1,103.96
Tahun 1 - RM1,228.96
Tahun 2 - RM1,353.96
Tahun 3 - RM1,478.96
Tahun 4 - RM1,603.96
Tahun 5 - RM1,620.00
Elaun Bulanan:
Elaun Khidmat Bulanan - RM115.00
Sara Hidup - RM150.00
Insentif Khas - RM200.00
Bonus Tahunan tertakluk kepada sokongan.
Kos Pengajian, Makan Minum, Penginapan, Buku, Pakaian, Latihan Ketenteraan adalah DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN.
Kongsi kan kepada rakan2 serta saudara mara lepasan SPM.
📢📢📢PERHATIAN kepada semua lepasan SPM 2018!! Selamat datang ke program ASASI UPNM. DESTINASI SETERUSNYA untuk menjadi PEMIMPIN MASA DEPAN!!! 👔
Realisasikan impian anda untuk menjadi peneraju industri atau agensi pertahanan dan keselamatan!!!!
Anda boleh memilih untuk menjadi PELAJAR AWAM atau Bakal Pegawai Kadet UPNM....
mengapa anda PERLU menjadi PEGAWAI KADET UPNM?
👌tajaan sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan Malaysia
👍elaun bulanan (tahun asasi)
👍gaji bulanan (tahun ijazah sarjana muda)
💪kehidupan ketenteraan yang menarik
👔uniform lengkap disediakan
🍞makanan percuma
👤berkhidmat sebagai Leftenan Muda dalam Angkatan Tentera Malaysia setelah bergraduat
🏢 Syarat Universiti:
- Warganegara Malaysia
- minima 5 KEPUJIAN termasuk subjek Bahasa Malaysia & LULUS subjek sejarah.
🆕 untuk makluman kemasukan pelajar bagi program Asasi adalah terdiri dari :
a) Bakal Pegawai Kadet (BPK)
b) Pelajar Awam
🆕 bagi kemasukan pelajar lepasan spm untuk program Diploma ialah Pelajar Awam ....
Program Asasi :
a) Asasi Perubatan
b) Asasi Kejuteraan dan. Teknologi
c) Asasi Pengurusan dan Strategi
Diploma :
a) Diploma Pengurusan Logistik
b) Diploma Pengurusan Perniagaan
c) Diploma Ketangkasan Pertahanan
Bagaimana MEMOHON?⁉️
👉 Melalui 🌐 http://upu.moe.gov.my/web/
Maklumat lanjut 👇
🌐 http://upnm.edu.my
http://bpa. upnm. edu. my
📞0390513400 sambungan 4602
💌upnm.edu.my *******************************
"Saya amat selesa mempelajari ilmu akademik dan ilmu ketenteraan di universiti yang mempunyai fasiliti terbaik serta budaya sukan yang hebat, saya juga berminat untuk melanjutkan pelajaran di sini sehingga bergelar Profesor" - Mohd Faizal bin Hashim (Pelajar awam tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam)
*******************************
👍ingin menjadi seperti FAIZAL??! 🙌
anda pelajar lepasan STPM dan Diploma?!
⚓UPNM menawarkan kursus bagi lepasan STPM/SETARAF:
(ZM00) Sarjana Muda Doktor Perubatan
(ZK01) Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
(ZK08) Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
(ZK25) Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi)
(ZK50) Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa)
(ZC20) Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas)
(ZC27) Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer)
(ZG37) Sarjana Muda Teknologi Maritim
(ZG57) Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim
(ZP44) Sarjana Muda Pengajian Strategi
(ZP45) Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan
(ZP58) Sarjana Muda Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan
(ZB03) Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya)
✅PENTING: Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian di UPNM, jadikan program di UPNM sebagai pilihan no 1 dalam UPU yang diisi.
👏Mohon sekarang:http://upu.moe.gov.my/web/
👂Pertanyaan:
📞Bahagian Pengurusan Akademik UPNM
0390513400 samb. 3407/4602
💻www.upnm.edu.my
http://www.upnm.edu.my/upfiles/mm27_25_februari_2019_buku_syarat_2019_compressed.pdf
Ok anak-anak boleh baca entry saya sebelum ni tentang keistimewaan UPNM.
🎓http://cgkaunseling.blogspot.com/2017/03/lepasan-spm-jom-mohon-pegawai-kadet.html?m=0
🎓http://cgkaunseling.blogspot.com/2017/02/halatuju-selepas-spm-jom-ke-upnm.html?m=0
🎓Info Kerjaya Unit Bimbingan Kaunseling SMK Arau🎓
Lepasan SPM 2018 Permohonan Matrikulasi KPM dilanjutkan sehingga 2 April 2019
Permohonan Matrikulasi dibuka mulai 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019
PUTRAJAYA: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang ingin ke Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh mula membuat permohonan mulai 25 Februari hingga 2 April ini.
KPM dalam kenyataan hari ini berkata, pemohon boleh membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM10 dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018.
Sila buat permohonan anda di link berikut:
Menurutnya, keputusan ke Program Matrikulasi KPM akan dikeluarkan melalui laman sesawang berkenaan.
“Pelajar atau pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrkulasi KPM kerana keputusan SPM calon yang berjaya akan diperoleh terus daripada Lembaga Peperiksaan sejurus selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi,” katanya.
Katanya, pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana tawaran akan dikeluarkan atas talian sepenuhnya.
INFO BERKAITAN KOLEJ MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, BOLEH KLIK DI PAUTAN BERIKUT:
PROGRAM STPM TAHFIZ (SIJIL TAHFIZ) 2020
Alhamduliah. Sebagai seorang lulusan sekolah agama,saya bersyukur ke hadrat Allah apabila mendapat berita berkaitan STPM Tahfiz (Sijil Tahfiz).Syukur kepada Allah, mereka yang belajar di bidang agama,sangat luas bidang kerjaya mereka. Alhamdulillah.
Kepada sedare mare, rakan-rakan dan lepasan SPM, khususnya yang telah menghafaz al-Quran secara rasmi atau tidak rasmi di madrasah, di maahad atau di pondok.
Kini mereka berpeluang untuk mendapatkan pengiktirafan hafazan al-Quran mereka dengam lebih tinggi iaitu di peringkat STPM (s29). Sijil baru yg diperkenalkan oleh kementerian iaitu STPM Tahfiz. (Sebelum ini STPM sahaja).
Sijil ini diiktiraf Cambridge dan boleh digunapakai untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah pertama di dalam dan luar negara dalam bidang tahfiz. Dari segi kerjaya pula, sijil ini melayakkan mereka utk bekerja dengan gred S29.
Pengambilan pertama pada bulan Mei ini.
Tempoh belajar setahun setengah sahaja. Subjeknya ada 4 iaitu Tahfiz, Pengajian Am, Bahasa Arab dan Syariah/ Usuluddin.
Boleh mohon melalui website MPM, KLIK DI SINI.
Syarat SPM, kena ada subjek Agama, Hafazan minima 7 juzuk dan lulus temuduga.
Tapi kalau khatam 30 juzuk satu kelebihan.
Sijil Tahfiz Malaysia untuk iktiraf hafazan semata-mata.
Manakala STPM Tahfiz untuk iktiraf Hafazan, laluan pengajian dan kerjaya (Gred S29)
Selepas STPM, boleh sambung degree dalam dan luar negara.
Di Kuantan tak buka lagi.
For the first batch hanya 2 buah sekolah jadi perintis:
1. SMK Putrajaya
2. SMKA Kedah
Doalah supaya MTNP jd sekolah pertama di Pahang yang menawarkan STPM Tahfiz.
Boleh bukak laman web MPM. Cari link permohonan. Lepas keluar SPM nanti boleh mohon.
Saya copy paste info ini daripada FB en Mohd Saleh, Ma'had Tahfiz Negeri Pahang, Kuantan, Pahang.
Sumber silibus, klik di sini.
#halatuju
#bidangagama
#tahfiz
PERMOHONAN GURU LEPASAN SPM AMBILAN 2019
🎓PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2019🎓
🎯Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2019 di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia.
🎯Syarat-syarat dan kelayakan asas adalah seperti berikut:
📌Warganegara Malaysia.
📌Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019.
📌Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
📌Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
📌Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
📌Lulus Bahasa Inggeris.
📌Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
PENGAMBILAN GURU DINI DAN GURU TAHFIZ SECARA INTERIM DI SEKOLAH-MENENGAH KPM AMBILAN TAHUN 2019
PENGAMBILAN GURU AGAMA DAN TAHFIZ DI SEKOLAH KPM 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Dini dan Guru Tahfiz secara interim di sekolah-sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2019 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).Calon-calon hendaklah:
Calon-calon hendaklah:
2.1. Warganegara Malaysia;
2.2. Sihat tubuh badan;
2.3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019;
2.4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
2.4.1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara dengan pencapaian minimum CGPA 2.50 atau yang setara dengannya;
2.4.2. Bagi Guru Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia;
2.4.3. Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat di para 2.4.2.;
2.4.4. Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda dari IPTS tempatan dan instituti luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
2.4.5. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
Permohonan dibuka mulai 11 Mac 2019 (jam 1.00 tengah hari) sehingga 17 Mac 2019.
Sumber:
🎓PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2019🎓
🎯Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2019 di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia.
🎯Syarat-syarat dan kelayakan asas adalah seperti berikut:
📌Warganegara Malaysia.
📌Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019.
📌Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
📌Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
📌Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
📌Lulus Bahasa Inggeris.
📌Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
🎯Tip temuduga:
WHI MENARA GADING: MEMILIH @ DIPILIH
Bagi sesiapa yang tidak berpeluang untuk menonton siaran langsung rancangan Wanita Hari Ini (WHI) pada tengah hari tadi iaitu bual bicara bersama panel mengenai Topik MENARA GADING: MEMILIH @ DIPILIH , anda boleh menonton siaran ulangan di laman Youtube. Link tertera di bawah. Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian daripada ahli panel.
Youtube TV3 MALAYSIA:
https://youtu.be/HB2RQocpEy4
Show slot “ Wanita Hari Ini TV3”.
Topik “ Menara Gading : Memilih @ dipilih”
Tarikh : 6 Mac 2019 (Rabu).
Live : 12tgh - 1pm
Lokasi : Sri Pentas TV3
Panel 1. Prof Madya Dr Zuraidah bt Abd Manaf
Pengarah, Pusat Sitasi JPT KPM
Panel 2: Pn Norhisham bt Abdul Razak
Kaunselor, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang.
#halatuju
Gambar ketika Pn Norhisham bertugas di Kolej Matrikulasi Pahang Gambang,Kuantan sedang menyampaikan ceramah halatuju di SMK Lepar Hilir pada tahun 2013.
http://cgkaunseling.blogspot.com/2013/07/ceramah-kerjaya-taklimat-kemasukan-ke.html?m=0
Tahniah puan. Sekarang muncul di kaca TV pula.☺️
BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI UNIVERSITI AWAM 2019
BIASISWA PERGURUAN PERSEKTUAN 2019
BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKTUAN 2019
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa semua pelajar yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).
Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan. Biasiswa ini adalah khusus kepada pelajar universiti awam SAHAJA.
Objektif Program
- Melahirkan tenaga pengajar dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi memenuhi keperluan di sekolah menengah seluruh negara; dan
- Memberi motivasi kepada calon guru yang berprestasi tinggi untuk mengekalkan kecemerlangan ke arah menjadi tenaga pengajar yang inovatif dan berkepakaran.
Bidang Pengajian Tawaran Biasiswa Perguruan 2019
- Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris / TESL / TESOL
- Sejarah
- Geografi
- Sains Rumah Tangga / Ekonomi Rumah Tangga
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Seni Visual
- Pendidikan Khas
- Kimpalan & Fabrikasi Logam
Tempat Pengajian
Semua Universiti Awam di seluruh negara
Syarat Permohonan
Syarat Umum
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Umur calon tidak melebihi dua puluh lima (25) tahun pada 1 Januari 2019 (tahun permohonan);
- Calon adalah pelajar Fakulti Pendidikan di UA yang sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang ditetapkan oleh KPM;
- Calon belum menerima sebarang tawaran biasiswa/tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja;
- Calon bersedia melepaskan tajaan sedia ada sekiranya ditawarkan biasiswa ISMP oleh KPM;
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan
- Calon bukan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Syarat Asas Akademik
- Calon memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam;
- Calon mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (peperiksaan bertulis dan Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Calon LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Calon mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan semester terkini (semester 1 atau 2 sahaja) di peringkat Ijazah Sarjana Muda; dan
- Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan.
Catatan: Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan pertama perlu LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temu duga sebelum ditawarkan biasiswa ini.
KAEDAH PERMOHONAN:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di alamat https://epenawaran.moe.gov.my
Permohonan dibuka mulai 1 Mac 2019 dan ditutup pada 31 Mac 2019.
PANDUAN PERMOHONAN, Sila Klik di pautan ini.
Peringatan: Calon tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar seperti surat sokongan, panggilan telefon atau lain-lain medium perhubungan daripada pihak istana, ahli politik dan lain-lain pihak yang berpengaruh untuk memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap urusan permohonan biasiswa ISMP dan pegawai awam yang terlibat dalam urusan permohonan termasuk menguruskan, mempertimbangkan dan memperakukan permohonan, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pihak lain.
Kaedah Pemilihan
- Syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan oleh KPM;
- Ujian Kelayakan Calon Guru; dan
- Penilaian oleh panel temu duga.
Sumber;
BIASISWA PENUH KERAJAAN TURKI (DEGREE, MASTER,PHD)
Buat pemudi-pemudi.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Turki menawarkan biasiswa penuh untuk semua peringkat pengajian tinggi (Degree, Master, & PhD) di universiti-universiti terkemuka Turki bagi sesi kemasukan 2019/2020.
Rakyat Malaysia yang berminat diseru untuk memohon mulai 15 Januari hingga 20 Februari 2019. Permohonan adalah percuma dan biasiswa ini menampung sepenuhnya pengajian anda di Turki.
Sistem permohonan masih belum dibuka, dan anda yang berminat amatlah digalakkan supaya melakukan persiapan dari sekarang untuk melancarkan proses permohonan mulai 15 Januari 2019
Perhatian! permohonan HANYA boleh dihantar melalui sistem atas talian https://tbbs.turkiyeburslari.gov.tr/.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang rasmi (https://www.turkiyeburslari.gov.tr/en/english-home/) atau emelkan persoalan ke info@turkiyeburslari.gov.tr
Anda juga boleh berusaha menghubungi para pelajar Malaysia yang pernah dan sedang menuntut di Turki dengan biasiswa kerajaan Turki ini untuk mengukuhkan persediaan permohonan anda.
Antara inisiatif yang boleh diambil adalah seperti menghubungi Persatuan Pelajar Malaysia di Turki di mana laman FB rasmi mereka ialah Malaysian Student Association in Turkey (MASAT).
Ramai pelajar Malaysia yang berbakat besar bernaung di bawah persatuan MASAT ini, pastinya ada antara mereka yang bersedia untuk berkongsi pengalaman dan panduan dengan anda.
Saya doakan semoga tahun ini ramai pelajar Malaysia menerima biasiswa kerajaan Turki dan berpeluang untuk menimba ilmu di bumi pertengahan antara Kuasa Timur dan Kuasa Barat ini.
Semoga berjaya,
Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
🌹Info Kaunseling Kerjaya SMK Arau,Perlis🌹
Pertandingan Amalan Baik Unit HEM Kementerian Pendidikan Malaysia 2018: Mohon bantuan netizens likes Video Arau Buddyz Team
SIMPOSIUM HEM 2018 TERENGGANU
Assalamualaikum dan selamat malam. Saya dengan ini memohon bantuan rakan-rakan guru sekalian untuk meng klik likes kepada video kami yang tak seberapa ini, https://youtu.be/6SQCrJl4tI4 kerana kami menyertai Pertandingan Amalan Baik Unit HEM Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2018.
Segala bantuan pihak tuan puan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Sekian, wassalam.
https://youtu.be/6SQCrJl4tI4
Terima kasih, semua.
CSR KE LOMBOK OLEH PEKA KPM
TEAM CSR PEKA Pasca Trauma Gempa akan menggerakkan team bersama team sukarelawan Universitas Hamzanwadi untuk membantu mangsa gempa bumi Lombok
Sebarkan untuk bantuan sumbangan kepada seluruh rakan rakan kita di Malaysia buat saudara kita di Lombok
LAWATAN SAMBL BELAJAR RUMAH PUTRA KE MUZIUM LEMBAH BUJANG KEDAH
Alhamdulillah
😊saya menyaksikan terbit mentari di ufuk timur.Allahu Akbar.
😍Terasa betapa beharganya nikmat pancaindera penglihatan.Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yg kamu dustakan?
Pagi ini kami beraktiviti riadah dan tadabbur alam di Homestay di Pantai Murni,Yan.Kem ini telah lama Puan Siti Hajar Penasihat Rumah PUTRA rancangkan bagi menghargai atlet-atlet rumah sukan PUTRA kami yang bertungkus lumus mendapatkan Johan untuk sukan sekolah kami awal tahun dahulu.
Bagi kami,menunaikan janji untuk anak murid kami adalah penting untuk menjayakan program ini.Agar mereka lebih bermotivasi dalam pembelajaran di sekolah nanti.
Oleh itu,kami membawa anak-anak atlet kami ke Program Lawatan Sambil Belajar ke Yan, Kedah.
Alhamdulillah semalam telah membawa mereka melalui Muzium Lembah Bujang dan melihat Tapak Sejarah Arkeologi Sungai Batu,Lembah Bujang,Kedah.
😬
✅PERPER
PERMOHONAN KE KKTM OGOS 2018
Cepat cepat peluang kedua kepada lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi lagi di Institusi Latihan Kemahiran Awam
😬Permohonan ke ILP dan KKTM.Rebutlah peluang ini ya anak-anak.
🍄Contoh artikel saya dalam web blog saya;
PERMOHONAN KE ILP OGOS 2018 DIBUKA SEKARANG
✅Cepat cepat peluang kedua kepada lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi lagi di Institusi Latihan Kemahiran Awam
😬Permohonan ke ILP dan KKTM.Rebutlah peluang ini ya anak-anak.
Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 kini telah dibuka.
Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 kini telah dibuka. Kepada semua calon SPM 2018 yang berkenaan. Sila ambil tindakan segera atau berjumpalah kaunselor anda untuk bimbingan halatuju seterusnya...
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .