Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Bodek?



Psikologi Awal Kanak-kanak:
Ubah Persepsi Negatif Bodek
Disalin semula oleh Ummu Masyitah di raudhatulukhuwwah.blogspot.com

Anak kecil hari ini tidak seperti zaman dahulu. Banyak benar bezanya. Malah, kalau dilihat dari segi kepandaian dan kepetahan mereka bercakap, tidak mustahil ada individu yang terkelu. Kalau dia cuba membodek pula, boleh jadi ada hati yang cair mendengarnya. Namun, benarkah dia berniat untuk membodek?


"Apabila disebut bodek, maknanya ibu bapa memberikan satu gambaran kepada anak bahawa apa yang dibuatnya tidak ikslas. Tetapi, bagi saya, istilah yang sewajarnya ialah proses dia mengambil hati. kalau boleh, kita positifkan istilah bodek kepada mengambil hati. Barulah budaya itu tidak terus menjadi negatif," ujar Dr. Robiah Hamzah, Pengarah Urusan RKH Motivatioan & Services, klik sini, tatkala diminta mengulas perihal bodek di kalangan kanak-kanak.


Katanya lanjut, ibu bapa mudah salah tafsir dalam membuat tafsiran apabila melihat anak kadang kala bersifat manja, mengambil bera, berbaring mahupun duduk di atas peha mereka. malah, ada masanya mereka menganggap perlakuan sebegitu termasuklah menghulurkan minuman atau makanan kepada mereka sebagai tanda anak mengharapkan sesuatu balasan lain. Tegas Dr Robiah, apabila tingkah laku anak kecil disalah ertikan, maka sikap manja, memujuk, prihatin dan seumpamanya di kalangan kanak-kanak terbabit akan lenyap. Akibatnya dia tidak lagi berminat untuk melakukannya.


"Memang antara kaedah untuk memdahkan  seseorang dapat apa yang dia hendak aadalah dengan mendekati individu yang boleh memberikan apa yang dia mahu. tetapi, bagi kanak-kanak ia juga sebenarnya merupakan satu strategi untuk membantu dia belajar bagaimana hendak menyesuaikan dirinya semula selepas dimarahi, ditegur secara negatif atau bagaimna dia hendak hilangkan rasa negatif itu daripada ibu bapanya,"terang dr. Robiah.


Ujarnya lanjut, kanak-kanak biasanya akan berasa bersalah apabila melakukan kesilapan dan dimarahi ibu bapanya. Apabila ini berlaku, dia akan mula merawat rasa bersalah itu dengan memberikan sedikit keistimewaan kepada ibubapa. ini disampaikan dalam bentuk sentuhan, pujukan, dorongan, ambil berat dan sebagainya. justeru itu, katanya, jikalau istilah bodek digunakan, ibu bapa sebenarnya telah menyuburkan budaya negatif.




Tekan beliau, apabila kanak-kanak menampilkan tingkah laku sebegitu, ibu bapa wajar mengelak daripada menimbulkan isu bodek mahupun menyebutkannya di hadapan anak. Sebaliknya beliau menyarankan agar ibu bapa menerima perlakuan tersebut sebagai hadiah daripada anak. Tambahnya dengan menganggap ia sebagai bodek, tanpa sedar ibubapa sebenarnya telah memberikan aura negatif terhadap anak.




"Aura ini ialah apa perasaan yang kita berikan kepada anak. Dalam badan kita sebenarnya ada tenaga. Jika fikiran dan perasaan kita negatif, tenaga yang keluar daripada badan kita juga akan negatif. Akhirnya, anak tidak berasa sikap yang ditampilkannya dihargai. Sebaliknya dia dikatakan hendak bodek untuk mendapat sesuatu,"tokok Dr. Robiah.


Sambung beliau, apabila dia berbuat sesuatu, persis membodek, itu juga merupakan petanda si kecil sebenarnya memahami perasaan mereka. Misalnya, apabila ibu atau bapa memarahinya, timbul rasa bersalah dalam dirinya. Ini mendorong dia untuk memperbaiki hubungan ataupun kesalahannya dengan mereka. Namun, jikalau ibu bapa berfikiran negatif, si kecil akan mula terdorong untuk berbuat tidak tahu sahaja.

Sumber: Seri Dewi Keluarga, November 2009
Link:  http://www.karangkraf.com.my/e-majalah/keluarga/

Anugerah dan Amanah

Anugerah dan Amanah


(Al Fatihah untuk Adik Aaliyah Aiman Hussin Abdullah, 3,) 

Anugerah dan Amanah




Kasihan, anak kecil belum pun sampai  usia persekolahan rendah. Anak kecil itu..dibaling,didera fizikal macam baling bola je. Tapi sian budak sekecil itu dah alami sengsara yang dicipta oleh orang dewasa. Apalah tubuh kecil itu mampu lakukan. Selain menangis. 

Tapi bila menangis ditekup mulutnya oleh tangan sasa dan gagah. Apalah tubuh kecil itu mampu lakukan bila ada manusia berhati syaitan iblis laknatullah menzinai anak kecil itu. Lebih parah tak kira,anak kecil itu lelaki ke ,perempuan ke..dianiaya pula melalui zina yang dilaknat Allah,perbuatan kaum Nabi Luth.



Sebahagian beritanya;   klik sini, KAJANG: Polis tidak menolak kemungkinan suspek kes dera Aaliyah Aiman, 3, bertindak kejam dengan memasukkan jari atau benda keras ke dalam kemaluan dan dubur mangsa. Difahamkan, hasil siasatan setakat ini mendapati mangsa mati berpunca daripada kecederaan dalaman akibat digoncang dengan kuat suspek menyebabkan mangsa mati.


Anak kecil itu..Tiada noda,tiada dosa. Yang berlaku ke atasnya adalah penganiayan manusia yang zalim. Boleh lihat catatan Anak Pak Aziz,Luka semalam-Yesterday wound; di sini.

Manakala di Harian Metro, Rabu, 21 Oktober 2009; ada berita tentang kes penganiayaan bapa tiri yang berzina dengan anak tirinya sendiri.Terbaru di sini.  Anak perempuan sunti pun dianiaya. 7 tahun berendam air mata, diugut oleh bapa tiri. Syukurlah ibu mangsa membuat tindakan yang berani.

Tidak kira oleh siapa,ia tetap perbuatan keji. Apatah lagi jika yang menganiaya anak perempuan @ budak lelaki itu adalah mereka yang mempunyai pertalian darah atau hubungan kekeluargaan. Sekalipun anak tiri atau cucu tiri,dia tetap berada di bawah amanah mereka yang bertanggungjawab. Samada situasi ini dilaporkan media atau tidak, semoga mereka yang teraniaya ini kuat dan berani keluar dari kepompong itu.

Jika masih bersekolah, temuilah guru bimbingan dan kaunseling anda atau mana-mana guru yang anda percayainya.Sekarang di peringkat sekolah rendah juga telah ada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling oleh guru-guru yang bertauliah dalam bidang berkenaan. Usah segan dan malu berjumpa dengan guru yang anda percayai. InsyaAllah atas etika kerahsiaan yang menjadi prinsip perkhidmatan ini, semoga masalah anda dapat dibantu secara telus.

Dalam hal ini, syukurlah jika anak ini bersedia berkongsi trauma mereka dengan ibu atau nenek atau kakak mereka. Penerima aduan atau pendengar masalah anak-anak ini,perlulah bijak mengendalikan stuasi ini. Jangan kerana sayangkan suami atau demi maruah keluarga, anak dibiar menderita. Sanggupkah kita melihat darah daging kita menangung sengsara dan akhirnya suatu masa, dia pula akan "membalas dendam"? "Membalas dendam" dengan pelbagai cara samada perubahan tingkah laku, perubahan cara berpakaian, cara bertutur dan pelbagai lagi.

Bersyukurlah jua jika anak-anak ini bersedia bertemu dan berbincang dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling mereka di sekolah atau dengan mana-mana guru yang dipercayai. Usahlah pula guru itu diserang. Anak-anak ini lakukan tindakan yang bijak demi masa depan yang lebih gemilang adan cemerlang. Kerana anak-anak ini pemuda harapan bangsa,pemudi tiang agama.

 klik sini, Wahai ayah dan ibu, kami anak-anak yang dhaif ini memerlukan kasih sayang,didikan dan perhatianmu. Ayah ibu, bukankah institusi kekeluargaan dalam Islam itu sungguh indah? Be A Great Couple In Islam. klik sini Asas rumahtangga dalam Islam bukan setakat ijab dan kabul  duhai ayah dan ibu. Perkahwinan bukan setakat hubungan suami isteri yang halal, tetapi jua menyalin pampers anak, mencuci najisnya, menyusukannya, tidur malam terganggu dek tangisan si anak, mendidik dan menyayangi mereka.

Dari rahim anak-anak perempuan ini dan dari tulang sulbi anak-anak lelaki ini nanti, akan lahir generasi kita. Samada yang bakal mendoakan kita setelah kita meninggal dunia atau yang hanya membiarkan kubur kita sepi tak bercahaya.

Dipulau Rakan

Pelajar popular dipulau kawan



Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot sebagai rujukan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan kaunseling remaja bersama Dr Sapora Sipon.Semoga mendapat manfaatnya.
 


SAYA berusia 14 tahun dan di kelas, saya adalah antara pelajar cemerlang. Saya juga rapat dengan ramai guru dan setiap kali ada masalah, saya berkongsi bersama mereka.

Namun, sejak akhir-akhir ini, setiap kali mendapat keputusan ujian atau peperiksaan, rakan-rakan mengutuk, membenci dan memulaukan saya.Mereka juga cemburu jika saya rapat dengan mana-mana lelaki.

Mereka marah jika saya ‘couple’ dengan lelaki, tetapi pada masa sama, mereka juga menjalinkan hubungan cinta di sekolah. Saya tidak tahu bagaimana mahu mengatasi masalah ini.

Remaja bingung,

Kedah




PERASAAN cemburu terhadap kebijaksanaan seseorang terutama yang kawan kita sendiri memang sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

Pastinya, jika kita punya kelebihan, orang di sekeliling pastinya akan cemburu.

Cemburu rakan-rakan adik itu disebabkan ketakutan, rasa tidak selamat dan konsep kendiri mereka yang rendah. Mungkin mereka menganggap diri sendiri tidak sebagus adik dari segi kepandaian dan hubungan dengan guru.

Rakan-rakan adik ingin mendapat layanan seperti yang adik dapat dan mereka merasa terancam, termasuk juga dengan perhubungan cinta antara adik dengan lelaki lain di sekolah.

Dalam hal ini, adik perlu memberitahu mereka apa yang adik rasakan kerana sikap mereka itu membuatkan adik tertekan.

Tanyalah apa yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Mungkin ada perkara lain yang adik lakukan.

Katakan kepada mereka bahawa adik masih ingin menjadi kawan dan sikap mereka yang mengutuk, membenci dan memulaukan adik boleh merosakkan perhubungan antara kalian.

Jika benar-benar rakan adik, mereka sepatutnya memahami apa yang adik rasai dan menghormati tindakan itu. Rakan yang baik tidak akan memulau rakan lain.

Andai mereka tetap mengutuk, membenci dan memulaukan adik selepas segala usaha sudah dibuat, carilah rakan-rakan lain yang ingin bersahabat dengan adik.

Dr tahu, bukan mudah untuk melupakan persahabatan yang sudah terjalin terutama pada usia adik. Dr doakan rakan-rakan tidak lagi memulau adik.


Hampir Gila desakan Ibubapa

‘Saya hampir gila ibu bapa desak jadi doktor’

Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot  sebagai rujukan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan kaunseling remaja bersama Dr Sapora Sipon.Semoga mendapat manfaatnya.
SOALAN

BAPA saya seorang ahli akademik yang berjaya. Saya menuntut di tingkatan empat dan memperolehi keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Masalahnya, saya sangat tertekan dengan ibu bapa yang terlalu mendesak saya untuk berjaya seperti mereka. Bapa sentiasa mahu saya menjadi sepertinya. Saya mahu mendapatkan apa yang diperolehinya tetapi bukan atas desakan.

Untuk pengetahuan doktor, hidup saya tidak bebas. Malah, saya langsung tidak boleh keluar menonton wayang dan berjalan bersama rakan. Mereka hanya mahu saya sentiasa membaca buku di rumah.

Selain desakan belajar, bapa mahu saya menjadi doktor perubatan seperti anak rakannya tetapi saya meminati bidang ketenteraan. Saya takut tidak dapat memenuhi keinginan bapa. Saya tahu niatnya baik tetapi saya sangat tertekan dengan sikapnya. Saya seperti hampir gila apabila terlalu tertekan dengan masalah ini.

AMIR,
Kuala Lumpur.


JAWAPAN

KEJAYAAN ibu bapa sememangnya boleh mendatangkan tekanan kepada anak apatah lagi kejayaan mereka itu dijadikan batu pengukur untuk diikuti anak-anak.

Kegagalan anak mengikut segala yang dikehendaki ibu bapa sememangnya akan memberi tekanan, kemurungan serta kebimbangan kepada si anak dan inilah yang berlaku pada diri adik.

Dari sudut psikologi, hubungan rapat antara ibu bapa dan anak menyebabkan mereka berasa bertanggungjawab serta mempunyai harapan tertentu ke atas kehidupan anak masing-masing.

Harapan itu biasanya akan lebih tinggi kerana ia melambangkan siapa diri mereka sebenarnya. Ibu bapa juga akan memperolehi status daripada kejayaan anak mereka. Mereka juga biasanya menggunakan anak untuk mencapai cita-cita yang tidak dapat diperolehi.

Ibu bapa sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak dan mereka akan meletakkan harapan tinggi kerana realitinya, anak adalah gambaran siapa diri mereka. Ini kerana, anak yang tidak berjaya mencerminkan kegagalan mereka.

Memaksa anak untuk melakukan apa yang mereka tidak suka boleh menyebabkan anak mencari tempat lain yang dirasakan lebih selamat dan tempat mengadu. Ini akan mengurangkan kuasa ibu atau bapa walaupun semua itu dilakukan untuk kebaikan anak.

Ahli psikologi percaya, kehidupan bukan saja bergantung kepada kejayaan akademik tetapi keupayaan membina kehidupan yang lebih holistik. Ini diikuti dengan pembinaan modal insan yang juga sangat penting dalam kehidupan.

Di sini, adik perlu menyuarakan apa yang diinginkan dalam kehidupan kepada bapa dengan penuh hormat. Katakan pada mereka, segala yang mereka lakukan itu sangat adik hargai malah adik mempunyai cita-cita serta keinginan kehidupan lain selain belajar.

Tindakan itu mungkin boleh membuka ruang kepada perbincangan serta pemahaman yang lebih antara adik dan bapa.

Ibu bapa yang baik adalah mereka yang berupaya membantu anak mencapai kejayaan dan menjadi contoh serta idola yang dapat mempengaruhi kejayaan anak. Oleh itu, doktor doakan adik berjaya mencapai cita-cita di samping menjadi anak yang taat kepada perintah ibu bapa.

Pelajar minat jadi peguam keliru subjek perlu diambil

Pelajar minat jadi peguam keliru subjek perlu diambil

Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot  sebagai rujukan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan kaunseling remaja bersama Dr Sapora Sipon.Semoga mendapat manfaatnya.

 SAYA adalah pelajar tingkatan enam dan musykil dengan subjek yang kini dipelajari. Saya kini mengambil subjek ekonomi asas, Bahasa Melayu dan pengajian perniagaan.Masalahnya, saya tidak pasti apakah bidang yang boleh saya ceburi berdasarkan subjek ini.

Saya berminat menjadi peguam, jadi perlukan saya mengambil subjek tambahan iaitu sejarah?






Di samping itu, saya juga berminat menjadi calon luar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Justeru Bagaimanakah caranya mendaftar menjadi calon luar dan adakah saya masih berpeluang untuk memasuki universiti?

Saya sangat serabut dengan keadaan ini. Bantulah saya untuk memilih yang terbaik Dr.

Remaja runsing

Kota Tinggi, Johor


MENGETAHUI bidang kerjaya ditawarkan dan kepentingan subjek yang diambil sangat perlu bagi pelajar dalam merancang kerjaya masa depan.

Justeru, bagi pelajar sekolah, cara terbaik untuk mengetahuinya adalah merujuk kepada pegawai bimbingan dan kaunseling kerana memberikan maklumat mengenai sesuatu kerjaya serta syarat kemasukan ke universiti adalah antara bidang tugas mereka.

Selain berjumpa dengan pegawai bimbingan dan kaunseling di sekolah, adik juga boleh melayari laman webhttp://upu.mohe.gov.my/ iaitu laman web rasmi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mendapatkan maklumat berkaitan syarat kemasukan ke universiti.

Melalui laman web itu, adik boleh tahu syarat am dan syarat khas kemasukan ke sesuatu program pengajian yang ditawarkan di mana-mana IPTA.

Bagi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), semua maklumat berkaitan syaratnya boleh diperoleh di dalam laman web masing-masing.

Dr ucapkan tahniah kerana adik berminat menjadi peguam. Peluang adik untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang, seterusnya berjaya menjadi peguam terbuka luas andai memenuhi syarat am dan syarat khas universiti yang menawarkan program pengajian terbabit.

Berdasarkan laman web http://upu.mohe.gov.my, Dr ambil satu contoh syarat kemasukan program lepasan STPM ke Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Syarat am universiti ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia kertas Julai.

Bagi calon Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka perlu lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan sekurang-kurangnya: Gred C (NGMP 2.00) Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain serta mendapat sekurang-kurangnya Tahap satu (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Untuk memohon masuk ke Fakulti Undang-Undang UKM, calon juga perlu memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program iaitu mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana tiga mata pelajaran antaranya Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Computing, Matematik, Usuluddin, Syariah, Bahasa Melayu/ Bahasa Arab, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan Melayu Literature in English dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap empat (Band 4) dalam MUET dan mendapat sekurang-kurangnya enam C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut: Matematik/Matematik Tambahan. Calon-calon akan mengikuti kursus sivil dan syariah dalam program ini.

Sementara itu, berkaitan hasrat adik untuk menjadi calon luar STPM, Dr nasihatkan adik berjumpa dengan pegawai bimbingan dan kaunseling sekolah atau guru yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal peperiksaan untuk mengetahui lebih mengenai perkara ini.

Adik juga boleh pergi ke Pejabat Pelajaran Sekolah yang berhampiran untuk mendapat maklumat pasti mengenai cara untuk menjadi calon luar STPM.

Dr doakan kejayaan adik dalam pelajaran. Semoga cita-cita adik menjadi peguam jadi kenyataan.

Legaaa..Alhamdulillah


Oktober: Bulan Bahasa Kebangsaan



Alhamdulillah, legaaaa... PMR dah tamat


Alhamdulillah..lega rasanya apabila mengetahui peperiksaan Penilaian Menagah Rendah sudah tamat semalam. Matapelajaran Kemahiran Hidup dan Bahasa Arab (bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran ini) adalah matapelajaran terakhir yang diduduki calon peperiksaan. Saya pasti, para ibubapa dan guru-guru sudah tentunya pun mersakan lega peperiksaan anak-anak mereka sudah tamat. hanya iringan doa restu yang dipanjatkan kepada Ilahi agar anak-anak ini memperoleh kejayaan.Walaupun sekarang ini, jasad saya hanya di rumah dan anak murid saya  cuma seorang dalam kindergarden 1 (anak sendiri yang juga jururawat saya dan kawan bergaduh saya), debaran terhadap PMR itu tetap ada.


Minggu lepas sebelum PMR, (backdated punya cerita) suami ajak saya melihat waktu malam di bandar, ambil angin katanya. maklumlah mungkin dia tengok muka saya ni dah moyok semacam je. lagi-lagi sejak kami tinggal berjauhan ni. (setelah berminggu saya tak melihat waktu malam di luar kepompong saya ni) . Kereta diletakkan di hadapan sebuah rumah kedai sementara suami membeli belah. Saya seperti biasa,duduk je lah dalam kereta buruk kami ini. Ada seorang remaja lelaki yang mundar mandir di hadapan kereta saya. Nak senyum kat saya tapi macam takut-takut. Isk,saya mula tu tak perasan. Yalah dah malam gini. Takkan saya nak buka tingkap dan tersenyum-senyum jugak kat dia kan? Pulak saya tak bawa mata kedua saya, jadi tak nampak batang hidung jejaka di di luar sana.


Saya cuma rasa kat hati,mungkin remaja ini kenal saya kot. dari bahasa badan remaja itu, saya tahu dia bukannya berniat tak baik. Sehingga suami saya ke kereta saya, remaja itu masih di situ. Kemudian dia berjabat tangan dan berbicara dengan suami saya. Manakala di belakangnya ada seorang remaja perempuan lalu (mereka dalam waktu rehat kelas tuisyen). Melihat suami dan saya.Kemudian remaja perempuan itu melempar senyuman sekilas dan terus berlalu.


Namun remaja lelaki itu berbual panjang dengan suami saya. Kemudian sebelum berpisah,dia melemparkan senyuman kepada saya dan menghampiri kereta kami. Remaja lelaki ini anak muda yang baik. Walaupun pada setiap kali peperiksaan, dia tidak berada pada kedudukan di hadapan dan sederhana sahaja, tetapi kesungguhan, kerajinan dan adab sopannya menyejukkan hati. Saya doakan kejayaannya. Kejayaan anak muda ini dalam pelajarannya, kehidupannya dunia akhirat. 

p/s: Kepada pelajar yang bakal menduduki SPM, STPM dan STAM, teruskan usaha anda dari sekarang. Sedikit perkongsian saya, hamba Allah yang dhaif, klik sini.

Persediaan Menjelang Peperiksaan






Ringkasan Tips

Menghadapi Peperiksaan dengan Cemerlang

(Dedikasi untuk mereka yang mengenali diri ini
dan khasnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM di SMKTJ)

Menghadapi Peperiksaan dengan Cemerlang

Peperiksan penting seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM memerlukan persediaan lebih daripada sekadar membaca semata-mata. tanpa persediaan yang rapi, maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Kamu tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sama ada kamu bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya akan tetap tiba.

Bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, diharapkan kamu dapat menghadapinya dengan tenang dan tidak perlu panik. Kepada pelajar yeng mangambil Bahasa Arab sebagai subject tambahan dalam PMR, jangan berasa ia bebanan. Walaupun Bahasa Arab, mungkin sebahagian anda merasa tidak berminat atau merasa terpaksa mengambilnya sebab ibubapa suruh, percayalah, Bahasa Arab itu mudah jika minda kita memberi ruang untuknya.
(Begitu juga dengan mata pelajaran lain seperti Matematik. Kalau minda kita dah set, Matematik tu susah dan kita tak boleh buat, maka tak boleh lah. Cuba buat anjakan paradigama kat minda kita tu. Katakan pada diri dan minda, Matematik itu mudah dan aku suka matematik. Anda boleh berbincang dengan guru mata pelajaran anda di sekolah dan juga Guru Bimbingan dan Kaunseling.)

Merasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman dahulu saya, di sini saya catatkan serba sedikit tips menghadapi peperiksaan untuk pelajar yang masih di bangku sekolah. Antara beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menduduki peperiksaaan penting ialah:

A)PERSEDIAAN FIZIKAL

1) Pemakanan

Allah SWT telah berfirman yang mafhumnya,

"Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan".
Al Baqarah :57

Makanan yang dimaksudkan sebagai baik ialah yang baik dari segi sumbernya (Halal) dan bukan dari sumber yang haram, kualitinya mengandungi zat dan vitamin, makanan yang bersih, tidak membawa penyakit dan tidak menyebabkan kemudaratan. ringkasnya makanan sebagaimana konsep halalan toyyiba.

2) Tidur yang cukup

Tidur yang cukup ialah antara 6 hingga 7 jam sehari. kurang tidur akan menyebabkan kamu rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.

3)Senaman ringan

Beriadahlah tetapi beserhana. Jangan sehingga meletihkan badan. Pada saat-saat akhir begini, jangan memaksa tubuh melakukan aktiviti riadah sehingga menyebabkan kamu keletihan.

4) Keselamatan

Keselamatan anda samada di rumah, sekolah dan di mana sahaja hendaklah dijaga. Kemalangan itu tidak berbau. Berhati-hati di jalan raya. Elakkan melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung yang boleh membawa kecelakaan dan kecederaan.


B)PERSEDIAAN MENTAL

Hindari Pelbagai Gambaran Negatif

1) Menyerah Kalah Sebelum Berjuang
2) Merasa Belum Bersedia
3) Merasa terbeban dengan Harapan Ibubapa Yang Terlalau Tinggi

Langkah Saranan:

Berfikiran Positif

Fokuskan mental kamu kepada apa yang kamu perlu lakukan dan apa pula hasil yang kamu harapkan.
Tidak perlu kamu bimbang tentang apa keputusan yang bakal kamu perolehi. Manfaatkan sisa masa yang ada untuk memaksimumkan usaha kamu. Jika kamu memikirkan kegagalan, kamu hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Hal-hal seperti ini akan merencatkan semangat juang kamu. Ia juga membuatkan kamu merasa ragu akan kebolehan diri sendiri.

Contoh kata-kata motivasi untuk anda:

"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung"

"If youn can't see it, you can't have it''


PERSEDIAAN EMOSI

1) Suasana pembelajaran

Bentuk suasana yang tenang, tenteram dan selesa. Tidak kisahlah apa dan bagaimana tempat anda belajar, yang penting anda selesa dengan persekitaran anda. Ketenangan itu anugerah daripada Tuhan. Maka dekatilah TuhanMu. Dirikanlah solat lima waktu dan berdoalah kepadaNya selalu selain menghayati Al Quran. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, jiwamu akan berasa tenang.

2) Hindari diri daripada gangguan emosi

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, kamu perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan;

1)Pertengkaran dengan rakan-rakan/ klik kamu.
Member-member kamu buat hal dan kamu asyik memikirkan mereka. Ini akan mengganggu tumpuan belajar kamu.

2)Melakukan perkara yang membuatkan ibubapa kamu marah atau terguris hatinya
Samada di hadapan ibubapa atau di belakang mereka, sebagai anak, kita messti menghormati mereka dan menjaga maruah nama baik keluarga kita.

3)Melakukan perkara yang membuatkan guru kamu marah atau terguris hatinya.
Menggembirakan hati guru seperti tidak membuat bising di dalam kelas, tidak menggangu rakan lain yang sedang belajar. Ini secara tidak langsung, guru berasa senang hati dengan kamu dan secara tak langsung kamu mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu.

4)Melakukan perkara yang melanggar undang-undang sekolah atau melakukan salah laku disiplin.

5) Cinta monyet yang mungkin kecundang pada waktu menjelang peperiksaan.

6) Bersikap terlalu 'over confident;

7) Berprasangka buruk kepada orang lain.

8) Memikirkan masalah keluarga seperti masalah ibubapa dan adik beradik. Tukarkan masalah yang dihadapi kepada cabaran untuk berjaya. Jadikan peneguhan negatif yang dilalui sebagai mekanisme untuk anda menjadi insan berguna pada masa depan.


Demikian secara ringkasnya, saya Ummu Masyitah catatkan beberapa tips dan langkah pecutan akhir yang perlu diambil oleh para pelajar.

Semoga para pelajar sudah bersiap siaga menghadapi peperiksaan PMR. Selepas peperiksaan ini, anda biasanya akan menentukan halatuju aliran anda di Tingkatan 4 yang bakal menentukan jenis alam kerjaya anda.

Oleh itu, silalah lakukan ujian penilaian minat kerjaya anda apabila bertemu Guru Bimbingan dan Kaunseling anda. Bersungguh-sungguhlah dalam apa jua pelajaran anda. Mohon restu dari ibubapa dan guru, Semoga apa yang diimpikan bakal menjadi kenyataan.

Anak istimewa boleh diajar

Anak istimewa boleh diajar



“SIAPA kata anak yang ada masalah pembelajaran tidak berhak dihantar ke sekolah? Siapa kita yang boleh menentukan nasib dan keupayaan seseorang?

“Memang mereka ada banyak halangan tetapi anak istimewa boleh diajar, walaupun perkembangannya sangat perlahan dan mengambil masa panjang.

“Yang menyedihkan ialah bila ibu bapa berputus asa dan menganggap anak mereka tiada harapan. Tidak kira bagaimana teruk pun keadaan anak, mereka sebenarnya boleh belajar — sekurang-kurangnya untuk menguruskan diri sendiri,” kata Pengarah Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Istimewa, Wong Yuet Leng.

Sesetengah ibu bapa bersikap sebaliknya dengan terlalu memanjakan anak sehingga menyuapkan makanan, walaupun anak sudah remaja.
Alasan yang sering diberi ialah sayang, kasihan dan tidak sampai hati melihat anak terkial-kial melakukan sesuatu, termasuk makan.
Manakala pembantu rumah pula tidak sabar hendak menunggu si anak menghabiskan tugas atau perkara yang sepatutnya diuruskan sendiri.

Kelahiran anak istimewa memberi cabaran besar kepada pasangan suami isteri. Bukan sedikit pasangan yang bercerai kerana kehadiran anak begini.

Lazimnya suami menyalahkan isteri yang disifatkan mempunyai baka ‘tidak baik’ sehingga melahirkan anak kurang sempurna. Keadaan bertambah buruk dengan campur tangan keluarga, sama ada ibu atau bapa mentua.

Tidak kira siapa menang dalam perbalahan, si kecil tetap menjadi mangsa. Ada juga pasangan menyerahkan tugas menjaga anak kepada ibu bapa. Ia juga bukan tindakan bijak kerana kebanyakan datuk dan nenek mempunyai kecenderungan tinggi untuk memanjakan cucu, apatah lagi jika cucu yang ada kekurangan.

Menurut Wong, tidak kira apa tanggapan orang, ibu bapa harus yakin bahawa anak Sindrom Down, hiperaktif, terencat akal, autistik, gangguan obsesif kompulsif (melakukan sesuatu berulang kali), gangguan dwi kutub (bipolar) atau mengalami ketidakseimbangan hormon masih boleh diasuh untuk berdikari.

Malah, berdasarkan pengalamannya, perkembangan anak bermasalah ini lebih baik dan memberangsangkan jika ibu bapa dapat menerima hakikat dan mencari jalan bagi mendidik anak secepat mungkin.

“Anggapan tiada harapan perlu dikikis kerana ia melemahkan semangat semua orang, termasuk ibu bapa dan si anak. Bahkan, ini adalah faktor yang menghalang anak berdikari. Apabila anda dapati anak mengalami masalah, segera dapatkan bantuan pakar perubatan untuk pengesahan.

“Pakar akan mengesyorkan kaedah sesuai untuk anak anda mengikut tahap mentalnya. Pada masa sama, dapatkan guru pendidikan khas yang boleh membantu anak. Anda boleh menjemput guru ke rumah atau menghantar anak ke pusat pembelajaran khas mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun di pusat pembelajaran khas, anak anda belajar untuk berkawan, berkongsi barangan serta mematuhi arahan.

“Apabila menghantar anak ke pusat pembelajaran khas, jangan mengharapkan anak menunjukkan perubahan drastik atau membuat perbandingan dengan kanak-kanak bermasalah yang lain kerana tahap penerimaan dan perkembangan setiap kanak-kanak berbeza. Kadangkala untuk mengajar seseorang kanak-kanak melakukan sendiri perkara yang selalu dilakukan pembantu rumah atau ibu bapa mengambil masa beberapa bulan,” katanya.

Kadangkala ibu bapa tidak tahu ke mana hendak mendapatkan maklumat atau bantuan. Pergilah berjumpa doktor di klinik terdekat, mereka boleh memberi cadangan atau rujukan supaya anak dapat dibantu segera. Lebih cepat mereka diberi pendidikan khas, lebih baik.

Menjaga anak istimewa memerlukan kesabaran berlipat ganda kerana mereka mempunyai ‘perangai ekstrem’ tersendiri seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk. Ketika ini ada kalanya pasangan atau anak lain berasa terpinggir. Justeru, anda perlu membabitkan seisi keluarga dalam aktiviti mengasuh anak istimewa.

Antara ciri kanak-kanak yang ada masalah pembelajaran ialah:


  • Sukar memahami dan mengikut arahan
  • Sukar mengingat sesuatu walaupun diberitahu berulang kali
  • Tidak boleh mengeja, menulis, membaca atau mengira
  • Sukar membezakan antara kiri dan kanan
  • Tiada koordinasi ketika berjalan, bersukan atau aktiviti mudah seperti mengikat tali kasut atau memegang pensil
  • Selalu kehilangan barang (kerana terlupa di mana ia diletakkan)
  • Tidak faham konsep masa seperti semalam, hari ini, esok atau sekejap lagi
  • Tidak dapat memahami ayat panjang
  • Lambat bercakap dan percakapan tidak jelas
  • Sukar mengingat huruf, angka, hari, warna dan bentuk
  • Mudah terganggu dan resah

    “Sebenarnya ibu bapa lebih tahu masalah atau kemampuan anak. Selain menghantar anak ke pusat pendidikan khas, ibu bapa perlu kreatif sedikit untuk mengasuh anak istimewa kerana keupayaan mental mereka yang agak terhad.

    “Didik dengan penuh kasih sayang, sabar dan teliti, tetapi jangan terlalu dimanjakan. Ajar anak perlahan-lahan dan ulang setiap hari. Usah marah atau pukul anak kerana ia memburukkan keadaan dan menghilangkan keyakinan anak.

    “Dapatkan bantuan pihak lain untuk bersama-sama menjaga anak, sama ada ibu bapa atau pembantu rumah. Bagaimanapun, jangan lepaskan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan aktif dalam memastikan anak mereka boleh berdikari.

    “Bincang dengan guru mengenai kaedah atau pendekatan yang digunakan di sekolah. Sebaik-baiknya kaedah ini disambung di rumah.

    “Menggunakan pendekatan berbeza boleh mengelirukan anak. Luangkan masa untuk berjumpa guru dan mempelajari teknik bagi membantu anak anda.

    “Kebolehan menguruskan diri sendiri tanpa bantuan ibu bapa adalah pencapaian besar pada kanak-kanak ini,” katanya.

    Aktiviti di Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Istimewa di bawah naungan Kiwanis Malaysia itu dimulakan dengan riadah, sama ada berjalan di taman, berenang (bermain air) atau menunggang kuda secara berselang seli.

    Ini diikuti dengan pendidikan seni (melukis dan mewarna); sesi bercerita (guru akan membacakan buku cerita) diikuti kelas komputer.

    Meskipun aktiviti ini dilihat tidak ubah seperti kelas tadika, bukan mudah untuk lima petugas dan guru mengawal anak istimewa yang berumur antara 14 hingga 20 tahun.

    Menurut Wong, kehadiran ke pusat pembelajaran itu juga berbeza setiap hari mengikut ‘mood’ pelajarnya. Malah pelajarnya tidak boleh dipaksa mengikuti program disediakan, terutama jika mereka dalam keadaan tidak tenang.

    “Ada kala kita terpaksa memanggil ibu bapa untuk membawa balik anak jika mereka asyik mengamuk kerana dalam keadaan begitu mereka boleh mengancam atau memukul pelajar lain. Biasanya cikgu menjadi benteng bagi mengelak mereka mendekati pelajar lain.

    “Cabaran mendidik mereka memang banyak, tetapi ia bukan mustahil. Setakat ini kita menghantar beberapa pelajar ke kelas kemahiran yang membolehkan mereka bekerja sambil belajar,” katanya.

    Mengikut kaedah digunakan sekarang, pelajarnya juga belajar di sekolah biasa. Mereka juga diberi kerja rumah seperti pelajar lain. Ibu bapa harus menemani anak menyiapkan kerja sekolah untuk menaikkan semangat mereka.

    Pada masa ini anda boleh menjadi teladan baik. Ketika dia menyiapkan kerja rumah, anda boleh membaca akhbar atau buku. Pastikan ketika ini anak yang lain juga bersama kerja sekolah mereka.

    Namun ada ibu bapa membantu menyelesaikan kerja rumah dengan memberi jawapan kerana tidak sabar menunggu. Cara ini tidak membantu anak belajar, anda sepatutnya menunjukkan cara penyelesaian dan bukan memberi jawapan.



    Galakan di rumah
  • Bentuk satu struktur jadual di rumah untuk seisi keluarga yang boleh membantu anak istimewa anda. Contohnya bangun pagi dan kemas tilam pada jam 7; mandi pada 7.15; sarapan pada 7.30 dan pergi sekolah jam 7.45. Beg sekolah perlu disiapkan malam sebelumnya dan diletakkan di pintu depan
  • Jangan ‘terlalu sayangkan’ anak. Asuh dan beri peluang dia menunjukkan kebolehannya melakukan rutin harian, terutama membabitkan pengurusan diri seperti mandi, pakai baju dan kasut, menyikat rambut, mengemas tempat tidur, membawa beg sekolah dan makan
  • Usah biarkan anak mengawal anda. Walaupun ada kekurangan daripada segi mental, anak istimewa tahu dia boleh mengawal anda jika anda cepat mengalah apabila mereka menunjukkan sesetengah kelakuan. Tunjukkan ketegasan anda dengan cara lembut.
  • Babitkan anak istimewa dalam tugasan di rumah yang sesuai dengan kebolehan dan umur mereka. Buat jadual tugasan dan lekatkan di dinding. Cara ini memberitahu mereka bahawa setiap orang ada fungsi dalam keluarga
  • Buat kod warna pada laci dalam bilik anak. Ini memudahkan mereka mencari sesuatu barang. Contohnya laci bertanda biru untuk pakaian dalam dan stoking. Ajar mereka untuk memasukkan pakaian kotor ke dalam bakul khas
  • Lekatkan carta tugasan (mempunyai perkataan dan gambar) di bilik mandi. Contohnya jam 7.15 pagi perlu memberus gigi
  • Beri pujian setiap kali anak berjaya melaksanakan tugasnya. Walaupun nampak remeh, pujian anda boleh mententeramkan anak dan merangsangnya untuk berkelakuan baik
  • Pandang mata dan wajah anak setiap kali anda bercakap dengannya
  • Beri arahan jelas, pendek dan ringkas. Contohnya, pergi cuci tangan; mari makan atau mari baca buku. Malah perkataan dalam arahan anda perlu disebut satu persatu dengan jelas
  • Beri masa untuk anak bertindak balas pada setiap arahan. Jangan marah jika tindak balasnya perlahan. Ingat, satu langkah pada satu masa
  • Lakukan aktiviti menyeronokkan. Kanak-kanak, termasuk anak istimewa, lebih cepat belajar apabila terbabit secara langsung dalam aktiviti yang membuatkan mereka gembira

    Tidak kira bagaimana sibuk pun anda, pastikan setiap hari anda meluangkan masa untuk makan malam bersama keluarga. Ini masa terbaik untuk berinteraksi dengan anak, termasuk mengetahui perkembangan anak istimewa.

    Pupuk hubungan dengan pasangan. Dalam keadaan ini suami isteri perlu saling memberi sokongan. Sesekali luangkan masa berdua, sama ada berjalan-jalan di taman atau sekadar menikmati hidangan ringan di luar. Ia akan memberi nafas baru kepada hubungan yang sekali gus boleh menguatkan semangat untuk bersama-sama membesarkan anak dengan lebih baik.

    Kata Wong, menjadi ibu yang ada anak bermasalah bukan mudah, apatah lagi jika mereka turut menghadapi masalah ekonomi dan rumah tangga.

    Anda boleh menunjukkan sokongan dengan menyertai jamuan makan malam sempena Anugerah Ibu Kiwanis 2009 diadakan di Hotel Westin sempena sambutan Hari Ibu pada 10 Mei ini.

    Untuk keterangan lanjut boleh hubungi jawatankuasa di dutamas@gmail.com atau 03-7710 7577. 
  • SUMBER; Harian Metro,
  • Menjelang Peperiksaan


    Menjelang Peperiksaan....


    Entry  ini pada 7/09/09.

    Semalam, saya menelefon bonda saya bertanya khabar. telupa pula, Johor tidak cuti pada Nuzul Quran tetapi telah bercuti pada 1 Ramadhan. Terlupa juga, bonda saya seorang yang gigih bekerja dan telah hampir menjadi warga emas. Terlupa juga, sewaktu saya call bonda adalah masa bertugasnya. maaf mencuri sedikit masa kerja bonda. Mujur saja waktu itu bonda free.

    Kami hanya dapat berbicara sebentar. Sebenarnya hampir setiap hari atau seminggu 4 kali saya menelefon bonda. Bil Telefon? Saya tak kisah kerana dalam menghubungkan silatarrahim suami berpesan usah berkira. Nampaknya, bonda sibuk dalam membuat persiapan akhir. Persiapan apa bonda? Tanya saya.

    "Esok UPSR, Kakak. Kami di sini sibuk mempersiapkan dewan dan pelajar dalam menghadapi UPSR esok ni. Berdebar-debar jugak hati mak ni, kak,"

    "Ya Allah, sampai lupa kakak esok ada peperiksaan besar untuk murid-murid sekolah rendah," tutur saya.

    "Kasihan kakak. Banyak yang kakak tak tahu tentang perkembangan pendidikan ya. Sabarlah ya kak,"kata bondaku.

    Oklah. Itu sedikit perbualan saya dengan bonda tentang debaran, harapan dan impian seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan.

    UPSR, PMR dan SPM….Istilah-istilahn ini begitu sinonim dengan anak-anak kita di bangku sekolah menengah. Apa tidaknya, setiap kali menjelang musim peperiksaan, anak-anak kita bertungkus-lumus membuat latihan, ulang kaji dan menghadiri kelas tuisyen intensif serta kelas tambahan, walaupun ada juga yang ebrsikap sambil lewa dan langsung tidak peduli. Ada ibubapa yang turut bimbang dan gemuruh menjelang musim peperiksaan anak masing-masing.
    Biar apa pun, kita bertanggungjawab mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani.

    Di sini, saya tulis kembali catatan penulis Bangku Sekolah Anis, En. Mohd Hafiz Abdul Hamid memberikan beberapa tip untuk ibu bapa menjelang peperiksaan anak-anak anda.

    1. KURANGKAN AKTIVITI LUAR

    2. FAHAMI TEKANAN ANAK-ANAK

    3. GANJARAN

    4. JANGAN PAKSA ANAK

    5. BERDOA UNTUK ANAK

    Guru Calon luar bandar diutamakan

    Guru Calon luar bandar diutamakan

    Guru Calon luar bandar diutama jadi guru

    GEORGETOWN: Kementerian Pelajaran akan memberi keutamaan kepada penduduk kawasan pedalaman menjadi guru bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar di kawasan berkenaan.

    Sehelai warkah koko daripada Athirah

    Sehelai warkah koko daripada Athirah 
    Surat Koko: 1001 Memori Ramadhan Saya


    Hari ini diam tak diam kita dah tiba di pertengahan Ramadhan. Terasa sekejapnya Ramadhan akan pergi pula. Terasa sedikitnya usaha saya. Nak berpuasa ini pun, terasa seperti anak-anak kecil yang baru belajar berpuasa. Nak batalkan, nanti nak bayar fidyah, mana nak cekau duit? So, sabar dan sabarlah. hu hu.

    Tapi, tidak mengapa. Bukankah dengan latihan dari Allah ini, akan lebih menguatkan jiwa saya? Saya tidak tahu , apakah saya sempat menghabiskan puasa di Ramadhan ini. Juga apakah saya dapat bertemu kembali Ramadhan akan datang?

    Dalam pada itu, sewaktu suami mencari barangnya, saya yang ternampak sesuatu dari celahan kertas2nya. (Mrs secretary MC panjang jadi tak dapat tolong hubby kemaskan sistem failnya. maaf yer hubby). Bila ia terjatuh. Saya lihat..mcm ku kenal je wajah seseorang yang tertera di surat bewarna koko itu. Apa dia agaknya kertas itu? Jeng jeng jeng. hah ni dia gambornya....opss jangan baca erk..




    Rupa-rupanya ia adalah sehelai warkah dari salah seorang bekas anak didik saya di sebuah sekolah menengah di Johor. Saya hayati satu demi persatu bait-bait perkataan yang tertera di warkah itu. Banyak perkhabaran darinya dicatatkannya untuk tatapan saya.

    Athirah, yang saya kenali sejak tingkatan satu. Namun sejak satu peristiwa semasa dia di tingkatan dua, ia merapatkan hubungan kami. Kemudian selepas program Mentor mentee di sekolah, dia datang kepada saya. Lalu, bertanya kenapa dia tak terpilih jadi peserta Mentor mentee dan tak jadi mentor mentee saya? 


    Dia sedih sangat. Dia kata, dia pun nak juga di bawah seliaan saya. Katanya, kenapa ada 2 gadis Cina saya ambil jadi mentor mentee. Saya jelaskan padanya, yang saya ini guru untuk semua pelajar. Sama ada pelajar Cina, India dan Melayu serta sesiapa sahaja yang berada di sesebuah sekolah itu. Sedangkan pelajar mentor mentee saya itu sudah a da 5 orang. Itu baru satu part prog mentor mentee. Belum masuk prog mentor mentee yang lain-lain tingkatan. waduh, bisa pusing dong kepala melayan anak-anak murid ini...

    Namun Athirah seorang gadis yang baik. Dia memahami penjelasan saya. Lagipun program itu telah disusun oleh pihak sekolah. Bukannya saya sesuka hati memilih mana-mana pelajar. Athirah tahu saya tak bias dengannya. Kali terakhir kami berjumpa, ialah hari terakhir sebelum saya bertukar ke Pahang. Saya dan dia mengalirkan air mata. Banyak kenangan yang kami coretkan bersama. (Kalau saya tulis semua kat sini, bimbang jemu membacanya. Dah jadi novel pula). Selepas itu, kami terputus hubungan.

    Surat di atas adalah surat kiriman Athirah pada 2007. Ketika itu Ramadhan, sebelum banjir besar melanda Johor dan sebahagian Pahang. Maaf Athirah, saya tak dapat membalas warkah dan pertanyaan demi pertanyaan Athirah pada masa itu. Ini adalah disebabkan pada masa itu saya sibuk berada di my 2nd home, hospital. Nanti kalau ada rezki, saya catatkan lagi kesinambungan my 2nd home itu.

    Kini, saya cuba menghubungi Athirah tetapi tidak berjaya. Athirah tak sertakan ALAMAT rumahnya. Uwaaaaa...sekarang bila saya nak balas surat yang dah terperam 2 tahun lalu, dah tak dapatlah. Sekarang juga, Athirah dah tamat SPM 2 tahun lalu. Kalau Athirah ambil Form 6, dia bakal hadapi STPM tahun ini. Apa-apa pun semoga Athirah selamat dan berjaya menjadi harapan ayahbondanya.

    Kementerian tambah elaun guru pedalamanman

    Kementerian tambah elaun guru pedalaman

    Oleh Roselan Ab Malek

    KEMENTERIAN Pelajaran mengkaji menambah elaun guru di kawasan pedalaman kepada lima kategori, berbanding hanya tiga ketika ini selepas mengambil kira kesusahan dan kepayahan dialami mereka.

    Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata selepas merasai sendiri keperitan guru di pedalaman khususnya di Pahang, Sarawak dan Sabah dia yakin elaun itu wajar dikaji semula.

    Mohd Puad berkata, ketika ini kementerian membayar elaun petugas di pedalaman iaitu RM500, RM1,000 dan RM1,500 kepada guru mengikut kategori kawasan.

    Menceritakan pengalaman ketika melawat di kawasan pedalaman di Pahang, Sarawak dan Sabah, baru-baru ini, beliau berkata, ada guru wanita sarat mengandung dan berkhidmat lebih lima tahun.

    ''Guru itu menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab mendidik anak bangsa tanpa rasa bosan dan kecewa," katanya.

    “Saya juga dapat lihat rumah guru yang begitu uzur dan guru berbantalkan beg untuk tidur,” katanya.

    Ketika lawatan itu juga, beliau bermalam di rumah panjang di Sarawak, manakala di Sekolah Kebangsaan (SK) Titom, Pahang beliau tidur di asrama untuk merasai sendiri suasana di sekolah pedalaman.

    ''Saya terharu dan bangga kerana guru berjaya mewujudkan persekitaran kondusif di sekolah masing-masing.

    “Bagi mengurangkan tekanan, sewajarnya guru bertugas di pedalaman diberi elaun lebih munasabah,” katanya pada sidang akhbar sempena lawatan ke beberapa sekolah Orang Asli di daerah Lipis, baru-baru ini.

    Antaranya ialah SK Betau, SK Lenjang dan SK Titom.

    Mohd Puad berkata, kerajaan meminta Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan membuat kajian menyeluruh menentukan elaun bagi lima kategori yang akan diperkenalkan itu.

    ''Kenaikan itu nanti sebagai insentif supaya guru lebih bersemangat menjalankan tugas di pedalaman yang tersisih daripada segala kemudahan.

    ”Kita bangga kerana mereka cukup bersemangat dan menunjukkan kesungguhan mengharungi kesukaran untuk memberi pendidikan kepada anak bangsa," katanya.

    Dalam perkembangan sama, kementerian akan mewujudkan skim khas untuk mengambil lebih ramai Orang Asli dan pribumi berkelayakan menjadi guru terlatih.

    Mohd Puad berkata, kementerian akan berbincang dengan Bahagian Pendidikan Guru untuk menetapkan kelulusan minimum bagi membolehkan masyarakat berkenaan memohon masuk ke institusi pendidikan guru seluruh negara.

    Berita Harian Online: 29 Mei 2009

    Hari Kemerdekaan Malaysiake 52 (2009)




    Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52
    SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.


    Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.


    Sekarang kita telah masuk ke bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.


    Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya. Untuk para pejuang kemerdekaan ini (khususnya yang beragama Islam) samada kita kenal atau tidak, samada nama mereka tercatat dalam sejarah atau tidak, marilah sama-sama kita hadiahkan Al Fatihah ke atas roh mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.


    Sehubungan dengan itu, “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 (lihat gambar) dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini. Sambutan ini akan diadakan di Dataran Parlimen.


    Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, menasihatkan semua peserta sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52, terutamanya yang menjalani ibadah puasa, menjaga kesihatan supaya sentiasa dalam keadaan optimum. Walaupun dalam keadaan berpuasa, beliau berharap peserta dapat menunjukkan semangat kuat dan bersungguh-sungguh ketika melakukan aktiviti pada acara itu yang akan diadakan di Dataran Parlimen, Isnin ini.


    "Walaupun kita berpuasa, pada hari sebenar sambutan nanti, saya harap kita semua akan menunjukkan semangat yang kuat dan bersungguh-sungguh semasa mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu patriotik," katanya ketika menyampaikan taklimat ringkas kepada ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 selepas menyaksikan raptai penuh di Dataran Parlimen di sini. Keterangan lanjut klik sini.


    Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja MERDEKA selama 52 tahun, sedangkan hampir 446 tahun kita dijajah oleh penjajah. Bermula dari kejatuhan Empayar Kerajaan Melayu Melaka pada 1511 Masihi, satu demi satu penjajah merobek nikmat kebebasan dan merampas ketamadunan yang telah dibina.


    Sejarah menuntut kemerdekaan tanahair adalah satu catatan perjalanan yang panjang. Dari sejak itu, datuk nenek moyang kita bertungkus lumus menghalau penjajah walau dengan apa cara sekalipun. Harga darah dan airmata yang tumpah tidak terkira banyaknya. Sejarah perjuangan mereka hendaklah kita generasi hari ini renungkan, fikirkan dan hargai. Kerana dari sejarahlah, kita mengenali akar budi kita. Dari sejarahlah, kita semakin menyintai negara bangsa ini. Justeru itu, kita, sebagai generasi pewaris hari ini, hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.



    Keterangan logo 1 Malaysia


    1 Malaysia


    Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.



    Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kemerdekaan, sila rujuk laman web rasmi Sambutan Kemerdekaan ke-52. Sila Klik Di sini.



    Nota kaki:
    sumber:http://kebudayaan.kpkk.gov.my/main/announcement/1582
    terima kasih
    : http://ibnismail.wordpress.com/

    Tips Pemakanan

    Tips Pemakanan Untuk Belajar Cemerlang


    Salah satu cara untuk meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan atau kekuatan akal ialah melalui pemakanan yang berkhasiat dan mengelakkan sumber makanan yang boleh memberi kesan yang tidak baik kepada otak. Di sini diberikan sedikit panduan pemakanan untuk membantu dalam kesihatan otak dan sekali gus membantu dalam perkembangan daya pemikiran yang cerdas.

    Makanlah makanan otak (brain food)
    Makanan yang baik untuk otak termasuklah buah avokado, pisang, daging tanpa lemak, brokoli. beras perang, kobis Brussels, sayuran hijau, tembikai Cantaloupe, telur, kekacang, makanan bersumberkan gandum, oren, mentega kacang, kacang pea, kentang, kacang soya, ikan salmon, ikan tuna, kismis, kurma, badam dan madu lebah. Semua makanan ini kaya dengan anti-oksida, vitamin dan mineral, juga mengandungi nisbah karbohidrat, protin dan lemak yang membantu mengekalkan fungsi badan dan mental yang sihat. Rasulullah pernah memberitahu bahawa akal yang sihat itu terdapat pada badan yang sihat. Lebih-lebih lagi semua jenis makanan di atas adalah sumber semulajadi yang mana sudah tentu tidak mengandungi bahan-bahan tiruan yang mendatangkan kesan sampingan.

    Makan makanan yang kaya dengan anti-oksida
    Fungsi anti-oksida adalah melindungi sel-sel badan, termasuk sel-sel otak. Sesetengah makanan seperti prune, kismis, strawberi, blueberi, raspberi, bawang putih, kailan dan bayam mengandungi anti-oksida yang sangat tinggi. Tanpa anti-oksida, daya pemikiran akan merosot kerana sel-sel otak akan merosak akibat dari pemusnahan oleh radikal bebas. Oleh kerana itulah kita harus mengambil makanan yang tinggi khasiat anti-oksida dalam diet harian.
    Pengambilan serat
    Gizi makanan yang seimbang mestilah mengandungi serat. Ia bukan sahaja menyingkirkan toksin dalam badan malah menjauhkan brain fog atau hilang ingatan secara tiba-tiba yang disebabkan oleh toksin dalam badan.

    Elakkan lemak berlebihan
    Kebanyakan lemak adalah kaya dengan Omega-6. Lemak tepu telah terbukti membantutkan pertumbuhan sel-sel otak, manakala asid lemak Omega-3 merupakan unsur yang menyeimbangkan asid-asid lemak dalam badan juga otak.

    Elakkan makanan yang mengandungi bahan tiruan
    Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bahan-bahan tiruan seperti pewarna, perasa atau pemanis, kola, sirap jagung, makanan sejuk beku, minuman segera bergula tinggi, makanan mengandugi MSG dan sebagainya, memberikan kesan tidak baik kepada otak. Secara asasnya makanan-makanan segera atau tiruan mempunyai kesan-kesan negatif jangka pendek dan jangka panjang. Walau sedikit sahaja pengambilan makanan jenis ini, ia akan memberika kesan kepada otak dalam masa 24 jam, lalu menyebabkan mental menjadi bengap, keliru dan kekurangan kuasa penumpuan.

    Elakkan gula dan karbohidrat berlebihan
    Gula dan juga karbohidrat berlebihan akan menjadikan minda menjadi mengantuk, lemah dan kurang bertenaga, juga boleh menyebabkan terjadinya brain fog, dengan kerana itu minda tidak dapat menjalankan proses berfikir dengan jelas dan lancar. Jadi elakkanlah makanan yang mengandungi glukos atau karbihidrat yang tinggi sebelum melakukan tugas-tugas yang banyak menggunakan proses berfikir, seperti kerja-kerja penulisan, kreativiti, penyelesaian masalah dan decision making.
    Jangan tinggalkan sarapan pagi
    Kajian menunjukkan bahawa, apabila kanak-kanak yang tidak makan sarapan pagi telah mula mengambilnya, didapati markah ujian matematik mereka mengalami peningkatan. Tetapi harus diketahui bahawa kita di Malaysia ramai orang suka mengambil nasi lemak sebagai sarapan. Nasi lemak boleh menyebabkan minda menjadi mengantuk, dan kepala ikan bilis yang terkandung dalam sambalnya itu menyebabkan daya ingatan menjadi lemah. Jangan makan nasi lemak pada sebelah pagi. Pastikan ikan bilis dibuang kepalanya sebelum dibuat sambal.
    Jangan makan dengan berlebihan
    Kesan makan berlebihan untuk jangka masa singkat, darah dalam badan ditumpukan kepada proses penghadaman, maka darah akan berkurangan pada bahagian otak. Untuk jangka masa panjang, oleh kerana lemak yang berlebihan (karbohidrat yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak) saluran darah akan menyempit akibat penempelan lemak di sekitar pembuluh darah. Ini menjadikan darah akan kurang mengalir pada bahagian otak, lalu menyababkan otak menjadi lemah.

    Alkohol - Elakkan sama sekali
    . Dari segi kesihatan mental , arak atau alkohol akan membunuh sel-sel otak yang mennyebabkan kewarasan dan kecedersan fikiran merosot. Ramai yang mengadu bahawa alkohol telah menjadikan memori dan daya intelek mereka melemah akibat pengambilan alkohol.

    Tips ringkas: Cara membuat Nota

    Tips membuat Nota



    Nota adalah ringkasan dan isi –isi penting dari matapelajaran yang kita dipelajari. Kejayaan seseorang pelajar di dalam peperiksaan banyak bergantung kepada kemampuannya menyediakan nota yang baik.Hasil dari satu eksperimen yang dijalankan didapati pelajar yang membuat nota mendapat 65% manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan semata-mata hanya 25% .Antara kelebihan membuat nota ialah:·

    • Menjimatkan masa untuk ulangkaji ringkas terutamanya disaat akhir peperiksaan.· Nota sebagai tanda kita telah memahami pelajaran yang dipelajari dan ia boleh dianggap sebagai inti-pati bagi matapelajaran berikut.·
    • Membezakan diantara fakta yang penting dan yang kurang penting . Ini bererti nota yang kita tulis itu adalah rumusan penting yang sebaik-baiknya kita kuasai dan hafal.·
    • Memudahkan proses mengingat.Berikut adalah senarai langkah-langkah membuat nota yang baik· Membaca teks pelajaran secara menyeluruh sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebelum membuat nota.·
    • Mendapat kefahaman yang menyeluruh.· Nota yag dibuat mestilah mengikut teks dalam perkara-perkara berikut (ta’rif , dalil , bahagian-bahagian , pendapat-pendapat ). Ini adalah kerana perkara-perkara ini perlu dihafal.·
    • Menggabungkan syarahan pensyarah dan teks.·
    • Membuat rujukan ketika perlu.·
    • Gunakan buku atau kertas kajang yang baik . Sebaik-baiknya menggunakan garisan-garisan berjalur.·
    • Pastikan tulisan anda jelas, terang dan mudah dibaca. Sebaik-baiknya gunakan dakwat yang lebih jelas dan mudah dibaca.· Gunakan teknik menggaris kata kunci , simbol , ringkasan huruf dan gambarajah jika perlu.
    • Nota yang dibuat hendaklah ringkas dan padat.

    PERINGATAN

    Pelajar perlu bijak mengolah dan memanjangkan nota ini ketika peperiksaan. Di sini letaknya peranan kebolehan kita mengarang dengan baik dan peranan kefahaman yang jelas. Tanpa kefahaman dan kebolehan mengarang , bagaimanakah kita akan mendapat markah yang baik. Kerap kali pelajar yang bergantung kepada nota menjadi kaku di dewan peperiksaan dan gagal untuk mengingati kembali isi kandungan paelajaran yang dipelajari .Lebih dahsyat lagi , apabila dia hanya bergantung kepada nota tanpa membaca muzakkirat. Semoga pelaja-pelajar boleh mengaplikasikan untuk membuat nota-nota ringkas dan pendek. Ini kerana ia mempunyai banyak kelebihan. saya juga menggunakan perkara yang sama semasa menuntut di sekolah dan akhirnya keputusannya amat memberangsangkan.

    Apa itu Bimbingan dan kaunseling

    Definisi Perkhidmatan Bimbingan dan sekolah

    Bimbingan dan Kaunseling

    Apa itu kaunseling?

    Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

    Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

    Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

    Catatan Terbiar

    Assalamulaikum
    mengambil keberkatan bulan ramadhan...
    saya hadir di sini.

    Mengetuk Pintu Ar Rayyan

    Mengetuk Pintu Ar Rayyan

    Daripada Sahl Ibn Sa'ad r.a, daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang disebut ar-Rayyan. Pada hari kiamat nanti, yang akan masuk melaluinya ialah orang-orang yang benar-benar berpuasa. Tidak ada golongan lain yang akan masuk melaluinya (pintu tersebut) melainkan mereka. (Nanti) Akan dikatakan," Di manakah mereka benar-benar berpuasa (di dunia dahulu)?" Maka mereka pun bangun. (Sekali lagi) Tidak ada golongan lain yang akan masuk melaluinya (pintu tersebut) melainkan mereka. Maka , apabila mereka telah memasukinya (pintu Ar-Rayyan tersebut), ia kan ditutup. Maka seorang pun tidak akan memasukinya (selepas itu)". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).


    Assalamualaikum warahmatullah. Apa khabar keadaan sahabat-sahabat saya yang melayari teratak ini dan teman-teman bloggers di luar sana? semoga sihat sejahtera dan ceria selalu.

    Salam ramadhan diucapkan kepada teman-teman sekalian. Mohon maaf di atas segala keterlanjuran kata yang mengguris hati. Semoga Ramadhan ini kita bisa memperoleh berkat dan rahmat daripadaNya.

    Panjang umur,kita berjumpa lagi.

    Sekian, wassalam.

    Pemuda hidup tunggang-langgang

    Pemuda Gay hidup tunggang-langgang



    Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com sebagai rujukan dan medium pendidikan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan bersama Dang Setia .Semoga mendapat manfaatnya

     

    APA yang bakal saya beritahu Dang Setia adalah dosa dan bebanan yang saya tanggung bertahun-tahun lamanya. Untuk lebih memudahkan, biar saya senaraikan perkara itu:

    i. Ketika saya berumur 11 tahun, seorang saudara meliwat saya ketika saya tidur. Akibat peristiwa itu saya menjadi homoseksual atau gay. Sampai sekarang saudara saya yang kini berumur 32 tahun masih meliwat saya.


    Jika saya menolak, dia mengugut akan memberitahu kawan saya bahawa saya gay. Keadaan ini membuatkan saya sungguh tertekan.

    ii. Pada awal 2006, saya berkenalan dengan gadis bernama Y. Kami bercinta hampir dua tahun. Hubungan yang pada mulanya saya sangka panas hinggakan ke petang, rupa-rupanya tidak.

    Kekasih saya memutuskan hubungan secara tiba-tiba tanpa usul periksa. Saya tidak pernah mengongkongnya, malah pernah membenarkannya keluar bersama abang angkatnya ke Kuala Lumpur. Dia tidak tahu saya gay.

    Saya terpaksa menanggung kesedihan ini seorang diri. Saya sedar saya gay tapi saya ada naluri untuk berkahwin dan memiliki keluarga bahagia. Sampai sekarang saya masih mengingati bekas kekasih saya walaupun dia sudah ada pengganti dan akan berkahwin akhir tahun ini.

    iii. Perkara ini mungkin membuatkan Dang Setia tergamam. Selama hidup, saya tidak pernah mengerjakan solat. Keadaan ini membuatkan diri saya berasa sungguh hina.

    Saya tidak menyalahkan ibu bapa kerana mereka memberi tunjuk ajar hal agama, namun kelakuan saya yang suka memberontak menyebabkan saya mengambil sikap sambil lewa berkenaan solat. Mungkin sebab itu hidup saya tunggang-langgang dan segala kerja saya tidak menjadi.

    Saya berharap sangat Dang Setia dapat membantu menyelesaikan masalah saya supaya saya lebih tabah mengharungi hari mendatang.



    KHAI

    Damansara Utama

    Kuala Lumpur




    Untuk lebih memudahkan juga, Dang Setia akan menjawab masalah saudara berdasarkan senarai yang diberi:

    i. Kebanyakan homoseksual, tidak kira sama ada gay atau lesbian selalu berhujah, orang lain tidak faham masalah mereka. Hanya yang mengalami tahu kesukaran yang mereka hadapi.

    Dang Setia tidak menafikan hujah itu dan bukan tidak bersimpati atau menghina. Namun apabila amalan seks sesama kaum sejenis dilarang Allah di dalam al-Quran, kita wajib mematuhinya.

    Tiada kompromi dalam hal ini. Apabila Allah kata tak boleh, tak bolehlah jawabnya. Apabila Allah melarang, pasti ia untuk kebaikan. Jika kita mengingkarinya, pasti akan mengundang musibah.

    Sekadar satu contoh, hari ini siapa mengamalkan homoseksual berisiko tinggi menghidap penyakit Aids yang sehingga kini masih tiada penawarnya.

    Bayangkan juga, jika lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita, bagaimana zuriat boleh dilahirkan? Apabila tiada zuriat, pasti sesebuah masyarakat lemah kerana tiada yang muda untuk menggantikan yang tua dan tiada yang lahir untuk menggantikan yang mati.

    Oleh itu, tiada alasan yang boleh saudara beri untuk menghalalkan apa yang diharamkan Allah, termasuk juga ugutan peliwat untuk mendedahkan aib saudara.

    Masalah saudara memang rumit, namun itu tidak bermakna saudara perlu menyerah kalah dan terus-terusan melakukan perkara yang dilarang Allah.

    Saudara perlu berani berjuang demi keredaan Allah. Katakan kepada si peliwat, jika dia berterusan meliwat dan mengugut, saudara akan melaporkan perkara itu kepada polis. Ini bukan sekadar cakap kosong, sebaliknya saudara perlu benar-benar melakukannya.

    Jangan malu membawa perkara ini ke tengah. Ya, mungkin ada pihak memandang serong kepada saudara, namun sematkan di dalam hati — biarlah manusia mencaci, asalkan Allah mengasihi kita.

    Sentiasalah memotivasikan diri dengan menginsafi peringatan Allah di dalam al-Quran:

    “Ingatlah betapa azabnya kaum Nabi Lut. Mereka tertarik kepada kaum sejenis iaitu lelaki, mengadakan hubungan seks dengan lelaki hinggalah Allah menterbalikkan bumi dan menghujani mereka dengan batu daripada tanah yang terbakar.”

    ii. Apabila saudara terbuka pintu hati untuk menjalin hubungan cinta dengan wanita, itu Dang Setia anggap satu hidayah Allah untuk menyedarkan saudara supaya tidak terus hidup dalam dunia homoseksual yang dilaknati Allah.

    Seharusnya saudara juga melihatnya daripada perspektif sama kerana hanya dengan cara itu saudara lebih beriltizam untuk meninggalkan cara hidup songsang.

    Apabila saudara berkeinginan untuk berkahwin dan memiliki keluarga bahagia, ia juga petanda kuat yang saudara mampu menjadi lelaki normal. Yang penting sekarang ialah usaha dan kesungguhan.

    Mungkin berkahwin pendekatan terbaik untuk menutup ruang pembabitan saudara dalam gejala seks songsang. Justeru, berusahalah mencari calon isteri.

    Jika sudah putus cinta dengan Y, tiada guna dikenang dan diratapi lagi kehilangannya, apatah lagi dia kini ada pengganti. Jadi, saudara juga perlu segera cari pengganti.

    Sentiasa sematkan di dalam hati, apa yang saudara lakukan ini semata-mata untuk mencari keredaan Allah. Jangan mudah putus asa. Jika kita berusaha ke jalan Allah, Allah akan membantu dan mempermudahkan usaha kita.

    iii. Ya, Dang Setia bersetuju, kegagalan menunaikan kewajipan bersolat menjadi punca segala permasalahan saudara sehingga menyebabkan kehidupan menjadi tunggang langgang.

    Ini kerana Allah memberitahu kita, sesungguhnya solat mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Jika kita tidak menunaikan solat atau jika solat kita tidak sempurna, mudahlah kita melakukan perbuatan keji dan mungkar.

    Jika kita ingin bina kubu atau benteng untuk mengelak melakukan perbuatan keji dan mungkar, kita wajib menunaikan solat. Solat juga dianggap tiang agama. Orang yang tidak menunaikan solat dianggap meruntuhkan agama.

    Malah solat juga membezakan seorang muslim dengan kafir. Bagaimana kita boleh mengatakan diri kita muslim jika kita tidak menunaikan solat.

    Oleh itu, segera bertaubat dan menunaikan solat. Jangan sekali-kali beri alasan tidak tahu. Jika tak tahu, saudara wajib belajar. Kalau tuntutan dunia membolehkan seseorang itu belajar sehingga menggenggam ijazah dan PhD, takkan kita tak boleh belajar cara bersolat yang betul.

    Sesungguhnya terlalu banyak nikmat dan manfaat di sebalik amalan solat yang semuanya hanya akan diperoleh selepas kita menunaikannya.

    Gadis hanyut buru cinta sejati

    Gadis hanyut buru cinta sejati

     

    Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com sebagai rujukan dan medium pendidikan pemilik blog ini. Ia diambil dari Berita Minggu, ruangan bersama Dr Rubiah K. Hamzah .Semoga mendapat manfaatnya

    Terlalu leka buru kasih sayang boleh sebabkan seseorang lupa cintai diri sendiri dan mudah jatuh hati

    Soalan:
    Saya gadis berumur 24 tahun, kini menuntut dan bakal menjadi seorang guru. Saya pernah bertunang, namun putus di tengah jalan disebabkan saya tidak mencintainya. Kami bertunang disebabkan kehendak keluarga. Saya lulusan ijazah, manakala dia hanya SPM tetapi disebabkan ingin merapatkan hubungan keluarga saya menerimanya seadanya. Keluarganya golongan berada.

    Sepanjang dia menjadi tunangan saya, dia selalu membuat perkara yang menyakitkan hati saya dan langsung tidak berubah. Kami pernah melakukan perkara 'ringan-ringan' ketika berjumpa. Dia mengugut untuk putuskan pertunangan dan kadang-kadang saya terpaksa demi untuk keluarga, namun saya tahu dosa yang dilakukan. Jadi saya mengambil keputusan untuk berpisah dengannya atas apa yang dilakukannya, saya jadi benci kepadanya.

    Tempoh krisis itu menemukan saya dengan jejaka lain iaitu A, biarpun perkenalan menerusi telefon. Kami berkenalan serta berhubung dan mengaturkan pertemuan. Kami bertemu dan dia katakan pada saya ingin menjadikan saya isterinya. Dia juga mengakui dirinya seorang jurutera. Setelah bertemu, dia memberikan saya cincin tanda perkenalan. Saya tidak syak apa-apa yang pelik daripadanya. Dia berjumpa keluarga saya dan saya hanya menganggap A sebagai abang angkat saja, langsung tiada perasaan cinta.

    Suatu hari, sebelum saya ke sesi temu duga, A mengajak saya tinggal di sebuah hotel dan ingin menghantar saya ke lokasi temu duga itu. Dia berjanji dan bersumpah tidak akan mengapa-apakan saya. Saya tidak memberitahu kepada keluarga saya mengenai ini. Malangnya, sesuatu yang tidak diduga berlaku dan dia meragut kesucian saya.

    Saya sangat sedih biarpun dia berjanji untuk bertanggung jawab. Saya pun tidak tahu kenapa saya langsung tidak marah padanya malah akur dengan apa saja kehendaknya, sehinggakan dia melakukannya tiga kali terhadap saya. Saya mulai sedar yang saya teraniaya apabila isterinya menelefon. Saya sangat terkejut, namun masih boleh menerimanya. Dia sudah beristeri dan mempunyai tiga anak tapi tetap melakukan dosa.



    Daripada awal A sudah banyak menipu pada saya. A tidak jujur dengan saya. Dia mahukan saya atas sebab saya mempunyai pendidikan yang tinggi dan dapat menjamin masa depannya. Depan saya dan keluarga, A menunjukkan alim. Saya tidak sanggup menjadi isteri keduanya. Sekarang tinggallah saya sendirian dengan pelajaran saya.

    Bekas tunang juga menghubungi saya dan meminta maaf atas apa yang dia lakukan pada saya. Saya keliru dan sukar untuk percaya pada dia lagi. Namun dia semakin berubah dan bertaubat. Dia merayu supaya saya kembali padanya. pada pada masa yang sama seorang lelaki lain, iaitu B jatuh cinta pada saya di tempat saya belajar. Saya menyayanginya sebagai seorang kawan dan sukar untuk terimanya disebabkan kisah hitam saya. Saya tahu saya mencintai B tetapi dengan kisah hitam saya dulu membuat saya serba salah dan tidak boleh menerimanya.

    Apa yang patut saya lakukan Puan?

    AMILA

     
    Jawapan:
    Amila kini bergelut mencari sinar di sebalik kabus kelabu. Amila, langit tidak selalu cerah dan mendung tidak akan berkekalan. Hilang kabus cerahlah cuaca. Selama ini anda mungkin tenggelam dalam dunia memburu cinta sejati, namun ditemukan dengan cinta nafsu hingga anda hanyut dan menjadi mangsa cinta nafsu yang anda peroleh. Faktor utama terjadinya episod demi episod hitam pada diri anda kerana terlalu dahagakan perhatian dan belaian, serta takut ditinggalkan.

    Akibatnya anda tidak menggunakan ilmu yang anda ada lalu melanggar perintah Tuhan berkali-kali. Secara keseluruhannya anda belum sayang dan hormat dengan diri sendiri hingga terlalu murah dipergunakan untuk memuaskan nafsu. Akibat terlalu memburu kasih sayang yang namanya cinta orang, anda lupa mencintai diri sendiri, hingga terlalu mudah sangkut dengan siapa saja yang sanggup melayan diri anda.

    Anda berasa tidak sempurna hidup tanpa belaian lelaki, hingga menyerahkannya pada sesiapa saja. Akhirnya anda terperangkap dengan rasa malu pada orang, tetapi masih tidak berasa malu kepada Allah. Apa maknanya malu dengan manusia sedangkan tidak berasa malu kepada Allah sepenuhnya. Masih sukar untuk bertaubat, dan masih mendedahkan diri kepada perhatian lelaki tanpa ada ruang untuk menilai dan menyemak diri, adakah yang sudah dilakukan dan apakah perancangan masa depan hanya kerana anda ada kelulusan.

    Apa maknanya kelulusan tinggi jika harga diri paling rendah pada mata Alah dan manusia. Apa yang Umi boleh pesan, belajar semak diri, bina matlamat hidup yang jelas dan mencapainya dengan menjauhi dosa dan membanyakkan pahala, banyakkan rindu pada Allah daripada rindu pada manusia yang tidak mentaati Tuhan.

    Anda banyak mentaati manusia yang membelakangkan Tuhan, akibatnya anda akan terus diheret ke kancah noda dan dosa kerana anda sudah melaluinya. Penyesalan tanpa taubat tidak akan sampai ke mana-mana. Ilmu yang anda miliki tidak membuat anda jauh daripada kebodohan, sedangkan kebodohan adalah tanda kematian jiwa dan mensesiakan umur, menjadikan hidup sangat membosankan dan menyedihkan. Kebodohan tidak pernah memunculkan hal yang baru, yang segar dan menarik setiap hari, sedangkan orang berilmu itu , ilmunya menjadi cahaya murni bagi hati, kehidupan, roh dan menjadi bahan bakar bagi tabiat buruk, hingga kekal terjaga oleh ilmunya.

    Oleh sebab itu yang dikatakan orang berilmu itu mereka menjadikan ilmu sebagai pengawal dan penyebab kepada kebahagiaan, kedamaian dan ketenteraman hati. Oleh itu anda perlu bertaubat nasuha dengan Allah dengan seikhlasnya dan menangislah dengan Allah berjanji tidak akan melakukan perkara terkutuk itu dalam keadaan apa pun dengan cara menambah ilmu yang dapat meningkatkan keyakinan anda kepada kekuasaan Allah dan mohon cinta Allah seperti dalam firmannya yang bermaksud: "Bacalah dengan nama Rabb-mu Yang menciptakan" (QS al-Alaq:1). Ini kerana "barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka Allah akan pandaikannya dalam agama '(al-Hadis). Ini bermakna anda harus memantapkan diri sehingga dapat berasakan yang Allah sangat dekat dengan anda dan berasa Allah sentiasa melihat apa yang anda lakukan.

    Langkah seterusnya renungkanlah betapa banyaknya nikmat umur, rezeki dan kesihatan yang dianugerahkan Allah pada anda yang dibalas dengan melanggar perintahnya. Oleh itu bangunkan diri anda bersihkan minda, hati dan perasaan anda daripada memikirkan kesalahan masa silam, kerana itu sudah berlalu. Mulai hari ini penuhkan masa anda dengan aktiviti berfaedah yang boleh mendekatkan diri kepada Allah. Jangan tinggal mengurung diri dalam kekosongan kerana kekosongan adalah musuh yang mematikan, masa lapang yang tidak diisi adalah sebahagian kemalasan. Ketahuilah orang yang selalu gundah dan hidup dalam kecemasan ialah mereka yang terlalu banyak masa yang terluang dan terbiar. Seterusnya mohon perlindungan daripada Allah dan niatkan semua amal perbuatan anda kerana Allah semata-mata dan jangan pernah mengharapkan terima kasih dari orang lain pada kebaikan yang sudah anda lakukan.

    Akhir sekali, penuhkan masa hidup anda dengan sentiasa bergerak aktif, bekerja, mencari, membaca al-Quran, bertasbih, menulis atau mencari sahabat yang mampu membawa anda ke arah jalan yang lurus. 

    Gunakan waktu sebaiknya, jangan biarkan seminit pun terbuang sia-sia. Ingat walaupun sehari anda lengah dan cuai, sudah pasti rasa gundah, keresahan godaan dan bisikan syaitan akan mudah menyelinap dalam tubuh anda. Jika ini terjadi anda akan jadi bola mainan syaitan. 

    semua lelaki yang sudah mengotori anda walaupun dia mohon maaf jutaan kali kerana mereka tidak menghormati anda dan mana mungkin akan menyayangi anda. Tidak ada orang yang paling menyayangi diri kita selain kita sendiri. Jangan terlalu cepat makan pujukan lelaki, sebelum anda mampu memujuk nafsu anda mengikut peraturan Tuhan. Selamat berjuang.

    Disclaimer

    (c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .