Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Noorhisham beritahu isteri tidak balik rumah tiga hari

Noorhisham beritahu isteri tidak balik rumah tiga hari

Entry ini saya petik dari Utusan malaysia Online,klik sini. Ketika kita bergembira untuk menyambut raya, ada insan yang diduga. Moga mereka yang hilang ini dapat ditemui dengan segera. kasihan ahli keluarga mereka...

KUALA LUMPUR 7 Sept. - "Tolong faham, abang tak balik rumah tiga hari dan abang minta maaf. Nanti balik abang akan cerita," itulah kata-kata terakhir Noorhisham Mohammad kepada isterinya, Suzana Radim Pangat menerusi telefon sebelum beliau dilaporkan hilang.

Noorhisham, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru dilaporkan hilang bersama-sama juwatan kosmetik Sosilawati Lawiya, 44, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak Isnin lepas semasa berada di Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Suzana, 38, berkata, kali terakhir beliau bercakap dengan Noorhisham ialah melalui panggilan telefon kira-kira 8.15 malam Isnin minggu lalu dalam keadaan tergesa-gesa.

"Saya rasa sangat pelik. Apabila saya tanya kenapa, dia cuma jawab yang dia suruh saya faham, nanti balik dia akan cerita semuanya dan ketika itu dia hanya sehelai sepinggang.

"Jadi, saya tak buat apa-apa tindakan kepada polis walaupun saya rasa apa yang berlaku ini pelik sebab bila suami cakap dia akan balik tiga hari lagi, fahaman saya dia akan balik," katanya kepada Bernama di kediamannya di Taman Seria, Ampang, hari ini.

Beliau berkata, pada hari kejadian, suaminya ada memberitahu bahawa beliau akan ke Banting atas urusan kerja bersama-sama Sosilawati, Kamaruddin dan Ahmad Kamil.

"Dan apa yang saya tahu pada masa itu, suami saya menaiki kereta dengan (Ahmad) Kamil sebab sebelum bertolak ke Banting dia ada telefon bagi tahu yang dia nak bertolak," katanya. - bernama
Suzana yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya dengan Noorhisham, berkata sejak 31 Ogos hingga kini beliau tidak dapat menghubungi suaminya.

"Pada hari berikutnya itu, saya risau kenapa dia tak hubungi. Petang saya hubungi dan SMS suami saya guna telefon saya dan anak, tetapi tak dapat," katanya.

— LAGI NOORHISHAM-ISTERI 3 KUALA LUMPUR Menurutnya beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira 5 petang pada Khamis lepas selepas tiga hari suaminya tidak pulang ke rumah. "Saya risau sebab dah tiga hari dia tak balik, sebelum ini dia tak pernah buat macam ni. Kalau pergi out station pun dia akan balik," katanya sambil menambah Sosilawati merupakan pelanggan Noorhisham sejak dua tahun lalu.

Menurut Suzana, hari ini beliau dapat mengenal pasti kereta suaminya yang berada di Seksyen 7, Shah Alam.
"Anak Datuk Sosilawati beritahu kereta (Proton Perdana) Noorhisham ada di Seksyen 7. Nasib baik kunci spare ada dan saya terus ke sana untuk bawa kereta itu balik ke rumah," katanya.

Mengenai persiapan Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi, Suzana berdoa agar suaminya dapat pulang untuk meraikannya bersama mereka sekeluarga.

Program Biasiswa Khazanah

Khazanah Watan Scholarship Programme

Announcements

3 September 2010
Application for Khazanah Global Scholarship and Khazanah Watan Scholarship
is open on 4th September 2010.

The Khazanah Watan Scholarship is a prestigious award that offers opportunities for talented and high-achieving Malaysians to pursue Undergraduate and Postgraduate studies at selected leading local universities.

The aim of the Khazanah Watan Scholarship Programme is two-fold; to train Malaysia’s brightest talents to transform its GLCs into competitive business locally and internationally; and to encourage individuals with excellent academic credentials to lead and participate in research initiatives that will contribute to the advancement of the universities’ reputation in research and innovation.

Criteria/Eligibility

General Terms and Conditions
  1. Posses strong leadership skills and active participation in extra-curricular, social or voluntary activities
  2. A personal statement (for undergraduate study) or a research outline (for postgraduate study) will be required
  3. Applicants must have a consistent and outstanding academic achievement record as stated below.
Undergraduate (Bachelor Degree)
  1. Obtained admission to pursue studies or currently in the first year of a Bachelor Degree programme at one of the selected leading universities in Malaysia
  2. Obtained a minimum of 3As and 1B for STPM or GCE A-Levels or a minimum CGPA 3.50 / 4.00 for Pre-University or Foundation or Matriculation Programme
  3. Not exceeding 21 years of age as at the enrolment date for the Scholarship programme
Master Degree
  1. Obtained admission to pursue studies at one of the selected leading universities in Malaysia
  2. Obtained a Bachelor’s Degree with a minimum CGPA 3.50 / 4.00 or a Second Class Upper
  3. Not exceeding 35 years of age as at the enrolment date for the Masters programme
Ph.D
  1. Obtained admission to pursue studies or currently in the first year of a Doctoral Degree programme at one of the selected leading universities in Malaysia.
  2. Obtained a Master Degree with a distinction or a minimum CGPA 3.50 / 4.00 or ‘A’ grade average and/or excellent examiners’ report if the Master Degree is by research
  3. Obtained a Bachelor’s Degree with a minimum CGPA 3.50 / 4.00 or Second Class upper or an ‘A’ grade average or equivalent
  4. Not exceeding 40 years of age as at the enrolment date for the doctorate programme
List of Selected Leading Malaysian Universities
The recipients of the Khazanah Watan Scholarship Programme will study at any one of the following leading Malaysian universities:
  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia
  3. Universiti Malaya
  4. Universiti Multimedia
  5. Universiti Putra Malaysia
  6. Universiti Sains Malaysia
  7. Universiti Tenaga Nasional 
  8.  

Khazanah Global Scholarship Programme

      

The Khazanah Global Scholarship is a prestigious award that offers opportunities for bright and high-achieving Malaysians to pursue Undergraduate and Postgraduate studies at selected leading universities around the world. In addition, recipients of the Khazanah Global Scholarship are provided with leadership trainings and job attachments at leading organisations in Malaysia.

The trainings, job attachments and exposures, and the facility to gain professional experience at leading corporations in the world represent opportunities that we provide in our quest to nurture our scholars to realise their potential to become Malaysia’s future business and industry leaders.

The duration of the scholarship will be for the full course of study, as stipulated in the offer of admission, subject to Yayasan Khazanah’s terms and conditions.

The scholarship is open to all Malaysians planning to pursue or are currently pursuing undergraduate and postgraduate studies at top universities in the United Kingdom, the United States and Australia.

General Terms and Conditions
  1. Posses strong leadership skills and active participation in extra-curricular, social or voluntary activities
  2. A personal statement (for undergraduate study) or a research outline (for postgraduate study) will be required
  3. Applicants must have a consistent and outstanding academic achievement record as follows:
For Foundation Studies
  1. Obtained a minimum of 8A+s in the recent SPM examination
  2. Not exceeding 18 years of age as at the enrolment date for the foundation studies.
For Undergraduate Studies
  1. Obtained a minimum 3As for A-level
  2. Obtained a minimum of 3.50 CGPA for Bachelor’s Degree
  3. Obtained admission to pursue or currently pursuing studies at renowned universities
  4. Not exceeding 21 years of age as at the enrolment date for the degree programme
Master Degree
  1. Obtained a minimum of Second Class (Upper) Degree (Hons) for Bachelor’s Degree
  2. Obtained admission to pursue studies at renowned universities
  3. Not exceeding 40 years of age as at the enrolment date for the Master programme
PhD
  1. Obtained a distinction or ‘A’ grade average or equivalent (if there is a point systems) at Masters level
  2. Obtained admission or currently pursuing studies at renowned universities
  3. Not exceeding 40 years as at the enrolment date for the doctorate programme.

To apply Khazanah Global Scholarship, click Apply Now

To apply Khazanah Watan Scholarship, click Apply Now

For inquiries please call
+603 2727 6850
or
+603 2727 6851 or email us at yk@khazanah.com.my.


 To visitor this blog, For Futher information, please click here; 

 

 

 

Kaedah Penentuan Ramadhan Syawal Anak Bulan Cuma Kiasan

Kaedah Penentuan Ramadhan Syawal, ‘Anak bulan cuma kiasan’

  
  • Foto Sebahagian alat melihat anak bulan di Kompleks Falah Alkhwarizimi.
  • Foto Kassim menunjukkan cara mengendalikan teleskop manual.
Kaedah lihat kedudukan, cahaya sebahagian hilal syarat asas tentukan Syawal

SETIAP kali hadirnya dua bulan penting dalam kalendar Islam iaitu Ramadan dan Syawal, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menjadi individu paling popular untuk mendengar pengumuman permulaan puasa dan hari raya. Lazimnya, kita hanya menunggu di depan televisyen bagi mengetahuinya tanpa mengambil tahu pendekatan menetapkan tarikh itu.

Persoalanya, bagaimanakah tarikh itu diputuskan? Apakah alasan di sebalik perbezaan kaedah yang digunapakai negara Islam bagi menentukan tarikh penting ini?

Pertemuan dengan Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka, Dr Kassim Bahali, baru-baru ini merungkaikan banyak persoalan berkaitan. Di Malaysia, kaedah yang digunakan adalah Rukyah dan Hisab atau dalam bahasa Melayunya mencerap dan mengira. Rukyah, menurut Dr Kassim, sebagai mematuhi Sunnah Rasulullah SAW dalam hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kami kerana melihat hilal. Bila hilal tertutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan Syaaban tiga puluh hari.”

Menurut Dr Kassim, hadis itu jelas menunjukkan Rasulullah menyuruh kita melihat hilal dan itulah yang dilakukan sebagai mengikut Sunnah.

Permohonan Kemasukan Sesi Disember 2010 ke UITM

Permohonan Kemasukan Sesi Disember 2010 ke UITM

Permohonan adalah dipelawa kepada Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program di Universiti Teknologi MARA.

  • Permohonan melalui online.uitm.edu.my bermula 16 Ogos 2010 (Isnin).
  • Tarikh tutup 13 hari lagi.
  • Tarikh tutup permohonan pada 19 September 2010 (Ahad)
Pertanyaan tentang Pengambilan dan Keputusan Permohonan:

      Ketua
      Bahagian Pengambilan Pelajar
      Bangunan UiTM International Centre (UIC)
      Universiti Teknologi MARA
     40450 Shah Alam
     Selangor Darul Ehsan

      http://pengambilan.uitm.edu.my.

Syarat Am

Calon-calon mesti memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program bagi setiap program pengajian yang dipohon.

Syarat Am Universiti Bagi Calon SPM/ setaraf

  • Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia.
Syarat Am Universiti Bagi Calon STPM
  • Lulus SPM / setaraf dengan baik.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am
    dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
  • Mengambil Malaysian University English Test (MUET).

TAHAP PROGRAM
Band Empat (4) Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian ( Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (TESL)
Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian)
Band Tiga (3) Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
Ijazah Sarjana Muda Perubatan Dan Pembedahan
Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) (Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional)
Band Satu (1) Program lain selain di atas

Syarat Am Universiti Bagi Calon Matrikulasi
  • Lulus SPM / setaraf dengan baik.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
  • Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM
    dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00.
  • Mengambil Malaysian University English Test (MUET).

TAHAP PROGRAM
Band Empat (4) Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian ( Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (TESL)
Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian)
Band Tiga (3) Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
Ijazah Sarjana Muda Perubatan Dan Pembedahan
Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) (Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional)
Band Satu (1) Program lain selain di atas

Syarat Am Universiti Bagi Calon Diploma
  • Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti.
  • Mengambil Malaysian University English Test (MUET).

TAHAP PROGRAM
Band Empat (4) Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian ( Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (TESL)
Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian)
Band Tiga (3) Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
Ijazah Sarjana Muda Perubatan Dan Pembedahan
Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) (Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional)
Band Satu (1) Program lain selain di atas

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPMa SESI JAN 2011

IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPMa SESI JAN 2011  ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

Permohonan Kemasukan Ke IPMa boleh dibuat mulai 06 September 2010 (Permohonan Ke KPM, KKTM dan GMI ditutup pada 04 Oktober 2010)


Syarat - Syarat Kelayakan
1. Kolej Profesional MARA (KPM)
2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
3. German-Malaysian Institute (GMI)

Syarat kelayakan untuk kursus di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di laman web kolej/universiti berkenaan.




Permohonan Dibuka ke IPMa (Institut Pendidikan MARA); Pengambilan Sesi Januari 2011. Rebutlah peluang untuk ini dan Mohonlah secara online di http://online.mara.gov.my/upimonline





MAKLUMAT AM UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM)
 Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) diwujudkan untuk menyelaraskan sepenuhnya urusan kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) secara berpusat. Pengambilan pelajar adalah sebanyak 2 kali setahun di mana permohonan boleh mula dibuat setelah iklan dikeluarkan. Antara tugas utama UPIM adalah seperti yang disenaraikan :‑


Menyediakan panduan dan laman web bagi permohonan secara online untuk program pengajian  Persediaan, Pra-Diploma, Diploma, Higher National Diploma dan Ijazah Pertama.
Menerima dan memproses permohonan pemohon.
Menyelaras penempatan pemohon yang berjaya ke IPMa.
Mempastikan urusan kemasukan pemohon ke IPMa berjalan lancar.
Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang terlibat dalam penyelarasan permohonan bagi program pengajian Persediaan, Pra-Diploma, Diploma, Higher National Diploma dan Ijazah pertama melalui UPIM adalah seperti berikut :‑
Kolej Profesional MARA ( KPM )
German Malaysian Institute (GMI)
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) / Institut Kemahiran MARA (IKM)
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Cawangan-Cawangannya.
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

PERMOHONAN PILIHAN PROGRAM / INSTITUSI
Permohonan secara on-line hendaklah dibuat berdasarkan kelayakan pemohon mengikut kelayakan dan minat masing­-masing.
KRITERIA PEMILIHAN
Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑

Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-

pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.

TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN MARA
Pemohon yang terpilih akan dihubungi terus oleh IPMa yang dipilih, walaubagaimanapun , bagi pemohon yang tidak menerima apa-apa tawaran selepas enam (6) bulan dari tarikh permohonan bolehlah menganggap permohonan mereka gagal. Tidak ada surat menyurat dibuat mengenainya.

TAJAAN PENGAJIAN
Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM dan IKM, yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun pelatih akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

KATEGORI PEMOHON
Kategori pemohon adalah berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti berikut :‑

Pemohon yang menggunakan keputusan SPM/SPMV / Setaraf dengannya.
Pemohon lepasan SPM dan Sijil mengikut bidang yang dipohon.
Pemohon lepasan SPM dan STPM.
Pemohon lepasan SPM dan Diploma/Higher National Diploma / Setaraf

PERMOHONAN BAGI PROGRAM YANG PERLU TEMUDUGA
 
Permohonan bagi program yang perlu ditemuduga akan dimaklumkan oleh IPMa yang berkaitan sekiranya layak dan akan dipanggil untuk temuduga. Program yang perlu ditemuduga adalah sepeti berikut:
 

Kursus di GMI
Kursus di UniKL MIMET
Kursus di KPTM
 
 
STATUS PERMOHONAN
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan di laman web UPIM.

Tentera Jepun Kena Dera

Tentera Jepun Kena Dera; Kosmo Ahad



Entry ini saya petik dari akhabar Kosmo Ahad, 5 September 2010 dalam  sisipan Jurnal oleh Wartawan Jurnal Kosmo, Adham Shadan. Semoga anak-anak dapat mengambil iktibar dari sejarah ini.

TENTERA Jepun memang kejam. Mereka memancung kepala, menyuruh minum air sabun, menikam dengan bayonet, mengerah menjadi buruh paksa dan membakar hidup-hidup sesuka hati.

Itu sudah biasa kita dengar kala berbicara tentang keganasan tentera Jepun ketika menjajah Tanah Melayu lebih enam dekad lalu. Sehinggakan frasa 'penampar Jepun' pun masih melekat hingga hari ini.

Namun, sekejam-kejam tentera Jepun, ada juga dalam kalangan mereka yang pengsan apabila giliran mereka pula 'didera'.

Cerita sejarahwan, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim, apabila Jepun mengaku kalah dan tentera British kembali ke Tanah Melayu, tentera Jepun yang ditawan telah dipaksa membersihkan kawasan bandar dan ada juga yang dihukum berlari.

Di Teluk Intan, Perak misalnya, tentera Jepun yang ditawan telah dipaksa oleh tentera British untuk mengutip sampah di bandar itu dan diarah berlari sejauh 42 kilometer dari Teluk Intan ke Bidor.

"Masa itu umur saya lapan tahun. Tentera Jepun sudah mengaku kalah dan akan berundur.
"Sementara menunggu detik untuk dibawa pulang ke tanah air mereka, tentera British telah 'mengenakan' mereka.

"Saya nampak puluhan tentera Jepun dipaksa kutip sampah dan berlari begitu jauh. Sampai ada yang pengsan.

"Mereka yang pengsan kemudian dicampak ke dalam lori," kata Kay Kim, 73, kepada Jurnal saat diminta mengimbas peristiwa Jepun mengaku kalah pada 1945.

September ini, genap 65 tahun berakhirnya derita penduduk Tanah Melayu daripada cengkaman Jepun dan tamatnya polemik militari global, Perang Dunia Kedua amnya.

Victoria Institution

Gugurnya bom atom yang meranapkan bandar Hiroshima dan Nagasaki beberapa minggu sebelum itu memberi tekanan kepada Negara Matahari Terbit itu dan mendorong kepada kekalahannya.

Di Tanah Melayu, Jepun mengaku kalah secara rasminya pada 12 September 1945 apabila dokumen serah diri Jepun ditandatangani di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Upacara yang sama turut berlangsung di Singapura.

Sambung Kay Kim, pada masa itu, penduduk Tanah Melayu kebanyakannya kanak-kanak berkumpul di jalanan untuk melihat tentera Jepun membersihkan bandar.

Tentera-tentera British pula yang kebanyakannya dari India mengagih-ngagihkan coklat dan gula-gula kepada kanak-kanak.

"Seluruh Tanah Melayu menyambut berita kekalahan Jepun dan kembalinya British dengan jiwa yang gembira.
"Ini kerana, selain menderita hidup dijajah Jepun, hakikat bahawa Jepun tidak melakukan apa-apa untuk kemajuan Tanah Melayu cukup mengecewakan.

"Ekonomi negara ini sangat teruk semasa Jepun menjajah sehingga harga barang terlampau mahal.
"Duit Jepun iaitu 'duit pisang' juga seperti tidak ada nilai kerana ia dicetak sesuka hati," katanya. Kay Kim dilahirkan di Kampar dan dibesarkan di Teluk Intan.

Bercerita tentang tentera Jepun, Kay Kim mengakui kekejaman mereka. Beliau dan keluarga bahkan pernah melarikan ke dalam hutan untuk menghindari tentera Jepun.

Beliau juga menyifatkan tentera Jepun kuat, menggunakan peralatan senjata setanding Barat, berstrategi rapi dan setia kepada maharaja.

Pedang

"Mereka mungkin kejam dan kasar kerana mereka tentera. Orang Jepun yang datang ke negara kita bukan orang awam.

"Mereka kasar dan ganas kerana mereka memang dilatih sebagai tentera".


"Mereka juga kuat. Kalau mereka tak kuat macam mana mereka boleh tenggelamkan dua kapal perang British, HMS Prince of Wales dan HMS Repulse? Mereka menakluk negara kita hanya dalam masa dua bulan.

"Apabila Jepun kalah dan maharaja Jepun arahkan mereka serah kalah, mereka mengaku kalah atau bunuh diri dengan melakukan harakiri iaitu menikam perut sendiri dengan pedang samurai mereka," kata Kay Kim.
Beliau turut menjelaskan penjajahan Jepun ke Asia Tenggara juga adalah berikutan tindakan Barat menyekat bekalan minyak ke Jepun yang telah bergelar negara industri sejak akhir abad ke-19 lagi.

Ditanya apakah impak yang dapat dilihatnya selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu, Kay Kim berkata:
"Dulu, bila saya hendak main bola sepak, padang-padang tiada pacat. Lepas Jepun datang, padang-padang sudah berpacat.

"Mungkin sebab banyak tanaman ubi kayu ditanam di padang-padang pada masa Jepun memerintah.
"Masa Jepun berkuasa, penduduk Tanah Melayu susah nak jumpa nasi, banyak makan ubi kayu sebab beras terlalu mahal," tambahnya.

Pelawak veteran berasal dari Klang, Selangor, Hamid Gurkha atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman turut berkongsi kisah peristiwa Jepun menyerah kalah itu.


Seingatnya, pada masa itu, penduduk Tanah Melayu sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Tak silap saya, ia berlaku beberapa hari selepas Aidilfitri. Penduduk Tanah Melayu menyambut berita gembira pengunduran Jepun dalam suasana kesyukuran merayakan Aidilfitri.

"Pada masa itu, tiba-tiba saya lihat tentera Jepun sudah lesap. Selalunya nampak mereka berkawal di jalan-jalan.

"Apabila tentera British kembali, mereka disambut oleh orang ramai dengan berkumpul di tepi-tepi kedai dan jalan.

"Saya lihat tentera British yang mendarat dari Pelabuhan Klang berjalan kaki di pekan Klang sambil disambut gembira penduduk tempatan pelbagai kaum," kata Hamid, 78.

Berdasarkan akhbar lama, suasana yang sama juga dapat dilihat di Seremban, Negeri Sembilan. Bahkan, satu sambutan yang disifatkan terbesar dalam sejarah negeri itu telah berlangsung bagi meraikan kekalahan Jepun dan mengalu-alukan kedatangan British.

Pengumuman
"Penduduk Tanah Melayu gembira kerana mereka membayangkan kehidupan yang lebih baik bersama British.

"Zaman Jepun, hendak makan pun susah. Belacan zaman British dulu, harga 5 sen sekati, zaman Jepun RM250 sekati!" dakwanya.

Berkongsi cerita tentang keperitan hidup semasa penjajahan Jepun yang pernah dilaluinya, Hamid berkata, sekolahnya telah dibom dalam serangan udara Jepun.

Beliau juga pernah ditempeleng oleh tentera Jepun gara-gara tidak tunduk hormat kepadanya.
"Kanak-kanak pun kena bagi tunduk hormat kalau jumpa tentera Jepun.

"Masa itu saya manalah tahu kena tunduk hormat kat dia. Kalau orang dewasa tak tunduk hormat, mereka kena hukum junjung batu tengah panas," ujarnya.

Jurnal turut menemui sepucuk surat lama pengumuman kekalahan Jepun kepada penduduk Tanah Melayu yang bertulisan jawi di Arkib Negara Malaysia yang antara lain menyatakan: Tentera-tentera Jepun di serata tempat telah mengaku kalah. Tenteranya telah dihapuskan oleh tentera British yang ke-14 di Burma.

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2011/2012


Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2011/2012


Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2011/2012 bagi pelajar Tingkatan 5 2010 sudah dibuka mulai 1 Julai 2010 lalu hingga 10 Oktober 2010.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua (2) jurusan dan satu (1) aliran iaitu :

a)   Jurusan Sains            (M001)
b)   Jurusan Perakaunan  (M003)
c)   Aliran Teknikal        (M007) 

CARA PERMOHONAN

Mulai sesi 2011/2012, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menggunakan permohonan melalui internet sahaja. 

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup ialah pada 10 Oktober 2010.

Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

KELAYAKAN PERMOHONAN


Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2011 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2010. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2010.

 
 Bagi Mengikuti Jurusan Sains (M001)


Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi


Maklumat lanjut, klik Kelayakan Untuk Memohon.

SEMAKAN PERMOHONAN 
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2011 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
 SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN 
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2011 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN 

 Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2011. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

RAYUAN

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2011. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Aliran Teknikal Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

Aliran Teknikal Kolej Matrikulasi 
Kementerian Pelajaran Malaysia



Terdapat beberapa orang pelajar saya yang bertanya tentang Aliran Teknikal di Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu saya masukkan artikel ini yang dipetik dari Portal Rasmi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, klik sini.

Kolej Matrilukasi Aliran Teknikal di Malaysia setakat ini ada di 3 buah negeri. Salah satunya di Bandar Pusat Jengka iaitu  Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Website rasmi Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, klik sini. Alangkah bertuahnya anak negeri Pahang kerana mempunyai 2 buah Kolej Matrikulasi KPM, sebuah lagi. di Gambang.

Baiklah kita ikuti artikel tentang Pelaksanaan Program Matrikulasi Aliran Teknikal, oleh Saidatul Azwa Binti Mohd Hashim.

Program Matrikulasi Aliran Teknikal mula dilaksanakan pada sesi    2009/2010 di tiga sekolah menengah teknik yang telah beroperasi sepenuhnya sebagai kolej matrikulasi bermula Mei 2009. Kolej-kolej tersebut telah dinamakan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang dan Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah.

Usaha melaksanakan Program Matrikulasi aliran teknikal adalah berdasarkan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha. Ini adalah selaras dengan usaha BPTV untuk menjenamakan dan seterusnya memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional.

Program ini bukan sahaja meluaskan lagi peluang pilihan pelajar bumiputera untuk ke bidang kejuruteraan/teknikal tetapi juga memberi peluang kepada pelajar lepasan sekolah menengah teknik untuk disalurkan ke aliran teknikal dan seterusnya memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam jurusan kejuruteraan/teknikal selepas lulus Program Matrikulasi.

Kurikulum Program Matrikulasi aliran teknikal merupakan kesinambungan antara kurikulum teknikal berkaitan di sekolah dan kurikulum jurusan kejuruteraan tahun pertama peringkat ijazah pertama di IPTA. Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di peringkat sekolah teknik dilanjutkan sebagai mata pelajaran yang sepadan, iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di peringkat matrikulasi. 

Mata pelajaran Fizik dan Kimia di peringkat sekolah pula digabungkan dan dilanjutkan sebagai mata pelajaran Sains Kejuruteraan. Pelajar aliran teknikal juga akan mengikuti mata pelajaran wajib dan kokurikulum seperti yang ditawarkan kepada pelajar jurusan sains dan perakaunan.

Pelaksanaan Program Matrikulasi jurusan teknikal akan memberi masa depan yang cerah dalam merangka pembaharuan dan perluasan Program Matrikulasi selaras dengan keperluan untuk memartabatkan Program Matrikulasi bagi menghasilkan seramai mungkin produk bumiputera yang berkualiti dan mampu memenuhi keperluan dan kepentingan masa depan bangsa dan negara dalam bidang kejuruteraan/teknikal.

Portal NKRA Pendidikan

 Portal NKRA Pendidikan

Portal NKRA ini boleh dicapai melalui url : http://www.moe.gov.my/nkra/ . Portal ini bertujuan untuk memantau dan juga dijadikan sebagai "one-stop center" bagi penyampaian maklumat mengenai prestasi pencapaian NKRA Pendidikan.

Petikan dari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, klik sini.

Permohonan Temu Duga Pelantikan Guru Sandaran Terlatih Keluaran Institusi Pengajian Tinggi Awam

Permohonan Temu Duga Pelantikan Guru Sandaran Terlatih Keluaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) - eGST



Permohonan Temu Duga Pelantikan Guru Sandaran Terlatih Keluaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) - eGST telah dibuka bermula 1 September 2010 sehingga 30 September 2010.

Tarikh Permohonan : 1 September 2010 - 30 September 2010

Permohonan dibuka kepada graduan pendidikan keluaran IPTA sahaja

Tarikh semakan temu duga dijadualkan pada 18 Oktober 2010 - 22 Oktober 2010


Permohonan boleh dibuat melalui capaian ke:

Aplikasi Permohonan Temu Duga Pelantikan Guru Sandaran Terlatih Keluaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) - eGST


Harap Maklum dan Terima Kasih.

-Bahagian Pengurusan Sumber Manusia-

Dipetik dari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, link klik sini.

Apa Itu Blog, Cikgu?

Apa Itu Blog, Cikgu?

Soalan di atas adalah antara soalan yang dilontarkan oleh beberapa orang pelajar di sekolah baru saya apabila saya mempromosikan blog saya ketika proses konsultasi di sekolah dan juga ketika terjah  di 'muka buku' mereka.(Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang sudi add saya seperti Zuria, Kudut, dan arif. Maaf sekadar menyebut beberapa nama,:). Jangan kecil hati,ok?)

Menjelaskan kepada konsep pelajar-pelajar saya tentang blog yang cuba saya usahakan ini setelah sekian lama di 'private' kan. Hanya apabila berada di sekolah baru, barulah saya mem 'publish'kan kembali blog pendidikan ini. Oleh itu, mungkin sebab itulah blog ini tiada tempat di page ranking google.

Konsep blog saya ialah 'educational blog". Apabila menyentuh 'educational blog', bermakna saya perlu banyak melakukan research. Selain pengorbanan masa, keabsahan sesuatu fakta juga perlu diambil kira. Selain keutamaaaan tugas dan tanggungjawab dalam kehidupan di alam nyata, kemudahan capaian internet  broadband dan wireless juga  faktor motivasi untuk saya mengupdate blog ini.Mungkin inilah yang dikatakan cabaran sebagai "Hidup Seorang Blogger'', sebagai mengambil tajuk contest blogger Denaihati.

Biasanya saya akan menulis di word dahulu. Ini kerana atas sebab tertentu, tangan saya tidak boleh menari terlalu lama di hadapan PC. Berdasarkan nota-nota kuliah saya dan rujukan-rujukan lain, saya tinggal edit artikel itu.

Kemudian, saya mengupdate blog ini waktu bekerja saya. Itupun saya cuma sempat untuk mempublish entry dan mnegemaskini komen jika ada komen. Terima kasih buat teman-teman bloggers yang sudi meninggalkan komen di blog saya ini.

Alhamdulillah, di tempat kerja saya mempunyai perkhidmatan wireless yang sangat baik. Terima kasih untuk  pihak sekolah yang telah menyediakan perkhidmatan ini bagi memudahkan saya membuat rujukan.

Di samping itu, pelajar-pelajar yang datang berjumpa saya juga mudah untuk membuat access internet tentang maklumat terkini berkaitan pelajaran dan ilmu.

Baiklah di sini saya sertakan artikel tentang Apa Itu Blog yang tersiar di estidotmy.

Oleh:Mohd Faizal Aziz
Tersiar di ESTIDOTMY, MOSTI-UTUSAN, Mei  2008

Dewasa ini, medium blog semakin luas penggunaannya di kalangan rakyat Malaysia. Blog juga menjadi wadah baru penyebaran berita, gosip, maklumat dan hebahan yang paling pantas berbanding akhbar tradisonal. Tidak memiliki blog dianggap ketinggalan di zaman kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi terkini. Blog menawarkan pelbagai kemudahan seperti berita, iklan bisnes, ruang simpanan album digital dan yang paling mendapat perhatian ialah diari harian yang hanya boleh diperolehi dari hujung jari.



Apakah sebenarnya blog dan bagaimanakah ia berkembang?

Blog adalah singkatan bagi ‘web’ dan ‘log’ yang diperkenalkan oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Sehingga kini belum ada istilah yang tepat dalam Bahasa Melayu untuk menterjemahkan blog.

Barger menggunakan istilah weblog untuk merujuk kepada kelompok laman-laman web maya peribadi yang dikemaskini secara berkala oleh pemiliknya. Peter Merholz pula menggunakan istilah ‘we blog’ pada laman webnya Peterme.com yang merujuk kepada aktiviti ‘blogging’ yang terdiri daripada mengemaskini laman web, menyunting, memasukkan maklumat terbaru, mengirim artikel dan sebagainya.

Akhirnya beliau lebih selesa menggunakan istilah ‘blog’ bagi menggambarkan segala aktiviti berkaitan dengannya. Di situlah munculnya blog dan pemiliknya pula dikenali dengan nama ‘blogger’.

Kini blog telah menjadi trend baru kehidupan manusia setelah meledaknya teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Pada awalnya jumlah blog di seluruh dunia tidaklah sebanyak yang wujud sekarang yang dianggarkan sebanyak 112 juta menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh enjin carian blog terkenal Technocrati (Sehingga artikel ini ditulis pada Mei 2008).

Pada waktu ia mula tercipta dan sebelum terkenal, untuk menghasilkan blog memerlukan sedikit kemahiran teknikal dalam bidang penulisan kod-kod html (hypertext markup language).

Pada tahun 1999, sebuah syarikat teknologi maklumat PyraLabs melancarkan website www.blogger.com yang memberi kemudahan secara percuma di atas talian kepada sesiapa sahaja untuk memiliki blog tanpa perlu memiliki kemahiran teknikal dalam bidang teknologi maklumat.

Apa yang perlu ialah kemudahan talian internet dan keinginan untuk mempunyai blog sahaja. Sejurus selepas itu, jumlah blog di ruang maya meningkat secara dramatik. Tema blog yang muncul merangkumi pelbagai topik bermula dari filem, politik, kesihatan, sukan, hobi dan juga blog berkaitan dengan buku.

Daripada blog, pembaca dapat menyelami apa sahaja lontaran idea, pendapat dan buah fikiran blogger. Pada tahun 2003, Blogger.com telah diambilalih oleh syarikat enjin carian internet terkenal Google. Selain blogger.com, terdapat beberapa perkhidmatan penyediaan layanan blog yang lain seperti wordpress, livejurnal, blogsome dan sebagainya.


Dalam keghairahan kita menggunakan teknologi ini, blog juga boleh mengundang sensitiviti sehingga menjadi ancaman kepada pemiliknya dan juga negara. Di Singapura, dua rakyatnya telah dipenjarakan di bawah undang-undang antihasutan kerana menyiarkan kenyataan antiislam di laman blog mereka.


Walau apapun isu yang berlaku sekitar blog, masih banyak blog yang positif yang dapat dimanfaatkan seperti blog yang berkaitan dengan agama, motivasi, promosi buku dan juga bisnes.

Dengan adanya blog di zaman kini, muncul satu lagi komuniti maya yang dikenali sebagai komuniti blog yang berbudaya digital. Ini kerana, setiap blog yang bersifat interaktif adalah saling menghubungkan antara satu sama lain dan dapat merapatkan hubungan sesama bloggers.


Setiap blog dapat menggambarkan persahabatan, perdebatan, permusuhan dan juga hubungan perniagaan. Pemilik blog dan juga pembaca bebas melontarkan pandangan masing-masing bagi setiap artikel yang diterbitkan. Tambahan pula, setiap artikel dan komen bebas disalurkan tanpa ada sebarang sekatan kecuali pemilik blog yang menjadi editor utamanya. Oleh itu blog menjadi medium utama penulis dan pembaca blog yang bersifat interaktif serta dapat memaparkan idea dan wacana segar antara keduanya.


Di Malaysia, telah wujud pelbagai komuniti maya yang menghimpunkan penulis-penulis blog antaranya yang terkenal ialah www.jurnal.biz, www.minggupenulisremaja.blogspot,www.petalingstreet.org dan sebagainya. Komuniti ini sentiasa mengadakan aktiviti yang berbentuk ilmiah dan juga santai dalam usaha untuk merapatkan ahli-ahli mereka. Komuniti ini juga mewujudkan anugerah kepada pemilik blog terbaik dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, fenomena blog yang wujud hari ini di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia adalah hasil limpahan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang pesat selepas kewujudan internet. Terpulang kepada kita samada untuk memanfaatkan atau mengabaikannya.

Membina Komunikasi Berkesan

Membina komunikasi berkesan Antara anak dan ibubapa

 

KADANG-KADANG setengah perkataan yang diucapkan oleh ibu bapa kepada anak remaja tidak dapat diterima dengan baik. Malah mengundang banyak masalah, terutamanya anak-anak remaja yang sedang bermasalah.

Kebanyakan ibu bapa tidak tahu apa harus dilakukan apabila anak-anak remaja mereka datang dengan masalah atau perasaan. 


Setengah ibu bapa langsung tidak membantu memainkan peranan sebagai kaunselor atau sesetengah itu langsung tidak mahu berperanan sebagai pembantu atau kaunselor kepada anak mereka sendiri.
Apabila anak remaja mendapati ibu bapa mereka tidak peka dengan masalah mereka, maka mereka akan mencari alternatif sama ada merujuk kepada guru atau kaunselor di sekolah. 


Ada juga yang akan mencari rakan baik atau memasuki mana-mana laman sosial dengan harapan ada insan yang prihatin akan membantu melegakan tekanan yang dihadapi. 


Ibu bapa mempunyai dua alasan yang lumrah digunakan iaitu merasakan tidak pandai atau tidak berupaya untuk menangani masalah remaja dan kedua, merasakan apa yang diperkatakan sentiasa tidak diterima oleh anak remaja mereka.


Mengikut kajian dan juga maklum balas daripada remaja, didapati ramai ibu bapa menggunakan bahasa yang kurang tepat dan kurang senang diterima. 


Terdapat banyak mesej yang tidak boleh diterima yang diguna pakai oleh ibu bapa dan di sini dapat dikategorikan kepada 12. 


Kesemua 12 jenis mesej ini merupakan halangan kepada komunikasi berkesan antara ibu bapa dan anak remaja. Ia boleh memperlahankan, atau menyekat proses komunikasi dua hala antara anak dan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi remaja. 


Terdapat juga tiga kategori mesej yang dianggap sebagai menghukum, menilai, menjatuhkan atau memandang rendah.


Ramai ibu bapa berpendapat bahawa mesej begini penting untuk menunjukkan atau mengajar dan membetulkan atau memperbaiki apa kesalahan yang dilakukan oleh anak tetapi tidak kepada penerimanya (si anak):


l Menghukum, mengkritik, menuduh atau menyalahkan. Contohnya; "kau ni malas" atau "dah besar macam ini pun masih buat kerja bodoh" atau "bila bercakap suka menipu" atau "bodohhh pakai seluar pun tak pandai londeh macam orang berak dalam seluar"


l Melabelkan, name-calling (memberi nama gelaran). "Apa halnya perangai macam budak kecil saja?" atau "cakap pun tak betul macam budak cacat" atau "jangan takut macam pondan pulak"
l Mentafsir (Interpreting), menganalisis atau mendiagnosis. "Jangan cuba buat helah aku tahu kau nak lari dari tugas ya?" atau "jangan buat-buat sakit, mak tahu…"


Manakala terdapat dua jenis mesej yang digunakan ibu bapa untuk meredakan keadaan agar anak merasa lebih selesa walaupun tidak realistik, menyelesaikan masalah atau mengelak ia menjadi lebih serius.


l Memberi pujian, bersetuju atau memberi penilaian positif. "Jangan risau mak dan ayah rasa kau ni patut dapat jadi pengawas" atau "anak abahkan lawa ramai orang nak?"

l Simpati, memberi harapan, konsul. "Janganlah risau mak pun sama juga masa mak dulu…" atau "nanti sampailah tu jangan risau ayah pasti…"
Banyak dari kalangan ibu bapa yang suka menggunakan halangan di bawah ini apabila menggunakan mesej dengan anak remaja, iaitu menggunakan soalan dengan harapan untuk mendapatkan penjelasan.


l Menyoal, interrogate, cross-examining. "Siapa yang yang kasi, beri tahu ayah nama budak itu?" atau "Kenapa adik ikut budak yang poteng?" atau "Sebab apa tak minta izin dulu?"
Kategori 12 pula mengandungi mesej yang digunakan oleh ibu bapa untuk mengubah cerita atau subjek atau cuba lari daripada masalah sebenar.


l Sarkastik, gurauan, menarik diri atau mengalih. "Ok papa faham jom kita cakap benda lain lah yang lebih baik…" atau "tak elok sebut masa makan ni" atau " padan muka siapa suruh cari pasal."
Ramai ibu bapa apabila berkomunikasi dengan anak remaja bermasalah atau tidak bermasalah telah menggunakan sekurang-kurangnya satu daripada 12 halangan di atas. Malah ramai yang tidak menyedari, ia akan memberi kesan yang kurang baik kepada anak-anak mereka dalam menyediakan ruang untuk berinteraksi dan meluahkan perasaan serta tekanan.


Apabila anak remaja sedang mengalami masalah, sama ada masalah peribadi atau di sekolah, maka segala yang dituturkan dan dicakapkan oleh ibu bapa akan diandaikan oleh anak sebagai kurang selesa, sama juga dengan mesej pujian akan menjadi kurang kena jadinya.


Apabila keadaan menjadi serba salah dan tidak kondusif, maka ibu bapa boleh membantu dengan cara yang lebih konstruktif iaitu:


l Mendengar secara pasif - dengan tidak berkata-kata (berdiam) juga merupakan satu bentuk komunikasi penerimaan. Remaja tidak dapat bercakap mengenai masalah mereka apabila ibu bapa pada masa sama turut bercakap.


l Tunjuk dan buktikan yang kita bersamanya - Berdiam ada ketikanya kurang membina kepercayaan remaja yang kita sebenarnya mendengar mereka. Oleh itu, setidak-tidaknya kita mesti menunjukkan isyarat tanpa lisan seperti angguk, memfokus mata atau memegang tangan sambil mendengar dengan empatik


l Pembuka/door opener - tidak cukup sekadar mendengar dan mengangguk sahaja tetapi ibu bapa boleh bertindak dengan lebih berkesan dengan memberi laluan seperti "Ok dan mungkin Ani nak cerita lebih lanjut lagi dan Mama mendengar ni" atau "bagusnya anak mama ni apa lagi yang…" atau "nampaknya anak mak ni ada… mungkin kena kongsi dengan mak siapa kawan lelaki tu…"


Kita diberikan dua telinga dan satu mulut, jadi adalah lebih berkesan dengan memberikan lebih tumpuan kepada kemahiran mendengar dan lebih berhati-hati apabila bercakap, kerana lontaran perkataan itu boleh menyinggung perasaan si pendengar itu seperti pepatah Melayu "Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata akan binasa."


Selain itu, kemahiran mendengar juga perlu dipelajari dan keikhlasan dalaman adalah sangat penting dalam menghulurkan bantuan. Ibu bapa disarankan supaya bangun malam meminta dengan Allah SWT supaya hati dilembutkan untuk perubahan kepada kebaikan dan segala usaha kita dalam mendidik anak cuma 10 peratus dan selebihnya adalah ketentuan Allah. Maka, usaha, doa dan tawakal. Semoga Allah memberikan hidayah. Insya-Allah

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .