Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Nasib Gadis OKU

Terbaca artikel tentang gadis sindrom down,yg di***** oleh pemuda terencat akal yg jga OKU di Metro 5 Ogos...perasaan bengang tu tak tahu nak cakap camne. Mujurlah gurunya peka dgn perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh gadis berkenaan.


Suatu ketika dahulu, semasa saya pernah bersama-sama insan-insan istimewa ini, sebenarnya anak-anak OKU mempunyai potensi untuk menguruskan diri mereka dan menjadi insan cemerlang jika kena caranya. Ada di antara mereka yang ditempatkan di kelas sesi pembelajaran biasa bersama anak-anak normal yang lain dan mampu mengambil peperiksaan PMR dan SPM dengan baik.


Sekolah untuk pelajar bekeperluan khas ini sudah semakin banyak diwujudkan. Contohnya, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indahpura, Kulai, Johor merupakan sekolah vokasional pertama di Malaysia yang menempatkan murid bermasalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. Manakala sekarang ini Sekolah Menengah Harian Program Integrasi sudah banyak diwujudkan termasuk di kawasan tanah rancangan.


Kadang-kala saya tidak mengerti mengapa anak-anak ini ada di antaranya yang tidak dilayan dengan baik oleh keluarganya sebagaimana anak-anak yang lain dalam keluarga tersebut. Sedangkan, anak-anak ini biasanya lebih prihatin dan cakna kepada sesuatu perkara yang dilihat dihadapannya. Contohnya, jika melihat guru mereka mengurut kepala yang pening, cepat-cepat meeka ambilkan minyak angin. Telatah mereka menghiburkan hati. Anak-anak ini membawa rahmat daripada Ilahi.


Tak kurang juga ada yang mengalami keadaan seperti kisah , "Bawang Putih, Bawang Merah" dan sebagainya. Cuma, mereka nak meluahkan perasaan dan isihati mereka agak sukar. Mereka selalunya sukar untuk berkongsi cerita dengan seseorang melainkan dengan individu yang benar-benar mereka percayai.

Related Posts:

  • OKU Gigih Muhammad Zhariff Tiada Halangan Berbakti OKU Gigih Muhammad Zhariff Tiada Halangan Berbakti MUHAMMAD Zhariff bersama ibunya Mariatul Akmar. Print Screen  Harian Metro 23/9/2012,  Zhariff tiada halangan berbakti PROFIL: Muhammad Zhariff AfandiT… Read More
  • Membina Impian di Wisma HarapanMembina impian di Wisma Harapan Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN Entry ini berkaitan Orang OKU. Sumber; Utusan Malaysia,21 September 2010. Klik sini. MELANGKAH masuk ke bangunan Wisma Harapan yang menempatkan P… Read More
  • Rangkuman Kisah Ayah dan Ibu Rangkuman Kisah Ayah Ibu (Entry ini memuatkan klip video di youtube.   Jika mahu menonton klip ini, sila pause klip video di atas) Ayah, Istimewa Iklan Petronas Raya; mesej yang menyentuh hati Bonda, … Read More
  • Cerita OKU Jangan Anak Tirikan OKU Cerita  OKU Jangan Anak Tirikan OKU NORIAH Kasnon menyampaikan replika Kad OKU kepada Noryanti Mahbub sebagai simbolik perasmian SMOKU pada majlis sambutan Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan 2012 di … Read More
  • Cara Mohon Bantuan Kewangan OKU di IPT Cara Mohon Bantuan Kewangan OKU di IPT Bantuan Kewangan OKU di IPT Objektif Memberi insentif / biasiswa dan peluang kepada OKU yang berkebolehan /            … Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .