Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

terlepas peluang lanjut pelajaran

Remaja terlepas peluang lanjut pelajaran

Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com sebagai rujukan dan medium pendidikan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan bersama Dang Setia .Semoga mendapat manfaatnya



SOALAN

SAYA remaja berumur belasan tahun dan baru mendapat keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun lalu. Di sini saya ingin menceritakan mengenai kehidupan diri saya yang tertekan dan tak tentu arah.

Saya tidak pandai bergaul dan terlalu bergantung hidup kepada emak saya. Saya langsung tidak pandai berdikari. Perkara ini berlarutan sejak saya di sekolah rendah hinggalah sekarang.

Selepas mendapat keputusan SPM, saya membuat banyak permohonan untuk melanjutkan pelajaran dan kemudian menerima tawaran daripada beberapa institusi pendidikan.

Namun, saya keliru untuk membuat pilihan dan tidak berani untuk menempuh kehidupan baru yang semestinya memerlukan saya berjauhan daripada keluarga serta berdikari.

Akhirnya, semua tawaran itu terlepas begitu saja kerana saya tidak berbuat apa-apa.

Akibatnya, sehingga sekarang saya hanya duduk terperuk di rumah.

Saya berminat nak bekerja tapi tidak tahu apa kerja yang sesuai untuk saya dan tidak tahu di mana nak cari kerja.

Sekadar ada di rumah tanpa membuat apa-apa aktiviti membuatkan saya berasa bosan dan sunyi. Saya tahu, ini semua salah saya kerana tidak tahu berdikari dan malu tidak bertempat.

Saya berusaha membuat perangai itu tapi tidak tahu macam mana. Saya ingin merantau jauh untuk bekerja, mencari ketenangan dan menjadikan hidup lebih bermakna, tapi saya tak tahu adakah saya mampu melakukannya. Tolonglah saya Dang Setia.

REMAJA TAK TENTU ARAH
Terengganu


JAWAPAN


Pastinya adik pernah mendengar firman Allah yang bermaksud “Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia sendiri mengubahnya.” (Ar-Ra’d: 11)

Namun, mendengar saja tetapi tidak mengambil iktibar daripada apa yang Allah peringatkan kepada kita, ia bukanlah tindakan yang betul.

Jadi, pelajari, hayati dan beramallah dengan ayat Allah itu. Adik tahu, kelemahan adik ialah tidak pandai bergaul dan tidak berani berdikari, namun persoalannya apakah usaha adik untuk mengatasi kelemahan itu?

Pakar motivasi mengatakan, untuk berjaya dalam hidup, seseorang itu perlu tahu apa kelebihannya dan memanfaatkan ia sepenuhnya serta tahu apa kelemahannya, lalu segera mengatasinya.

Oleh itu, segera berusaha dan bertindak untuk mengatasi masalah adik itu dan seterusnya menjadikan kehidupan adik lebih bermakna.

Sedarilah, hidup ini adalah satu perjalanan dan perjuangan. Jadi, sudah tentu orang yang ingin hidup perlu bergerak (berusaha) dan berani. Tanpa dua sifat ini, kita tidak akan berjaya.

Dang Setia yakin adik mampu melakukannya kerana adik berjaya dalam peperiksaan SPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian. Ini bermakna, ternyata adik ada kepandaian dan kebolehan.

Justeru, manfaatkan ia. Seterusnya, atasi pula kelemahan adik dengan mula bergaul dengan rakan dan jiran adik secara berperingkat-peringkat.

Ingat, setiap sesuatu perkara harus ada permulaannya, jadi segeralah bermula sebelum adik mampu mencapai penamat yang adik kehendaki.

http://www.hmetro.com.my/dangsetia

Related Posts:

  • Biasiswa Yayasan Proton Biasiswa Yayasan Proton  Biasiswa Proton Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk permohonan biasiswa kepada bakal calon program ijazah, Anugerah Biasiswa Yayasan Proton bagi tahun 2012 telah pun ditutu… Read More
  • PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2013/2014 PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2013/2014 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 3 Julai … Read More
  • Semakan Keputusan SBP 2013 dan Cetakan Tawaran Tingkatan 1 Semakan Keputusan SBP 2013  dan Cetakan Tawaran Tingkatan 1 Semakan Keputusan Sekolah Berasrama Penuh  2013 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Para pelajar dan ibu bapa/ penjaga yang ingin menyemak kep… Read More
  • Syarat Ke Tingkatan 6 Pra U Tingkatan Enam Syarat Ke Tingkatan 6 Pra U Para pelajar yang telah tamat pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan SPM boleh meneruskan pengajian ke tahap pendidikan tinggi. Pengajian Tingkatan 6 mengamb… Read More
  • Selepas SPM Cabaran Kerjaya Sebagai DoktorSelepas SPM Cabaran Kerjaya Sebagai Doktor KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  2010 telah pun kita ketahui. Permohonan ke IPTA/ ILKA pun sudah ditutup pada 4 April lalu. Kepada para lepasan SPM 2010 ini, adalah di… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .