Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Always Be There

Allah Always Be There, puteriku



Tatkala ibu menatap wajahmu, kelihatan begitu sugul. Dirimu benar-benar kelihatan duka.  Hayunan tanganmu tidak sepantas gadis-gadis lain. Langkahmu begitu longlai.  Namun, ibu bersyukur, anakanda mempercayai ibu untuk anakanda berkongsi rasa hati.

Ibu cuba membuktikan dan menunjukkan emphati buatmu.

Walaupun anakanda datang secara 'walk-in' namun anakanda agak enggan untuk berkongsi. Syukurlah, ibu telah berpengalaman menemui anak-anak persis anakanda. Oleh itu, ibu belajar dari pengalaman bagaimana untuk menolong keadaan anakanda.

Ibu perasan. ketika membina hubungan rappo, ada riak-riak ceria pada wajahmu. begitu bersemangat dirimu menutur kata.

Namun ada sesuatu yang ibu myuskil. Ya, anakanada cuba menyembunyikan sesuatu.

Tanganmu yang beruniform sekolah itu, anakanda sorokkan di bawah meja.

Ketika ibu tetap memujuk mahu melihat tanganmu yang asyik cuba disorokkan, matamu memandang ibu mohon simpati.

Namun ibu tetap mahu melihat,apakah yang cuba disorokkan olehmu. Rupanya,dirimu telah cuba mengelar tangan...

MasyaAllah, apa yang sudah dilakukan oleh anakanda?

Ya Allah, saat itu bukan lagi emphati. Ibu sudah jadi simpati. Airmata kita berlinangan.

Alhamdulillah, Allah segera menghantar dirimu pada ibu dan ibu tahu ibu perlu bantu dirimu agar punyai celik insight.

Cuba untuk bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Anakanda sendiri maklum, apa hukumnya bunuh diri di sisi Isam.

Bagaimana jika benar-benar darah mengalir terus tanpa henti di tanganmu itu? Bagaimana jika tiada siapa boleh membantumu ke hospital ketika itu?

Kehidupan Itu Indah. Ia terlalu singkat untuk kita tangisi. Terlalu pendek untuk kita ratapi.

Iman adalah jalan keselamatan. Usah bersedih hingga membawa putus asa dari rahmat Tuhan Yang Maha Esa.

Alhamdulillah, saat-saat akhir sebelum peperiksaan yang dirimu tempuhi, anakanda telah mempunyai semangat baru.

Iya anakanada. Andai jika selama bertahun-tahun anakanda boleh bersabar atas situasi itu, insyaAllah, perjuangan menempuhi SPM ini akan mengeluarkan anakanda dari 'penjara' itu.

Ibu bersyukur, setelah 3 kali pertemuan sesi kita, anakanda telah berubah menjadi gadis ceria. Alhamdulillah. Keceriaan anakanda, kegembiraan ibu jua.



Meskipun pada hari terakhir pertemuan kita, anakanda tidak mengucapkan salam perpisahan, ibu tetap iringimu dengan doa kesejahteraan. Kerana, kejayaan anakanda, beerti ia hadiah buat ibu dan teman-teman ibu yang lain.

Hari ini, selesai sudah kertas Matematik. Semoga anakanda berjaya menjawabnya dengan baik.

Harapan ibu, puteri ibu yang seorang ini terus berjaya mencipta bahagia dalam hidup. InsyaAllah, yang penting usah lupa solat ya sayang...kerna hanya Dialah yang paling dekat dengan kita.

Sebelum ibu mengundur diri,

Puteriku, ibu rasa, elok sekiranya kita sama-sama menghayati, apa yang cuba Cikgu Mohamad sampaikan.

Artikel beliau, "Jadilah Diri sendiri",  klik sini. dan

entry myraudhatulukhwuah, Usah Menangis Ia Bukan Milikmu, klik sini,Mahalnya Harga Remajamu, klik sini, La Tahzan , klik sini.

Sekian, wassalam....

p/s: Puteriku dalam konteks di atas bukanlah anak si ibu namun sebagai gambaran watak sebenar dalam penulisan ini. Kisah di atas adalah sebahagian pengalaman admin cikgukaunseling.com dalam proses menolong bantu insan lain. Puteri di atas kali terakhir menghubungi penulis cikgukaunseling.com telah berjaya dalam peperiksaan SPM Dan telah berjaya ke kolej. Sebenarnya puteri/klin saya ini hendak membunuh diri dan terdapat banyak kesan kelar di tangan klien ini. Alhamdulillah, kaunselor dengan izin Allah, dengan kemahiran kaunseling yang ada,  telah dapat membantu klien ini.

16 Comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga sdri sihat hendaknya dan sentiasa rahmat kasih sayang~Nya..

Berserah diri kepada~Nya atas semua urusan kita di dunia, nescaya kita beroleh kejayaan yang cemerlang.

Afida Anuar said...

Assalamualaikum kak ummu...

kisah benar kak ummu kah?
Aduhhh, memang haru, apalah yang dihadapi oleh anak gadis ini sampai mahu membunuh diri. Moga Allah memeliharanya dari perbuatan tersebut.

white rose said...

assalamualaikum kak ummu...

rajin betul akak tukar2 layout nih ya...

ni cerita dari mana kak?
sy masih tertanya2...

ummu said...

waalaikumussalam rose
akak cuba cari layout yang betul2 kak suka kat WP ni
kebetulan themes yg akak guna sekarang
dah disediakan widget2 yang sesuai
akak pu suka tengok rumah baru rose.
Kisah ini adalah ianya catatan pengalaman akak, Rose.

ummu said...

waalaikumussalam saudara,
hanya kepadaNya,kita mohon bantuan dan kekuatan kan saudara.

ummu said...

waalaikumussalam Fida
ya,ianya antara kisah benar yang akak
perlu bantu dan tolong,alhamdulillah sekarang dia dah tidak buat lagi cubaan bunuh diri tersebut.
harapnya begitulah, Fida.

mohamad said...

Berbagai ujian Allah kepada orang-orang yang hebat.. Orang hebat mati muda, Orang hebat tak kahwin-kahwin, Orang hebat rupanya tidak hensem, Orang hebat tak cantik, Orang hebat jadi buta (Cacat). Orang hebat ada yang tak pandai tulis dan baca...

LanaBulu said...

Manusia yg baik dan berguna adalah yg memberikan manfaat kepad orang lain...

ummu said...

Ujian itu tanda Allah sayangkan para hambaNya,
cuma kadang kala kita yang sering terlupa,kan saudara.
terkesand an tersentuh dengan komen saudara.
ringkas tapi padat

ummu said...

insyaAllah, mengikut kemampuan dan kebolehan setiap insan yang Allah anugerahkan.walaupun jika ditakdirkan sebagai OKU sekalipun,insyaAllah,pasti ada hikmah di situ dan OKU juga boleh menabur bakti.

ashra said...

salam k.ummu..
maaf ye lama tak jumpa di blog..

semua ni ujian kan k.ummu.kita ni hambaNya yg lemah,kalu tak diberi ujian,pasti kita lalai mengingatiNya..

(k.ummu,email sy le?sy nak tau pengalaman k.ummu plasenta previa - ..thanks k.ummu)

zulkbo said...

salam...
ermmm kisah menarik
berdasar pengalaman anda
atau kes orang lain..?
tak jelas di situ...

ummu said...

waalaikumussalam saudara
agaknya penulisan ini terlalu berjela kut.:)
ini adalah coretan hati saya, lontaran perkongsian pengalaman saya
di alam realiti saya dalam kerjaya saya.
yang ingin saya kongsikan di alam maya.
maaf jika penulisan saya tidak berapa baik.
saya biasanya menggunakan istilah ibu dalam penulisan saya di blogspot saya. ibu dalam situasi di atas ialah saya.:)
manakala puteri itu ialah pelajar permpuan saya.:)
sekian terima kasih

ummu said...

waalaikumussalam ashra,
takpe yang penting ash sihat selalu dan baby pun sihat.
benar Ash,sebab tu besar ganjarannya kepada kita para ibu ini.yang penting dari sekarang Ash jgn lasak2 sangat ya.
insyaAllah akak share di email nanti ya.
email ash akak simpan ya dan akak tak publish di ruang komen untuk tujuan privacy.
ok,bye,take care dear

Ila said...

salam ummu,terima kasih ummu,bagaimana khabar pelajar itu?adakah dia sedang menduduki SPM tahun ini?kalau ikut tarikh ummu publish enrty ini, adalah hari kertas Math untuk SPM 2010?

ummu said...

waalaikumussalam,alhamdulillah,sekarang dia sudah begitu bersemangat untuk menuduki SPM 2010.memang pad atarikh saya tulis itu,papr math baru saja dia duduki.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .