Cara Bertenang Sebelum PEPERIKSAAN, PMR, SPM, SMRA
Madah Hikmah;
Kejayaan bukan suatu destinasi, tapi ia adalah suatu perjalanan. semakin jauh anda berjalan, semakin bagus anda akan jadi. Ianya tida berpenghujung.(Kata Pujangga)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ke hadapan para pelajar calon PMR 2011, khususnya di SMKJP2, dan seluruh Malaysia amnya, yang membaca dan menemui blog catatan Cikgu Kaunseling ini.
Apa khabar anda? Semoga sihat-sihat sahaja. Debaran PMR telah dirasa. Tinggal esok, tidak sampai 24 jam sahaja, Peperiksaan PMR akan anda hadapi. Lalu, tip ini, Dunia Cikgu Kaunseling, kongsikan bersama.
Saya dedikasikan, entry ini, Cara Bertenang Sebelum PEPERIKSAAN, PMR, SPM, SMRA, untuk semua pelajar SMKJP2, termasuk bekas pelajar SMKJP2 yang kini berada di UiTM, yang sedang menghadapi peperiksaan semesternya, (thanks for your SMS, Faiz), kaum kerabat/keluarga saya yang mengambil peperiksaan PMR ini.
Peperiksaan PMR, Sebagaimana peperiksaan awam yang lain, adalah suatu peperiksaan yang penting dalam fasa kehidupan seorang pelajar sekolah menengah. Maka, hadapilah ia dengan tenang, dan tidak gugup.
Selama ini, anda telah berusaha. Guru-guru SMKJP2 juga telah berusaha. Pelbagai kelas tambahan diadakan, termasuk waktu cuti sekolah, untuk kebaikan dan faedah para pelajar.
Perkampungan Ilmu Untuk Pelajar Tingkatan 3, Hasil Inisiatif semua guru dan AJK PIBG SMKJP2, pada 23,24, dan 25 September 2011, pun telah anda sertai.
Maka di saat akhir ini, teruskanlah doa dan usaha sistematik anda.
Anda rasa lemah? Tak yakin? Sedang hadapi konflik besar, yang dirasakan tak tertanggung oleh bahu anda, sedang peperiksaan perlu anda hadapi?
Kekuatan, tidak datang dari kemampuan fizikal. Tetapi ia datang dari semangat yang tak pernah mengalah. PERCAYALAH, anda mampu melaluinya!
Jom hayati Maksud Firman Allah ini:
'dan janganlah kamu lemah dan jangan pula kamu bersedih hati sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu org yang beriman..'
(al-Imran:139)
INGAT, para pelajar. Pembelajaran itu salah satu proses untuk melangkapkan diri sebelum bertemu denganNya. Orang yang belajar akan dipermudahkan baginya jalan ke syurga. Oleh itu manfaatkan segala peluang yang diberikan Allah ini.
Bagaimana anda ingin memperolehi ketenangan, ketika saat-saat akhir menjelang peperiksaan?
Sedikit perkongsian, Bagi pelajar Muslim, cara untuk memperolehi ketenangan:
1. Menjadikan solat untuk meminta pertolongan dari Allah
“Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyu’.”
(Surah al- Baqarah 2:45)
2. Menjadikan doa sebagai sumber kekuatan
"Doa adalah sumber kekuatan orang Islam". Maka berdoalah dengan khusyuk mengharapkan kelapangan dada, kecerahan aqal dan fikiran, dan keberkatan dalam usaha, serta kejayaan yang cemerlang di dunia akhirat.
3. Mendoakan sahabat-sahabat yang sama akan mengambil peperiksaan
Adalah perlu diketahui doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya adalah lebih makbul.
4. Meyakini sungguh-sungguh, pertolongan dari Allah
Sebagai seorang Muslim, kita mestilah Meyakini sungguh-sungguh, pertolongan dari Allah. Ini sebagaimana firman Allah SWT:
Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Terjemahan Surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga.)
5. Mengurangkan kadar stress dengan banyak mengingati Allah
Ertinya; Iaitu Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."
(Ar-Ra'd: 28)
Untuk maklumat berkaitan Hala Tuju Selepas PMR, anda boleh klik di sini, http://raudhatulukhuwah.com/?p=2934
Amalkan doa pagi, petang, atasi masalah jiwa, sila klik di sini, http://raudhatulukhuwah.com/?p=2934
SEBELUM HARI PEPERIKSAAN
PADA HARI PEPERIKSAAN
SEMASA PEPERIKSAAN
SELEPAS PEERIKSAAN
PETUA MENDAPAT KEBERKATAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN
PERANAN IBUBAPA
1. Menyediakan makanan yang halal, berkualiti dan bersih.
2. Menggalakkan anak beriadah selama 20 minit 3 kali seminggu.
3. Memastikan anak tidur secukupnya selama 6-7 jam sehari.
4. Memberi pengukuhan dan kekuatan rohani seperti solat hajat, berdoa, dan membaca Al-Quran.
5. Memastikan anak membuat latih tubi secukupnya.
6. Menjaga keselamatan dan kesihatan anak.
Sekian, wassalam.
1. Menyediakan makanan yang halal, berkualiti dan bersih.
2. Menggalakkan anak beriadah selama 20 minit 3 kali seminggu.
3. Memastikan anak tidur secukupnya selama 6-7 jam sehari.
4. Memberi pengukuhan dan kekuatan rohani seperti solat hajat, berdoa, dan membaca Al-Quran.
5. Memastikan anak membuat latih tubi secukupnya.
6. Menjaga keselamatan dan kesihatan anak.
Sekian, wassalam.
0 Comments:
Post a Comment