Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

KIT BIASISWA

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

2013/10/07

Program Syarahan Kebangsaan UMP - Upin Ipin

Program Syarahan Kebangsaan UMP -  Upin Ipin






 Alhmdulillah kami telah hadir program Syarahan Umum di UMP (Universiti Malaysia Pahang - Kampus Gambang) pada 18 September 2013 lalu. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 1.40 petang dengan menaiki Bas UMP.  Program sebegini dapat mendedahkan peluang kerjaya dalam bidang ICT dan seni visual kepada pelajar-pelajar sekolah. Kami kembali semula ke sekolah pada pukul 5.05 petang. Terima kasih kepada UMP kerana sudi menjemput sekolah kami menghadiri program ini dnegan disediakan pengangkutan bas dan makanan secara percuma.

Petikan dari portal UMP:





Kuantan, 18 September- Lebih 3000 pengunjung membanjiri Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi menghadiri syarahan umum bertajuk `Di sebalik Tabir Upin dan Ipin dari kacamata Tok Dalang' bertempat di Kompleks Sukan UMP baru-baru ini. 


Program yang bertemakan inovasi dan keusahawanan menampilkan Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn Bhd, Haji Burhanuddin Mohd Radzi yang pernah bertugas sebagai jurutera petroleum sebelum menceburkan diri dalam bidang animasi Upin dan Ipin yang cukup terkenal di dalam dan di peringkat antarabangsa.
Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, UMP  menganjurkan program sebegini bertujuan menyalurkan ilmu dan kepakaran kepada masyarakat setempat di samping mengeratkan hubungan dua hala antara universiti dan masyarakat.

"Melalui program ini juga UMP sentiasa mengetengahkan tokoh-tokoh terkemuka dari dalam dan luar negara dan kebiasaannya, siri syarahan umum akan mengupas dan membincangkan masalah-masalah serta isu –isu masyarakat  agar penyelesaian dapat dipertimbangkan bersama."


"Pemidato utama pada kali ini ini adalah pengasas kepada animasi terkenal negara iaitu Upin dan Ipin, kini filem bersiri Upin dan Ipin ini amat popular di kalangan kanak-kanak. Watak budak kembar yang botak itu berjaya menarik jiwa kanak-kanak dan orang dewasa," katanya sewaktu memperkenalkan pemidato dalam Majlis Syarahan Umum UMP itu.


Tambahnya, fenomena animasi semakin mendapat tempat pada masa kini dan merupakan hasil karya anak tempatan yang boleh dijadikan role model kepada remaja masa kini yang meminati bidang animasi dan keusahawanan.


Sementara itu, menurut Haji Burhanuddin, idea awalnya dicetuskan isterinya, Hajah Ainon Ariff yang kini cukup sinonim dengan watak Opah dalam siri animasi Upin dan Ipin ini. Katanya, filem animasi yang pertama diterbitkan adalah ”Geng Pengembaraan Bermula” yang mula ditayangkan pada tahun 2005 dan pada masa itu sungguh membanggakan apabila menerima sambutan yang menggalakkan dengan kutipan yang diterima menjangkau 6.2 juta.


”Bermula dari situlah siri Upin-ipin mula diterbitkan dari satu episod demi episod. Siri animasi yang keseluruhannya mengunakan bahasa Melayu ini mempunyai identiti tersendiri dengan menekankan budaya dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia di samping menerapkan unsur tauladan bagi memupuk pemikiran positif di kalangan penontonnya terutama kanak-kanak.


Dalam berkongsi pengalaman, beliau menekankan pelajar agar sentiasa fokus dalam melaksanakan sesuatu tugas serta peka kepada persekitaran. namun yang penting adalah sikap disiplin dan gigih. 


Hadir sama dalam majlis, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato' Ir. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusoff dan Pengarah Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat merangkap pengerusi program, Profesor Dr. Zulkefli Yaakob.









Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (454) Halatuju (329) selepas SPM (326) kerjaya (269) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (124) IPT (112) selepas STPM (79) IPTA (67) dunia ICT (62) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Aliran Sains (56) Institusi Kemahiran (52) Kerjaya Pendidikan (50) kerjaya perguruan (45) Matrikulasi (44) STPM (44) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas STPM (38) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (36) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (32) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (26) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (21) MARA (21) Panduan Temuduga (21) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Kolej Vokasional (18) Jom Masuk U (17) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Kolej Matrikulasi Teknikal (14) Vokasional (14) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Institusi Kemahiran MARA (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) kerjaya separa perubatan (11) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Perajurit (9) Kerjaya Pertanian (9) Politeknik Premier (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Kerjaya Automatif (8) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (8) Pameran Pendidikan (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) kerjaya paramedik (8) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (7) Jururawat (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) Universiti (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Jururawat (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) Haluan Kerja Pendidikan (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) KKTM (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Pentadbiran (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL